Saturday, December 31, 2011

Italian's words

Salam semua.


Nak update nih je..saje...nak naikkan semangat sendiri...


Posso farlo!


Lo si puo fare!


Essere buono



Dah boleh google translate sekarang. Aku google translate je semua tu. Aku tiba-tiba gila dengan Italian's words sebab cerita Pasta! huhu. Pasta tu cerita korea. Lee Sun Gyun <3.





p/s : Buona fortuna i miei amici =)

Sunday, December 25, 2011

Study week oi!

Salam semua, macam artis sangat aku nih nak update puluhan ribu kali padahal masa entry emo dah kate itu yang last. Haha. Sorry la yea. Well aku dalam alam study week. Yea…study sangat. Sebelum study aku pikir mahu enjoy dulu. Nak enjoy cemane ye di sini? Ye saya masih di kota bharu. Kawan2 aku yang lain sibuk sangat balik rumah masing2. Aku nak balik jugak sebenarnya…..huaaaaaaaaaa!!!


Tapi tadi call abah dia kata tak yah balik, duit tambang bas tuh boleh buat makan. Lah! Jangan kata dia memang nak anak bongsu dia ni tembun sepanjang hidup. Tapi tuhla sebenarnya aku bukan nak balik sangat. Aku Cuma tidak mahu ada di sini. Aku nak balik selayang aku bukan pikir nak duduk kat rumah sambil mentelaah, aku ingat nak tengok wayang, jalan2 kat klcc, makan dominos, baca novel. Ewah2 sihat sangat hidup aku kan? So bertahan syafinas! For the time being, kota bharu is the best place for you! (berlinangan air mata)


Dulu duduk kat banglo mewah best sangat! Akak2 tuh tak balik pon, plus aku memang ada stay-up partner, kak Juliana tuh. Tapi sekarang nak study sesame malas sangat. Sebab dengan budak kelas sendiri kan? Bukan sebab aku tak suka budak kelas aku, aku nih bukan lah pelajar yang boleh bertahan dengan focus. Aku boleh focus paling lama 10minit, then aku start lah menerawang. Budak kelas aku nih pulak boleh focus 24jam! OMG! Lagi satu aku tak suke study same dengan budak kelas sebab tetibe aku rasa macam masuk pertandingan pulak. tuh tak mo tuh.


Tak paham dengan situasi aku? Ha tak pe, tak yah paham. Tak penting. Ok lah y’all. Tiba2 akak tak tahu nak type apa lagi, just wish us the best of luck for our finals ok. Take care. Salam.



p/s : kalaulah ada doraemon kat sini. Nak satu benda je, pintu suka hati.

Friday, December 23, 2011

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor =)





Salam. haha. semalam aku emo. tapi semalam gak dapat tahu anak buah aku dapat 8A untuk PMR. tahniah la. Makcik kau pun elok je dapat 6A 2B dulu. haha. ada lagi 2 orang anak buah aku, tapi tak tahu dapat berapa. bukan nak berlagak yang pandai je. aku tak baik sangat la pulak dengan 2 ekor lagi tu.


hey, sekolah aku yang atas tuh di ranked nombor 1 untuk SBP. wuhuuu. eh bangga kejap. walaupun aku dlulu tak pernah menyumbang sikit pun untuk sekolah itu dulu. maap SEMASHUR. tapi ketahuilah, aku rindu dan sayang kamu. huuuuu.


tahniah guru2 SEMASHUR. tahniah adik2, aku tak kenal korang tapi sumpah korang awesome gilak!!! keep it up weh! and please jangan jadi macam akak. =( huuuuuuu....


p/s : aku nak type lyric lagu sekolah, ingat lagi siot. Tapi..esok test, takkan aku nak ulang kebodohan aku kat sekolah dulu kan. salam =)

Thursday, December 22, 2011

Jangan berharap sangat lah

salam semua.

Aku saje update before final. lusa aku ada test la pulak. doakan saya ok? saje je. serius saje. nak cerita pun malas. sebenarnya nak share something dengan blog ini. blog yang tak akan judge aku. blog yang tak harapkan apa2 yang tinggi dari aku. blog yang diam, kaku, bisu dan kadang2 aku rasa seronok cerita kat blog sebab blog senyap. tak bercakap balik, tak melawan balik, tak membalas carutan balik, tak fikir yang syafinas ini begini dan begitu. terima kasih blog. i lap u so strong!

madam aku cakap, jangan baca benda2 yang sedih, jangan tengok cerita sedih, jangan dengar benda2 yang sedih. benda tuh akan rosakkan mood kita. emmmm betul. tapi aku kalau nak hilangkan sedih aku akan dengar lagu sedih. menangis macam orang mati laki dan aku akan ok. macam tuh pulak. yela.....manusia lain2 doh.

aku harap aku ada kat selayang sekarang. tak mahu di sini. menyampah kau tahu? tak kisah kan? bagus la tuh.

salam semua. doakan aku dan kawan2 uitm aku berjaya. amin =)



p/s : jangan pernah harapkan aku. aku nih tidak boleh diharap langsung. serius betul. sekian

Friday, December 2, 2011

malas nak pikir title

Betapa aku berharap aku di tempat yang aku mahu pada waktu ini.


Betapa aku berharap aku boleh menangis dan melepaskan segala beban dalam kepala dan hati aku ketika ini.


Betapa aku berharap ada seseorang datang dan menghulurkan seluruh perhatian pada aku ketika ini.


Betapa aku berharap aku masih kanak-kanak yang tak perlu pikir masalah yang aku tak mahu pikir.


Betapa aku berharap insan yang aku rindu memeluk dan mengusap kepala aku saat ini.


Betapa aku berharap ada yang memahami tulisan aku ini.


Jadi perempuan, kadangkala tiba masanya mereka jadi dahsyat! Seperti aku. Sebab mereka tak tahu dan paham situasi mereka. Dan ya, aku sedang sedih. Tapi aku tak tahu kenapa. Sumpah sedih.



p/s: bukan cuba nak berpuitis. Tapi ini je yang terkeluar. Tak payah nak rasa aku poyo lah. Kau tak???

Wednesday, November 30, 2011

Kenapa tiba-tiba?

Salam y’all. Aku tak ada main point pon untuk entry ini. Hek ele. Entry blog pon nak kena ada main point ke? Yela… kalau tak aku akan taip macam nih sahaja. vJdhsjdhwjhdfiwjehfsbjksbdjwbdjqwbdiw Nampak? Haha. Maafle kalau sakit hati.


Aku tadi saje menerawang dalam facebook. Ada gaya Pontianak tak? Ok tak. Pergilah carik nama #$%^&*% (kawan lama aku dan beliau perempuan). Weh lamanya tak borak dengan beliau. Rindu tiba2. Nak contact takot dia tak mahu layan aku lagi. Bukan kitorang gaduh, tapi sebab….entah. jadi begitu je. Tiba2 dah senyap. Tiba2 rasa macam tak pernah rapat. Tiba2 rasa macam rindu sangat.


Hey, aku tahu aku tak ada BF, tapi aku straight ok. Perempuan memang begitu. Perasaan bersahabat macam bercinta. Dan aku masih mencari lelaki yang mampu terima aku seadanya. Eh apahal nak cerita pasal jodoh nih? Haha. Y’all rasa aku nih ego ke? Sebab tak mahu contact dia? Abah aku cakap aku nih degil+ego. Tapi aku rasa aku lah paling hebat dan terbaik sekali di alam fana. Haha. Tipu. Tapi sebenarnya aku tak setuju lah pandangan abah aku tuh.


Tapi tuhla. Mungkin aku bukan yang terbaik lah nak jadi kawan dia. Biarlah. Huuuuu (nangis)


Aku malas nak mengaku orang itu dan ini bestfriend aku, sebab bagi aku bestfriend tuh adalah orang yang memahami. Memahami ramai. Menerima tidak. Argh! Tak gune! Aku rasa nak meleleh air mata sekarang. (hormon tak stabil)- tapi ya, ada juga insan2 yang menerima aku seadanya. Ya. Masih ada. Alhamdulillah =)


Yelaaaa..aku tahu aku pon bukan kawan yang baik. Kan? Aku tahulah.



p/s : Damn lah weh! Lama gila kat negeri orang nih. Aku lebih cintakan selayang. Arghhh!!!!



Tuesday, November 15, 2011

perlu ada title jugak ke?

Salam y'all =)

Nak update blog nih je. Almaklumlah, kerjaya sebagai student nih sangat sibuk (ahaks!).

Aku tengah buat preparation BEL untuk presentation pasal tattoo. Kamu2 yang membaca nih sila besyukur Islam haramkan buat tattoo (sebab yang baca nih semua Islam kan?). Kalau tak memang tak berpedoman la manusia di serata dunia. Buat tattoo macam merosakkan kulit dan diri sendiri. Ada siap buat kat mata. Gilak! Memang mata tuh ada jual kat KB Mall dengan rege RM1.00 sepasang.

Itu sahaja lah. hey, aku sedang jatuh cinta dengan Lee Sun Gyun pula. Susahlah tak ade boipren nih. Asek jatuh cinta jek. Hesh hesh.


ini beliau. *pengsan!!!


p/s: ramai dah kawen, zahiril adzim pon nak kawen dah. tahniah2! =)

Saturday, October 8, 2011

Jangan kata...

Salam y’all. Aku risau lah. Dah masuk minggu ke-5 dok kat uitm nih, tapi aku rasa macam “eh esok ada kelas ek? Pukul berapa? Alaaaaa…malasnye..” boleh tak gitu? Ke itu normal? Tak eh? Em hidup aku nih penuh komplikasi kan? Macam hape je.


Y’all, aku nak share 1 benda di malam yang indah ini. Jangan kata kan title aku? Ye, jangan kata kau tak suka itu dan ini. Contohnya, “aku tak suka lah laki tuh, macam bagus” , “kebenda lagu yang kau suka ini? Aku tak suka langsung” , “nih komik benda nih? Lawak kampus? Cam hampeh jek”. Eh yang last tuh aku tipu. Woi kau tak suka lawak kampus memang pelik ah an. Best kot. Pegi baca tengok.


Tuh jela. Sebenarnya aku dah suka lagu aishiteru-zivilia. Memang aku benci kot lagu tuh. Tapi lepas tengok Kelantan Got Talent aku suka pulak. huhu.


Ok y’all, I nak baca bajet 2012. Itupun untuk kelas monetary esok. -_-



p/s : lelaki yang aku suka sekarang nih pon aku tak suka dulu. Alahaaaaiiiii…..

Tuesday, October 4, 2011

tak ada lelaki seperti kau ye?

Salam y’all. These 3 days was very very very awesome days to me, seriously.



Tapi awesome itu bukan aku. Awesome tidak sinonim dengan syafinas. Hey, aku nih tak pernah seronok nak pergi kelas tahu. Tapi aku rasa seronok bersebab dan tidak boleh reveal di sinih.



Eh aku nak bagi tahu yang itu je boleh? Banyak sangat entry aku yang panjang sampai orang malas nak baca kan?



Aku tengah godek lagu2 sedih dalam laptop. Tapi macam nak penyepak laptop bila dengar lagu ‘Lelaki seperti aku” – Aliff Satar. Dengar tau. Eh cukup lah tuh.



Have a nice week y’all =)




p/s : lelaki baru yang aku minat dah ‘in a relationship’ T_T (punca masalah dan kenapa entry ini di post)

Thursday, September 29, 2011

Di Kota Bharu

Salam y’all. Sekarang aku kat kota bharu, ala….tempat yang kau belajar tuh. Amboilah. Pesat betul pembangunan di kota bharu nih sebab macam2 dah ditambah. Sebenarnya aku dah lupe tuh sebab aku rasa semua nya dah bertambah.


Belanja kemain banyak kat sini. Almaklum, berdikari lah sikit sem nih sebab rumah kosong. So kena beli macam2 peti ais, streamix, tikar getah. Hamboih2. Makcik2 dah kan? Belajar pon kemain kucar kacir sebab aku nih jadual dok clash lagi nih. Huh! Tapi tuh biarlah kan.


Aku just nak hapdet sikit jek sebenarnya. Aku nak congratulate kat pengantin2 baru. Hu. Sedih plus gembira tengok orang kahwin nih kan? Gembira sebab dia dah sampai jodoh, sedih sebab pukul berapa jodoh aku nak datang meminang nih? Pengantin pertama is my friend/neighbor la. Dulu selalu gak main sama2. Umur dia 24 tapi rilek jek kau aku dulu. Sekarang nih dah jadi lecturer kat UiTM Shah Alam siap tau. Congrats Khaiziliyah and Syafiq! Semoge berbahagia ke akhir hayat! Amin…


The second couple is Ungku Nadyasalda and Fendi. Sedap kan nama ungku tuh? Kami panggil dia nadya. Cantik amat. Macam Fida Ibrahim sikit muka dia. Tapi hasben dia I tak kenal plak. Nadya nih classmate kat poli dulu. Sama group buat projek lintah. Huhu. Aku terlupa pasal wedding dia sebab aku kat kota bharu nih kan? Almaklumlah hectic lagi. Maaf yea nadya. Selamat pengantin baru juge! Semoga kekal hingga akhir hayat! Amin…


Kawan sekolah rendah aku Nurul Shuhada pule dah selamat lahirkan baby boy. Alololo. Nih lagi advance baby dah. Em tuhlah kan. Macam aku cakap aku tumpang gembira lah juge.


Aku pernah baca status kawan FB, lepas dia cakap tahniah kat semua pengantin dia tulis “hey jodoh, kita bila lagi?” ahahah. Aku share jek sebab macam comel. Nak update status camtuh kat FB, ah! Itu akan memalukan saya, huhu.



Ok lah. Kepada semua rakan2 yang baru masuk ke IPT, selamat berjaya saya ucapkan. =)



p/s: aku ada suka lelaki baru semester ini. Hahahaha.

Friday, September 9, 2011

kau tahu?

Salam y'all. Ini adalah random entry kerana aku dapat idea ketika menonton telebesen dan menonton youtube. Sila baca ini dengan penuh ketenangan. Kalau nak baca ini sambil makan koko krunch atau honey stars pon boleh. (ok tetiba nak makan pulak)


Kau tahu ramai kat luar sana sama ada lelaki atau perempuan dah semakin sedar kepentingan menutup aurat dan cara2 menutup aurat dengan betul? aku tadi saja nak tengok shawl tutorial sebab saje-saje. amboi... kemain orang kutuk ek. cakap "ini bukan cara tutup aurat" , "ini ke muslimah sekarang nak tonjolkan?" , "tudung ini aksesori ker?".


Ya, ya. tapi perlu ke komen begitu? kadang2 aku pening dengan cara manusia nak menunjukkan KEBIJAKSANAAN mereka. terlampau AWESOME sampai pening kau. sampai satu minah nih komen "malu aku jadi perempuan". malu? kau tahu siapa yang cipta kau jadi perempuan? tak baik oh sampai komen cenggitu. awak nak tunjuk awak alim, warak boleh. tapi cube guna CARA YANG BIJAK. main pakai lepas jek pon tak boleh wak. macam menunjukan keaiban diri sendiri.


Kau tahu kenapa kita tak boleh kutuk orang? Selain dari berdosa, sebabnya juga adalah nanti satu masa, Allah nak tunjuk kita yang lebih2 dari orang yang kita kutuk. contoh situasi, Puan A membeli selimut baru dan menayangnye ke seluruh kampung. dah tuh si Puan B nih tak gemar dengan perangai si Puan A nih yang nak menunjuk-nunjuk dan mengutuknya 70 jam. setelah 10 bulan berlalu, Puan B membeli selimut sutera lantas menunjuk-nunjuk pula pada orang kampung. ha kau paham tak? penat tau nak cerita nih.


Kau tahu motif aku cerita nih? entahla. manusia sila berpijak di alam yang nyata. sila jangan rasa selesa di mana kita berada sekarang. peringatan tulus ikhlas, suci murni untuk diri sendiri. moga kita semua dijauhkan dari perangai tak semenggah. amin...


Aku pun pernah ada pengalaman kutuk orang then aku yang lebih2 weh. Segan jek T_T




p/s : this entry is seriously random guys. again, this is not about you guys. no hard feeling ey. peace *buatmukacomel

Thursday, September 8, 2011

balik kampung =(

Salam y’all. Apa khabar semua? Harap sihat walafiat hendaknya. Sebelum lebih merepek kea rah lain, saya Nurul ‘Ain Syafinas bt Jamil ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. Memang lah lambat kan? Tak sempat y’all. Akak busy. Almaklum makan kuih muih, pelihara lemak dan sebagainya memang tak sempat nak update blog. Halah, bukan y’all hadap pun kan? Haha. Aku hari2 online, tapi tuhlah. Hari2 online tapi idea takde, takde makna kan?


Sedar tak sedar lusa aku dah kena balik ke Kelantan bagi menyambung pelajaran. Memang la sekarang nih kau pergi kat facebook memang merata orang sibuk up status pasal “oh malasnye nak belajar kembali” , “oh tidak!!! Cepatnya 4 bulan berlalu”, “ oh mengapa ku diseksa? Mengapa kita bersua? (lagu P.Ramlee y’all!) ” , “baby baby baby ohhhh.. (lagu justin bieber pulak)”. kan? Same here guys!!! Macam cepat gilak kot. Apahal dulu waktu aku kat Kelantan macam dah 90 purnama aku di sana? Dah tuh bagi kitorang cuti sampai 4 bulan. Memang aku kena belajar balik ABC oh lepas nih.


Stopla sebut pasal nak balik ke tempat belajar balik. Not an interesting topic to write about. Amacam raya korang? Mine was ok ok la. Tapi paling best semua lauk raya basi masa first raya! Amazing ke tidak? Tension jek. Dah tuh hambek kau, sedare mare dekat datang makan lah biskut raya free tuh. Kan? Dah tuh sedara belah mak datang konvoi 6 ke 7 kereta!!! Azab nak buat air. Aku nih dah lah bukan kepakaran kan nak buat air. Bila air siap jek melenggang bawak depan. Dah tuh tunggu macam waitress tunggu orang nak air sejuk ke, nak air panas ke, air kolam ikan ke. Berdiri sampai tumit sakit gilerr!!! Iye aku gemuk, sebab tuhla sakit tumit.


Paling indah bila sedare kau datang berduyun dengan budak2 kecik rasa macam nak picit, dah tu TUKAR PAMPERS ATAS KARPET PALING CANTIK KAT RUMAH!!! then bila aku tanya dengan harapan dia rasa bersalah tukar atas karpet dia kata apa tau. “ eh tak apa…sini pon ok”. What the ****! Aku tahu kau tak baca nih, tapi lain kali kena belajar COMMON SENSE!!!


Ok2 tiba angin kan? Maap. Bulan puasa pon aku tak sempat berbuka dengan kawan2. Kereta rosaklah, tak ramai nak joinlah. Apa-apalah. Tapi ok jek, kalau aku buka luar abah aku nak buka dengan siapa? Sampai kena sisih lah aku nih kan sebab tak pernah nak join bila orang ajak. Emmm..bersebab y’all, bersebab. Bukan aku tak mahu kawan dah, sombong ke, bongkak ke, riak ke, belagak ke. Bukan. Semua nya aku tolak bersebab. Tapi biarlah. Kau kisah ke kan? Tak kan? Haha.


Eh ok lah. Macam mengarut pulak. kepada warga uitm kota bharu, jumpa sana ok. Have a safe journey y’all. Salam.




P/s : best betul nak beli topup pon ada tax, memang lagi tak selalu lah aku topup lepas nih oiiii. Nak bela burung merpati jek lepas ni tau =)

Tuesday, August 16, 2011

Keluh kesah bersama kak esah di pagi yang resah

Siapa yang tak pernah baca majalah ujang, ini adalah salah satu isi kandungan dalam majalah lawak Malaysia Ujang di mana keluhan dan kesahan anda ditujukan kepada kak esah dan kak esah akan menjawabnya dengan annoying sekali tapi masih ada orang yang menghantar keluhan kepada beliau walaupun tiada jalan penyelesaian yang bijak.


Dear kak esah,

Salam kak. Ini adalah pertama kali aku hantar surat keluhan kepada engkau. Kak esah, aku nih macam sedih habis lah. Kau pun tahu aku duduk kat selayang, selayang nih aku tak tahu lah apa masalah dia asyik2 tak ada air. Nih nak terkucil ku tahan jebat. Apahal tah. Katanya paip pecah. Susah lah kak esah. Nak aje aku cadangkan kat dorang letak paip air tuh kat atas macam tiang elektrik tuh. Tak adalah pecah kalau gajah lalu pon. Tapi tuhlah manusia…dah buat macam tiang elektrik kang dia pergi potong pulak…. curik kabel -_- tensi aku nih ha kak esah.



Kak esah, aku nih dah22 tahun. Tapi ada masa2 bila aku rasa aku dah cukup matang dan bijak untuk buat keputusan dan sesuatu ada aje orang tak puas hati dengan aku. Menanah aku kak esah. Orang tuh aku rasa tengah mid life crisis. Aku baca pasal orang yang tengah lalui mid life crisis nih selalunya rasa dia aje yang betul, macam tak leh terima pendapat orang. Tapi kak esah why me??? Bukan aku yang tengah mid life crisis. Adalah orang terdekat dengan aku. Dia buta it. Memang tak ah dia nak carik blog aku nih ha,tapi kite dalam bulan puasa kak esah. Kang aku reveal kang dia yang malu, bukan orang lain pon dengan aku kak esah (menangis air mate darah)


Dah tuh aku nih ha kak esah sampai sekarang tak berboipren. Muke aku nih orang kate nampak tua. Ha mulalah tuh nak suruh aku pergi New York skin solution. Tak payah kak esah. Aku nih ha belajar pon tak mintak ptptn tau. Saket hati aku nengok hutang diploma aku RM18,000. Siapa nak bayar tuh? Aku lah kan. Haritu adalah jumpa budak sekolah rendah aku dekat masjid. Aku nih ha kak esah nak stok masjid jek. Tapi ada gopren dah. Haih malas lah kak esah. Aku bukan kesah sangat aku takde boipren, tapi yang aku kisah apahal dorang tuh yang waktu kecik bukan main nampak tak berwibawa tapi bila besar amboilah…nak jatuh mata tengok. Hensem kak esah. Apahal tah kan. Ke dorang pergi New York skin solution???



Tuh jelah kak esah. Aku macam ngantuk nih ha. Baru lepas solat subuh. Nak jumpa kawan2 aku sat gi nak buke sama, almaklum lah lama tak jumpa. RINDU!!! Aku pon dok feeling2 lah rindu – rinduan jugak. Tapi bile nak jumpe, ada aje. Rindu lah sangat kan kak esah. Malas aku kak esah. Lepas nih aku tak kesah dah. Aku pon nak balik Kelantan dah. Insya Allah kat Kelantan aku kurang sikit bebanan2 yang aku cerita kat atas tuh. Tapi beban lain lah kan. Contohnya nanti aku nak kawan dengan siapa dalam kelas yang kawan2 biasa aku tak ade? Hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri.



Panjang kan keluhan aku kak esah. Aku nih macam asek mengeluh je kan. Tak baik kan kak esah. Tapi ini care aku lepaskan kesesakan dalam jiwe aku kak esah. Sekian kak esah, selamat berpuasa dan selamat mencari lalilatul qadar =)



p/s: terasa pathetic jugak masa menaip nih. Aku macam hidup di dunia yang tiada jasad yang wujud dan bernafas kan? owh nanti aku akan try reply ala2 kak esah tau.

Thursday, July 7, 2011

Talam dua muka

"tolong jangan ditekan anak ini kerana aku percaya satu hari dia
akan memberontak"
bogel menuju tuhan-zahiril adzim

Salam y’all. Malam nih tiba2 terasa nak buat satu entry pasal peribahasa melayu nih. pasal talam nih bersempena puasa menjelang (wtf). Mesti semua orang pernah dengar kan talam dua muka. Talam tuh dulang. Tahu kan dulang yang mana? Sama ada y’all pernah di labelkan talam dua muka atau pernah melabelkan orang sebagai talam dua muka. Saya tahu readers saya angel belaka. Semua berhati mulia. Tak pernah pon dilabelkan talam dua muka. Saya pernah dilabelkan itu. Ye, mesti semua nak blah dari blog saya sekarang.


Macam mana kan kalaulah y’all dah buat yang terbaik untuk menjadi seorang sahabat yang baik tapi masih dilabel sebegitu?

“tak mungkin lah kan kalau kau baik, siapa yang zalim nak letak nama gitu kat kau. Mesti kau jahat ni”

mungkin ini apa yang difikirkan oleh segelintir orang. Well, kau kawan dengan manusia. Manusia mana yang tak buat salah kan? Entah. Pernah sekali aku tengah tolong selesaikan masalah kecil seorang hamba Allah nih, then dia cakap “huh, TALAM DUA MUKA!” ok fine. Tanpa mengetahui sebab, aku berlalu dengan muka garang tetapi hati dah berada di kaki sebab sedih.


Macam mana kalau kawan y’all tak disenangi ramai tapi kau adalah teman paling rapat dengan beliau? Katakan namanya Maimun. Maimun ni ikut mood dialah. Kalau baik, maka semuanya dilayan seperti BFF tapi kalau tak ok, kau adalah MFF (musuh for forever). Dah memang nya y’all tak puas hati tapi nak luah pon tiada gunanya. So teruskan berkawan dengan beliau akan buat kau di cop TALAM DUA MUKA. Em…manusia. Suka melabel orang =)


Macam mana kalau orang yang kau tak suka dan selalu kutuk tuh datang dan meminta pertolongan? Lantas kau yang bajet berhati suci bersih pergi melemparkan bantuan. Aku pernah berada dalam situasi ini, dan orang label aku sebagai PELAKON HEBAT. Yang mana bahasa asalnya adalah tetap TALAM DUA MUKA. -_-


Huh. Penat y’all. Semua tuh bahasa kiasan. Maksudnya, realitinya ayat yang digunakan sangat kasar. Orang pernah label aku hipokrit, bermuka2. Eh yang jahat semua kat aku lah kan. Hipokrit dan bermuka2 tuh samalah dengan TALAM DUA MUKA. Yang mana aku kurang tahu sampai mana skopnya.


Orang akan nampak aku MACAM takde perasaan. Tetapi aku tetap manusia biasa. Aku suka buat2 tak tahu and blur (kekadang tuh memang blur) so orang akan gelak. Sebab aku suka tengok persekitaran gembira. Buat apa nak sedih? Siapa yang meninggal? Buat apa nak serius? kau ahli parlimen ker? Tapi orang fikir “alah, dia nih boleh terima lawak kasar menggilas aku nih” lantas gurau kasar. Tetapi bila aku buat lawak kasar balik, ramai touching then mulalah cakap aku nih begitu dan begini. T_T


Alamak. Ini betul2 dah menyimpang nih. Heheh. Okehlah nak stop sudah. Sebelum itu aku nak tanya, y’all suka parents dijadikan bahan carcian? Bagi aku semestinya tidak. Parents aku tak moden tapi tak kolot. Ada manusia pernah cakap kat aku “nasib kau tahu membaca, yelahhhh..parents yang tak ambil kisah selalunya biarkan anak mereka terus tak tahu membaca”. Pedih. Tapi macam situasi di atas. Nak luahkan pun tiada guna. Sebab manusia tuh akan terus rasa mereka cool, awesome, marvelous! Biarlah kan?


Apa pun pandangan orang, yang tahu siapa kita tetap kita sendiri. oh. aku dah dapat buku bogel menuju tuhan. sebab itu aku quote di atas tuh. kata peminat tegar. haha. selamat ganti puasa bagi mereka yang belum habis mengganti =) (macam aku)


p/s : harap readers jangan terus singkirkan aku sebab aku TALAM DUA MUKA. Jangan ada yang terasa sebab ini bukan kamu semua.

Tuesday, June 28, 2011

Hati saya, saya sahaja yang tahu

Salam y’all. Dah pukul 2 pagi nih. Malas nak tidur. Hoh? Biar betul aku malas nak tidur. Well untuk pengetahuan semua walaupun ada yang tak mahu langsung tahu aku suka tidur!!! Sampai kawan aku tanya hobi aku apa aku terkial2 nak jawab and dalam otak dok piker jawapan TIDUR je. Homaigoat! Aku dah decide aku tak mahu kerja dalam masa 2 bulan nih, nak duduk rumah nak gemuk! Macam kuruskan? Hahah. Biarlah aku. Hati saya, saya sahaja yang tahu. Kak najihah pinjam ayat kat blog na =)


Well, baru lepas baca blog hanis zalikha. What? Oh, belog lah. Kau tak payah nak tiru hanis zalikha sangat. Biarlah dia ada keunikan dia tersendiri untuk eja blog. Kau eja lah cara lain dah kalau dia eja blog tuh belog. Kan? Baru nampak kita unik. Betul? Hah, pasal pertandingan dentyn terrar oke. Aku macam tak paham lah ape jadahnya benda tuh. Owh rupanya dia cari orang2 yang berbakat dalam nyanyian . dorang dok nyanyi kat umah je. Then antor le video mereka melalui pos Malaysia. Hah? Tak kelakar kan? Tahu.


So, aku pon dok tengok lah apa yang hanis dah post. Walamak weh, memang hanis tuh baguih sungguh lah. Dia jadi juri jemputan, then dia cakap dia pilih mamat nih nama megat. Sebab mamat tuh dok pakai baju pagoda, tapi suara sedapnya!!! Memang terbaik habisan lah. Aku pon dok terpikir lah kalau lah aku dapat suami (terus suami tau, tak mahu kalah! Haha) suara sedap gilak macam tuh, hui memang tak delah aku nak suruh dia pergi kerja. “takpe bang, awak nyanyi untuk saya pon saya dah cukup bahagia bang” ha sampai macam tuh punya sedap. Dah tuh abang aku tuh mesti pang aku. “Gilak kau! Kau nak abang bisu kan? Sebab tuh dok suruh nyanyi untuk kau kan?” sadis betul imaginasi aku -_-


Sebenarnya aku nak share yang itu je. Pasal suami suara sedap. Yelah kan. Kang aku buat status kat facebook orang lempar tahi pula. “kau tak payah nak demand sangat lah wei” aku tak mahu baca yang itu. Haha. Sebab itu entry ini tajuknya hati saya, saya sahaja yang tahu. Elok aku nak meraban dalam entry ini lagi, aku terbaca pulak ketua saya dulu di facebook bersama status nya “aku lihat layu dalam melayu” adus!!! Kebabom!!! ok insap. Tak mahu merepek dalam entry ini. Tapi kalau aku tak merepek aku kena baca fakta sat.


Tapi sebenarnya tak adalah layu sangat. Orang melayu dah banyak bangkit. Macam ketua aku tuh sendiri. Dia study kat overseas sekarang. Dan dia adalah orang melayu. Oklah tuh. Dah bangkit sikit2 dah orang kita nih ketua. Dont worry. Ok aku dah mula meraban.


Lagi satu aku nak share. Aku tengah baca novel cinta berhalaman 1000 lebih. Huaw! Alah novel melayu lah. Biasalah kan? Tipikal ceritanya. Perempuan cantik dan lelaki handsome. Miskin dan kaya. Darjat memisahkan kita. Ibubapa yang sporting dan durjana. Persekitaran manusia yang busuk hati dan berhati mulia. Duit 2,3,4,5,6 juta. Tapi tuhla kan? Kalau lari sikit dari kebiasaan selalunya tak seronok. Pernah sekali aku baca novel tuh heroinnya tua dan kurang cantik. Hah, memang tak ramai nak baca. Amekkaw!


Kan dah kata ada yang tak paham. Tak apa. Biar. Hati saya, saya sahaja yang tahu. Sudahlah tuh. Esok aku nak bangun pukul berapa nih? Jaga diri readers. Salam.



p/s : aku ada satu cerita lari dari kebiasaan.

Wednesday, June 22, 2011

kisah perempuan berusia

Bismillah.

Salam. Apa khabar readers? lama tak jumpa. Sebenarnya aku baru habis intersesi di uitm shah alam. Hah? Kau bukan kat Kelantan ke? Kan? Y’all nak tanya itu kan? Ye. Saya pelajar uitm Kelantan, tapi intersesi boleh dilakukan di mana sahaja asalkan kos tuh di offer di kampus tersebut. So kalau ada uitm ada kat Singapore and ada subjek managerial economics, aku pilih Singapore. Motif? Nak pergi universal studio hari2. Haha. Mana alam punya alasan. Huhu. Jangan takut dengan tajuk entry. Ini bukan cerita mistik. Ini cerita saya. Sang perempuan muka berkedut nurul ‘ain syafinas jamil.

Aku baru habis hari graduasi. Well u know, its convocation day lah kan? Em best! convo diploma sekali je kan? Bukan setiap bulan. Kawan saya cakap seronok convo sampai nak convo lagi sebab bangga bila perarakan masuk dewan. Parents semua dok tengok. Dalam hati kembang kempis, haiush bangga2. Tapi kalau ada parents yang tersnap pic aku sebab aku berdekatan dengan anak mereka, mesti rasa nak crop sebab muka aku sumpah annoying (walaupun tak tengok cermin tapi tahu) sebab aku sibuk carik abah and angah aku. Padahal bukan boleh duduk sebelah mereka pon. Tak paham situasi aku ketika itu.

Lepas convo, ingat kan nak tangkap pic bersama rakan2 dan ber huha sebentar melepaskan ketawa jantan saya. Tapi tak sempat sebab abah nak makan lah pulak. Lapar, kesian abah aku. Dah tuh pergilah makan. Y’all nak tahu abah aku sebelum masuk dewan dok Tanya aku macam nih “ti, kau nak bunga ker?” alamak! Abah malu le saya kalau jawab “of course” sambil pusing2 badan dengan jubah convo kan? So saya cool jek. Last2 dapat jugak bunga! Hurray! I have to admit this. Aku tak pernah dapat bunga dari sesiapa. And aku harap one day ada orang ikhlas bagi aku sejambak bunga. Huhu. Sekali abah aku yang bagi! Terima kasih! Emmm…beliau siap bagi tahu harga sekali -_-. Motif? Tak tahu. Tanya beliau.

Selepas berlalunya sebulan berinterseksi (hah?!) di shah alam, kini aku di rumah sambil abah berkata “tak payah lah kerja, abah mampu tanggung kau lagi” ok terasa heaven di situ. Aku nak kerja sebab nak duitlah of course and aku tak mahu tambah berat lagi sebab dok rumah tiada apa yang boleh dilakukan selain habiskan duit, tidur, makan, berak, tidur , habiskan duit, makan, tidur and berak lagi. Ok sumpah geli. Sorry. Yela…memang banyak kerja tapi dok habiskan duit abah saya tiada faedah nya. Kan? Tapi tuhlah. Tengah pikir lagi.

Em tadi keluar membeli belah (see?? Aku dah kata dah) berhenti solat kat masjid. Dah tuh ada makcik nih dok tidur kat dalam masjid tuh. Dengar azan dia bangun. Sekali tuh dia macam terhuyung hayang. Aku dengan prihatin disertakan suara lunak pasa sanda bertanya “ok ker?” dia datang dekat aku and salam and CIUM TANGAN AKU!!! Makcik saya nampak tua ker? Nak je aku tanya tapi takpe lah. Kang panjang pulak cerita. Plus kang aku pulak yang down dengar penjelasan beliau. Lepas makcik tuh berlalu pergi aku terasa sedih dan memikirkan produk apa aku patut pakai sekarang nih? Kan aku dah tak mahu pakai pencerah. Nak pakai anti ageing kang awal sangat pulak.

Aku baru 22 tahun. Aku tak pakai apa2 selain bio essence facial cleanser bersama mengemis sedikit bedak baby Johnson kawan aku. Itu pun kalau cleanser aku habis nanti tah aku nak pakai apa tah. Malas nak beli. Hasilnya, semua promoter yang kelihatan “senior” panggil aku KAKAK. Homaigoat! Y’all I am only 22. Kau tuh umur berapa panggil aku kakak? Tapi kadang2 aku redho aku panggil jek budak2 tuh adik. Ok sambung balik cerita makcik tuh, lepas solat dia ada salam dengan kakak tuh. Then dia cium tangan akak tuh jugak. Fuh! Maksudnya makcik nih memang suka bagi orang rasa tua. Huhu. Mungkin dia tak sedar kot. Tapi apa2 aku lega.

Mungkin factor kebesaran badan aku jugak. Dah tuh kene diet lah nih? Ada anak buah aku yang biadap dengan cumilnya cakap “akak, akak kene diet lah. Akak kene kurus” biadabun betul. Umur dia baru 5 tahun. Haish! Tapi to be honest, aku belum rasa nak ubah apa2 lagi diri aku nih. Nanti yea. Em y’all gelak eh dok baca atas2 tuh. Well aku pon terasa bangang jek masa menaip. Biarlah aku nih ha. Tak paham dah. Haha.

Aku nak bagitahu result aku bolehlah. Alhamdulillah. Takde repeat dan mampu buat aku tersenyum =) terima kasih Ya Allah. Dalam masa cuti nih, dalam tak ada duit nih aku nak macam2. Aku nak 3 benda jek : tamagotchi : buku bogel menuju tuhan (zahiril adzim) : beg hijau (buat aku meleleh air liur). 3 tuh jek. Ada siapa2 mahu belikan? =)

Sekian sahaja entry aku kali ini. Zahiril adzim and shera aiyob nih cumil benget! Sebenarnya seronok tengok orang bercinta. Heks. Tiada maksud di disitu. Salam y’all.


p/s : aku tengok stats, ramai kot view blog aku nih. Thanx y’all. Thanx a lot!!!

Sunday, May 8, 2011

Banglo Mewah-ians --- you will be missed!!!




ahli senior banglo mewah



ahli senior + junior banglo mewah






birthday girls - k.suza and k.umi


me with the garang k.yam


k.ju and k.jiha


k.tiqqa and k.nori



k.yana with k.umi



Salam y’all. Well disebabkan exam dah habis and aku dah mimpi pon aku dapat berapa pointer T_T saya mampulah untuk update blog muka perempuan besar nih (refer pic di atas). Em esok saya balik ke selayang sudah. Dah penuh kat paru2 nih udara kota bharu. Paru2 saya mengharapkan udara selayang pula disumbat ke dalam badan saya. Yahoo!!! Tengah carik lagu balik kampong (over? Tahu) em hari nih hari terpenat sebab terkejar2 kat uitm settlekan hal2 intersesi and malam pula sibuk berpindah randah macam orang tak mampu bayar sewa lantas berpindah pada waktu malam. Dan dikala ini saya sedang teman kak juliana fauzi study. Yela….dorang kan ada paper lagi (gelak halus).

Esok adalah hari terakhir saya jumpa akak2 nih. Baik sangat mereka nih (errrr..) teringat balik waktu aku datang kota bharu dulu, masa first time datang rumah. Dorang nih angkatkan barang2 masuk bilik aku kot. Hui. Puaslah aku cakap tak payah (tapi bersyukur dorang angkatkan, penat kot), dorang angkatkan jugak. Terima kasih =) dalam terima kasih tuh aku dok risau. Apahal lah dok baik sangat dengan aku nih? Risau2. Tapi aku dah bagitahu kat kak nur nazihan raman kenapa. Hahah. Sakit je hati beliau. Tapi tuh dulu. Memang dorang baik pon sebenarnya (errr lagi).

Mereka nih dah 24 tahun (jangan terbakar tengok umur sendiri), final semester di sini. Kos statistic. Ada 8 orang kesemuanya. Meh sini aku bagitahu kat y’all, dalam banyak2 kakak kat rumah nih paling aku takut dulu ialah kak siti maryam. Pernah sekali dia dok masak maggi. Aku nih kan budak baru lagi muda belia kat rumah nih. Tanyalah macam aku tak kenal maggi tuh hape. Ayat aku “masak apa kak yam?” jawab beliau “…..” aku tanya sekali lagi baru beliau jawab “maggi”. Tapi dah lama2 beliau baik sebenarnya. Paling terror masak, dah tuh suka jamu aku. Haha. Kesimpulannya, kalau nak aku cakap baik tolong masakkan untuk aku. Haha. Terima kasih kak yam =)

Kak Noriah Daud ialah kakak sebilik aku. Baik. Sangat memahami aku. Sebab barang2 bersepah pon dia tak kisah. Nak pinjam hanger tak kisah. Semua dia tak kisah. Baik tak? Nak maggi sebungkus dia bagi. Aku demam buatkan air teh panas. Ha apa lagi? Sampai baju aku dah takde (sebab tak sempat basuh) dia bagi pinjam baju kelawar dia. Huhu. Terima kasih kak nori =). Kak Nur Atiqqah pula adalah seorang gadis yang anti-sosial. Suara lembut macam kura2 kak nori. Huhu. Tapi bila dia jerit kan, sila tutup telinga. Haha. Tapi sebenarnya perangai gila jugak. Selama nih cover jek. Heleh! Haha. Baik sebab bila aku takde masa nak bukak laptop beliau yang bagi pinjam laptop. Sebab laptop dia 24/7 terbuka. Huhu. Terima kasih kak iqa =)

Kak umi nadhirah pula paling ayu dalam rumah (dulu lah) ayu nye Ya Allah. Tak keluar bilik pon. Walaupun kitorang dok terbahak2 kat depan tv, dia tak hambek kesah pon. Bila bercakap memang baik, tak cakap kasar2 pon. Tapi semenjak aku nak balik dalam masa 3 4 hari lepas. Ha amek kau! Perangai sama jek. Dok cover jugak cam kak tiqa tuh. Heleh! Dah lah pembawa virus adeno. Terima kasih k.umi =).Kak nur liyana pula baik juge. Beliau lah yang tolong aku pindah barang2 tadi. Peluh sakan youuu. Sebagai ganjaran belanja beliau dengan DONG BENG (bandung ais). Perangai dia tak yah cakap lah. Dah dikeliling orang gilak, dia pon gilak jugak. Haha. Terima kasih kak yana =)

Kak nur nazihah raman tuh ex YDP kelab Inspirasi. Kelab teraktif kat kampus kota bharu. Wuiyoooooo!!! Bila cakap serumah dengan dia jek, terus tersenyum semua. Kunun peberet ramai lah nih (nyampah!) kak jiha@k.ji nih selalu teman aku balik dan pergi kelas malam. Terharu nyewww. Tapi perangai senget, tak terinspirasi saya. Haha. Terima kasih kak jiha =). Kak Juliana fauzi pula sang stay up person dalam rumah nih. Gilak. Macam kelawar kot beliau nih (ke burung hantu?). Berjaga dari pukul 1 petang sampai 6 pagi, tidur 6 pagi sampai 12 tengahari. Baik gilak sebab selalu teman mana2 aku nak pergi. Haha. Contohnya teman berus gigi, teman stay up, teman makan dan blablabla. Ha banyak kan? Huhu. Terima kasih kak ju =)

Last but not least kak suza hamira. Ha. Beliau nih rupe macam ratna mentor (bagi can) kalau nyanyi macam ning baizura. Berjalan macam fasha sanda. Kalu buka tudung macam adibah nor (????). beliau antara peneman kak jiha hantar saya balik dan pergi kelas malam. Terima kasih kak su =). Terima kasih semua sebab sudi jadi kawan, kakak, housemate yang teramat baik untuk saya. Yelah..saya nih kan payah orang nak gemar. Haha. Macam2 kamu semua tolong. Tak terbalas rasanya. Terima kasih. But please, don’t miss me please. Huhu.

Terima kasih dan good luck future statistician. Semuga kamu semua boleh carik kerja cepat dah tuh belanja saya yang masih bergelar pelajar. Semuga kamu semua cepat kahwin tapi check schedule saya dulu ok. So that saya boleh lah datang majlis kamu. Semuga yang tak ada boyfriend lagi dapat cari jodoh yang berkekalan, tapi carikkan untuk kite jugak tau. Semuga yang baik2 lah jadi atas kamu semua. Huhu. Again… you all will be missed <3

Ini bukan entry jiwang karat. Ini entry menghargai segerombolan manusia yang baik pada saya. Pada yang anggap saya bermuka2, tahapehape,penipu, pemeras ugut dan sebagainya yang negative, I have 6 words to you – yelah kau je yang A plus!!!

Notabukulali : tak perlu kan yang last sekali tuh? Tapi geram. Tata!

Saturday, May 7, 2011

Happy birthday Atok Jamil!!!

Bismillah.


Salam y’all!!! Happy gila!! Aku dah habis final. Okeh. Dulu kat poli aku memang takde hal la la tido pukul 3 dah tuh bangun pukul 5. No hal. Tapi mungkin factor umur dan sifat malas yang membara, stay up sampai pukul 2pagi pun dah kasihan kat mata sendiri. Dahla mata macam panda. Macam kena cat hitam bawah mata. -_- tapi…aku tak harap la keputusan setinggi gunung. LULUS pun cukup pandai dah! Ya Allah, tolonglah aku Ya Allah. Okeh. Takmo cerita pasal final dah.


Eh hari nih 7 may, abah saya dah mancapai tahap warga emas beliau yang optimum. Yang ke ………. Huhu. Happy birthday abah!!! Love you! Nak tahu? Aku tak pernah cakap depan abah aku sayang dia. Harap2 dia paham sendiri. Yela…nak sayang siapa lagi kan? Harituh kakak rumah aku cakap dia hormat kat ayah dia tahap gunung tertinggi. Aku pulak tak tahu tahap mana. Yang penting lagi tinggi dari akak tuh la. Yela…abah aku boleh jaga anak dia nih seorang diri tanpa isteri di sisi. Ingat senang ker? Kan orang tua dulu pernah kata “jaga lembu sekandang lagi senang dari jaga anak dara seorang” uiyo! Apalah? Anak dara disamakan dengan lembu?


Tapi tak kisahla, ada kebenarannya di situ. Kan lembu tak payah pergi shopping, nak makan pun makan rumput je. Anak dara mana boleh makan rumput? Lagi2 aku nih ha, anti tumbuh-tumbuhan. Bila abah masak sayur seperiuk, beliau yang muntah habiskan seorang diri. Ada lembu nak pakai perfume rm250? Ha takde kan? Motifnya aku nak bagitahu abah aku belanja aku perfume weh. Harga seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi (nak appreciate je,bukan riak). Padahal time tuh aku dah kerja pulak (sila doa kakak saya tak baca ini). Tapi sebab aku dok ngidam sangat nak pakai, beliau sanggup lah belanja aku. Kunun aku nih berhati mulia nak bayar balik Tapi kira balik bajet, tak mampu -_- tapi bila nak pergi Kelantan, beliau cakap “tak payah la bawak, boleh abah pakai” hah? *mukerisau*


Tadi aku cakap abah masak sayur kan? Rakan2 saya yang terdekat tahu kelemahan, kekurangan saya adalah bila berhadapan dengan dapur,kuali,senduk dan bahan2 masakan. Tak reti masak bahasa mudahnya. Abah yang masakkan ok. Kadang2 aku order je “abah,esok nak nasi goreng”. Pagi esok dengan biadapnya tanpa membantu walau sekelumit, nasi goreng dah ready! Yummy!!! Abah buka tudung saji atas meja makan siap dengan alunan lagu gamelan lagi. Nak bagi aku berselera (exaggerate is my middle name) bila balik dari poli ke Kelantan ke, bilik tersusun rapi. Heheh. Takkan abah aku upah orang gaji pula. Beliau la yang kemaskan. Dah tuh bila aku cakap aku kena sumpah sebab bila aku duduk kat bilik tuh, bilik tuh kompom bersepah secara automatic (scary tak?) abah aku buat muka paham dan tersenyum sahaja , kadang2 dia marah gak. Tengok nasib aku la. Hahah. Dah tuh abah kemaskan balik.huhu bahagianya hidup!!! (sila doa lagi kakak saya tak baca ini)


Tak sabarnya nak balik selayang!!! Isnih nih saya balik. Naik flight lagi y’all (Aku suka riak la sekarang nih). Nak jumpa abah and family. Eh haritu anak saudara aku yang selalu buat aku berapi call dan dengan cumilnya cakap “kitorang rindu akak lah” huaw2! Suka!! Aku pulak dengan macaho nya jawab “yela…” padahal adalah rindu sikit. Sikit jek. Ok? Eh kalau ada lelaki2 yang single dan masih mencari baca entry aku ni memang kompom kena reject terus kan? Ha….mana lah nak cari lelaki yang sama dengan perangai abah aku. Tahan dan kental dengan perangai buruk aku nih. Takpela..saya nak focus pada study dan kerjaya dulu (ayat sedapkan hati).


Sehingga ini jela y’all. Aku ada banyak movie nak kena tengok nih. Busy3!!! Oh ye. Ingat kan tahun lepas mother’s day saya published entry pasal mak? Sekarang entry untuk abah pula. Happy mother’s day mak, happy birthday abah. I love u so much!!! Kamu yang ada mak lagi, go get her, hug and tell her u love her ok. Kirim salam juga pada ibu kamu semua.



Saya tahu kakak rumah saya sedih saya nak balik awal. Jangan sedih kakakku. Huhu. Sem depan masa viva jupo lagi deh <3




Notabukulali : pada yang bertunang dan bakal kahwin, congrats! =)

Wednesday, March 30, 2011

Huwattt? bunuh diri?

Bismillahhirrahmanirrahim.

Salam. Jadual finals dah keluar y’all. Aku suka sangat sebab aku habis dulu dari akak2 nih (gila busuk hati) tapi....tadi dorang kate maybe dorang habis dulu sebab dorang ada finishing school dan bnsjhdsjbdhjgd yang saya tak paham lagi. Takutnya. Takkan aku nak duduk seorang disini? Em..takpela. biarkan uitm yang uruskan itu. Aku nih patutnya dah kena carik buku2 yang tertimbus tuh sebab nak final dah.

Pasal bunuh diri? Saya antara makcik2 yang ingin melaporkan tentang kejadian di Kota Baru minggu lepas. Yela. Aku sure dah heboh pasal ni. Lagi2 ore kelate, lagi2 student mana2 IPT kelate. Sebab gapo? Sebab ia melibatkan KBMALL tersayang kitorang tau y’all! Wua!!!! KBMALL merupakan tempat berlibur, shopping (barang dapur, aksesori malah simplysiti pon ade) yang paling dekat dengan hati para pelajar dan orang2 sekitarnya. Dan disini juga saya ingin menyatakan bahawa SETIAP MINGGU SAYA KENA PERGI KBMALL. Sebab cintanya saya terhadap KBMALL,takkkkkk aku kan ambil koko bowling. So every week kena pergi KBMALL untuk attend kelas. Dah nak muntah dah.

Eh cerita balik pasal bunuh diri tuh. Macam2 lah rumors dengar pasal budak perempuan tuh. Pasal SPM teruk la, pasal gewe (boyfriend) la. Sedih. Mana taknya, penat tau nak besarkan kau. Sekali dah besarkan kau, kau sibuk nak bunuh diri. Kat KBMALL pulak tuh, adik.....awak tahu tak yang akak nih suka pergi toilet sorang2 kat KBMALL tuh? Sebab nak dapatkan privasi yang optimum? Akak memang suka awak bunuh diri kat situ, dah tuh bila akak masuk toilet dengar yang bukan2. Memang itu tujuan akak datang kelantan dik. Haishhhhh.

Budak perempuan nih katanya tak pakai tudung, rambut berwarna perang (confirm ke orang malaysia ni?), kurus. Ada yang kata tak lawa mana pun. Alamak. Diorang nih. Time2 macam nih pon sibuk nak tengok lawa ke tak. Ada yang kata kalau dia hidup lagi pon, nanti tak ada siapa nak kat dia. Halamak. Berat, berat. Tapi tengok video dia, cara dia tuh memang dia nekad sangat lah nak bunuh diri tuh. Memang sampai bawah terus mati dik. Kalau tak mati pun, kau akan jalan senget sampai mati. Kan lagi sedih? Eh nak tengok video dia? Carik sendiri sekarang.

Memang ada masanya, kita rasa hidup pun tak guna. Ibarat pepatah hidup segan mati tak mahu. Tapi hidup perlu diteruskan, sebab kita kan manusia? Ciptaan Allah paling sempurna sebab memiliki akal. Bila rasa tertekan, keluarkan. Menjerit ke, berjimba ke, baca Al-quran ke dan sebagainya yang boleh tenangkan fikiran. Macam saya, saya suka dengar lagu yang sedih2 dah tuh nangis dah tuh makan. Ha....memang perangai orang gemuk kan? Tapi sihat apa. Kadang2 lagi sihat saya terus tidur. Bukan ke bagus kalau kita carik pecipta kita? Kan? Kan? Allah sentiasa ada dengan kamu.

Eh aku ambik nih dari blog nabilasara. “Do not count how many times people hurt and leave you. Count how many times you hurt God & He never leave you”. –quoted from amanda adriani- Awak yang baca nih patut insaf sekarang. Berfikir sebelum bertindak. Jangan jadi macam aku. Suka bercakap sangat, then keluar yang bukan2 dah tuh panjang nak mampus bercakap. End up orang akan cakap macam nih “ macam mana finas? Tak paham” -_-

Eh nanti balik selayang nak balik naik flight lagi boleh? Saya suka =) plus saya kan orang kampung. Cita2 aku kan nak study luar negara. Tapi saya “superexcellent” maka saya kurang layak ke luar malaysia. Jadi bila dari kelantan naik flight membolehkan aku rasa “weh aku study luar negeri ok, aku kena naik flight jugak ok” macam tuh. Eh y’all kesian kat aku ke sekarang? Tak kan?


Doakan aku berjaya semester ini please =)



p/s : yang baca nih boleh tak bagitahu aku, muka aku nih muka mintak penampar ker? Tolong jawab.

Monday, March 21, 2011

Soalan demi soalan

Salam.


Aku baru lepas test, huuuuu..penat owh. Dah tu najah mohd lasa tag aku pulak. Ok. Walaupun dah 2 tahun saya berblog. Ini first time saya di tag. Ok tak cool kan saya? Tahu. Y’all sila diam. Ok y’all nikmatilah jawapan saya.


1) Adakah anda rasa HOT?

Hot? Alamak. Bahasa inggeris saya teruk T_T. Hot tuh panas ker? Saya memang selalu panas. Sebab dulu cikgu bio saya kata manusia berdarah panas. Tapi kawan2 saya selalu sejuk, apakah mereka berdarah sejuk? Saya tak boleh kena matahari, sebab saya kipas susah mati Robert Pattinson (betul tak?). bila kena air-cond, jarang2 saya sejuk. So...jawab tak soalan nih?


2) Upload wallpaper lappy / pc

Saya mintak maaf. Saya buat wallpaper saya seorang jejaka. Nanti jejaka tuh tahu saya minat dia lantas curi pic dia walaupun saya tak add dia. Saya takut dia reject saya
=(


3) Cerita pasal gambar

Alamak. Dah tercerita tadi la kat atas tadi. Saya minat bangat sama beliau. Beliau merupakan inspirasi saya ketika saya tak mahu pergi ke kelas ketika awal2 di kelantan. Huhu.

4) Bila kali terakhir anda makan ayam

Hah??? Kenapa ayam? Abah saya bela ayam tahu? Sebab tuh faveret saya ayam. Sebab cita2 saya tak nak ada ayam dah kat rumah. (ada kene mengene tak?)
Semalam adalah yang terakhir.

5) Lagu terakhir yang anda dengar

Lagu raya. Ceria aidilfitri. Sebab saya balik kampung baru2 ini. So nak dapat feel balik kampung la katakan. Eceh =)

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

Tengok adik-adikku. Abah saya puji budak2 nih sebab diorang petah berkata-kata. Saya tak ke?

7) Selain nama sendiri, anda dipanggil ape

Awak, wanita, gegerl, wanita berkulit hitam manis dan pelbagai lagi nama yang saya toleh kalau orang panggil. Contoh “hey rani mukherjee!”

8) Tag 8 orang

Alaaaaaaa...? perlu ye? Kalau tak perlu? Boleh? Ok, perlu...
• parapaen
• khairunnisa
• nabila
• faranajwa
• norliza
• dayang
• kasih nurazie
• hafizatul husna

9) Siapakah no 1 yang anda tag

Farahin. Parapaen. Apa kabar? (sibuk nak tanya kabar)

10) Katakan sesuatu tentang no 5 yang anda tag

Dia....heheh. dia pendengar yang bagus. Walaupun dia sangat garang di Semashur, tapi kini tidak lagi.

11) Orang ketiga ditag sedang berhubungan dengan siapa

Dia tunggu saya dapat bf baru dia nak carik. Sebab kasihan dengan saya, tak ada sape nak (nangis)

12) Bagaimana dengan no 4

Beliau nak jumpa saya tadi, tapi tak kesampaian. Sebab kok lanas dan kota baru jauh. =(

13) Pesanan buat no 6

Sila update blog anda.

14) kata-kata cinta buat no 2

Oh gemok ku. Sila la jangan bertanding kegemukan dengan ku lagi. With love~

16) Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang di tag di no 1

Manja, belajar di uitm perak, kos HR, dulu pakai cermin mata dah tuh pakai contact lense, sayang MCD.

17) Persamaan antara Lembu dan Kambing

Weh!!! Soalan bapak lah mencabar! Halal dimakan. Tuh je.

18) Perasaan ketika menjawab tag ini

Pening! Gile banyak soalan. Dahla baru lepas test. Huh

19) Adakah anda tahu Rizman itu sengal

Siapa nih? Tak tahu. Rizman khuzaime ke? Tak kenal, sebab jiran saya pun saya langsung tak kenal.

20) Gay or Les?

Lor...saya stret....saya suka sangat kat laki. Ok. Takutnye jawapan aku.


ini je yang mampu. y'all patut tengok keadaan saya ketika ini. sangat menggerunkan. sebab pening jawab soalan2 ini. terima kasih =)

Wednesday, March 16, 2011

Hey manusia! Mari jaga perasaan manusia lain

Bismillah.

Salam.


Ok. Sepatutnya aku dah kena risau nak mam sebab finals nak dekat. Dah tuh semua subjek adalah pembunuh tegar, tapi takde subjek pon yang pernah msuk mahkamah setakat ni. Ok merepek. Maaf. Aku nak buat micro nih. Tapi memandangkan ada situasi yang terjadi pada siang hari tadi dan buat aku cam agak marah, so aku rasa marilah kita membaca karangan saya. Gila ayat tak sedap. Korang tengok bahasa melayu aku macam nih,cuba bayangkan bahasa inggeris dan arab saya pula. T_T


Ok. Nak dijadikan cerita. Aku dan beberapa kawan aku belum ambil 1 subjek ni. As for me, aku dapat pengecualian kredit, so tak payah ambil so YEAY FOR ME!!! Dah tuh. Lecturer subjek yang belum kami ambil nih belanja makan hari ni. Ada sorang minah nih bahagikanlah makanan tersebut. Oklah, makanan tuh sangat ringan tapi seronok lah kalau dapat free kan. So, kawan aku yang belum ambil subjek tersebut tanyalah “kitorang punya?” then minah yang bahagikan tuh jawab “ini untuk kelas kitorang sahaja”. Bayangkan. Ini dah minggu ke sepuluh kami bersama dalam 1 kelas then boleh pulak cakap macam tuh. Kawan aku cakap balik “kitorang pon budak kelas korang jugak”. Well, kalau aku, aku tak cakap dah, tapi serius! Aku macam sebak. Then minah tuh betulkan ayat dia “ini untuk kelas subjek lalala sahaja”. Well minah, i know u won’t read this, but frankly speaking u have to learn a lot about “jaga perasaan orang lain okay!”


Kawan aku yang tanya pasal makanan free tuh sangatlah optimis. Dia cakap aku ni cepat touching. Lagi2 pasal koir yang aku tak layak nak join tuh. Saya memang macam nih. Luar keras, hati kaca. Patutnya saya tampal kat bontot saya, I’M FRAGILE YAWW! Boleh je kalau nak tampal I’M FERGIELICIOUS YAW! Ok, tak. Tipu. Tapi serius y’all. Siapa2 yang baca entry saya nih, walaupun awak selalu disakiti,jangan sakitkan hati orang lain dengan sewenang-wenangnya. Jangan ok! Ye, aku tahu. Aku pon mulut lepas jek, kadang2 terletak longkang dalam mulut so jadi mulut longkang, but please y’all. JAGA HATI ORANG LAIN.


Mungkin kadang2 kita terlupa gosok gigi sebelum keluar dari rumah. Sebab tuh, orang akan cakap “Astaghfirullah! Mulut ko...busuk giler!” haha. Jangan lah geli, tapi memang menggelikan la kalau y’all tak gosok gigi sebelum keluar rumah kan? Haha. Bukan, maksud aku mulut tuh cam pakai lepas jek. Tuh pon dikira mulut busuk jugak kan? Lepas tuh, kita boleh mintak maaf kan? Kalau la terlepas boleh jek cakap “alamak, sorry” boleh kan? Ha dah tuh terpulang pada empunya badan la nak maafkan ke tak. Haha. Sumpah menakutkan.


Kesimpulannya, SILA JAGA HATI ORANG LAIN. Aku selalu baca status kat facebook macam “weh, penat giler aku jaga hati kau, tapi kau? Weh tolonglah. Aku baik ok. Aku selalu bagi makanan free kat kau, tapi kau? Tak pernah pulak nak bagi apa2, hatta kismis sebijik” ok panjang nak mampus status. Tipu2. Macam lebih kuranglah. Ada je yang jahat gile kat dunia nih. Ini terjadi sebab, tak jaga perasaan orang lain. Kan? Setuju tak? Kawan saya amalina, pernah post kat fb WHEN THEY HURT YOU, GIVE THEM LOVE. Paham? Paham kan? Tolonglah paham. Haha.


Ok lah. That’s all for today. Harapnya adalah yang paham walaupun ayat bertunggang langgang macam haram. Ye...saya pun selalu sakitkan hati orang. Sebab tuh saya banyak kali kena balik. Padan muka saya! Kan? Y’all tak nak cakap padan muka kat diri sendiri kan? Sebab cam loser gila. So, better change your attitude sekarang. Silakan. Ok?

Eh eh. Esok nak balik selayang. Tapi lecturer baik hati nak buat kelas. Ok, takpelah lecturer, saya ponteng sekali je ok. Please2.




Notabukulali : gila mengada-ngada nak balik esok, sekarang tengah dengar lagu raya sebab nak dapat feel balik kampung. Wahaha.

Sunday, March 13, 2011

rindu

salam.



aku rindu....



tak tahu rindu siapa...



abah ker? tuh wajib...



siapa ni???



tolong...



jangan buat macam ni...



aku sesak nafas dah...





maaf. ketika ini aku perlukan seseorang untuk bercakap. ramai sekitar aku ni. tapi.... aku tak rasa mereka paham.sebab aku sendiri tak paham.nampak tak komplikasi hidup aku? sampai aku sendiri tak paham.kasihan


notabukulali : perit rasa ni. maaf ye readers kalau sakit hati.

Saturday, March 12, 2011

wajah kesayangan hamba

Salam.

Ok entry ketiga dalam minggu proaduktif ini. Hari nih aku kumpul semua tenaga aku untuk habiskan di atas tilam. Maksud yang mudah difahami atau maksud bersihnya ialah tidur. Lepas mandi kakak bilik aku keluar ke library, so aku habiskan masa carik movie yang best since aku rasa agak down hari ni. Aku tengok 2012 yang quite significant apa yang jadi kat jepun. Tak lah. Aku tengok 2012 tuh meremang tahu. Sebab tanah merekah. Gila! Tapi jepun air datang menggila. Ya Allah, selamatkan mereka dan kami semua dari bahaya Ya Allah.

Masa tengah tidur tuh, adalah terjaga sekejap sebab 2012 tuh tak ada sape nak layan. Ala...siannya. buruk kan perangai aku. Punyalah mengerikan punye cerita boleh tertidur jugak. Haish. Dah terjaga tuh aku terfikir mungkin ini holiday yang aku impikan. Seorang + bilik yang sejuk dan indah + tiada aktiviti yang ditetapkan + tidur dan makan sahaja. Sangat aktiviti orang gemuk dan tidak sihat. Tapi betul kalau aku ada duit nanti aku nak buat macam tuh. Tapi....tak mungkin la kot. Kan? Kan? Kan? Biar aku seorang sahaja yang tahu kenapa.

Nak tahu tak kenapa aku down? Kan aku baru lepas happy2, tapi yela..happy je memanjang pun tak seronok jugak. Em aku nih kan serius dari poli dulu mengharapkan aku dapat join aktiviti2 yang seronok and menyihatkan. Seterusnya dapat kawan2 yang aku boleh rely on. Bukan maksudnya kawan2 yang aku ada sekarang tak boleh harap. Boleh sangat! Kekadang rasa terharu bila aku nih seorang diri takde kawan tapi ada yang sanggup jadi teman aku jugak. Terima kasih =) macam kat poli dulu, final sem baru aku join kelab kos sendiri. Dengan harapan aku dapat pengalaman uruskan aktiviti2 kos. Tapi pentadbiran macam p#n*ek. Nak boikot kelas kitorang sebab PANDAI BANYAK dari dorang yang BODOH SEBEMBAN! Geram, maaf.

Masuk uitm, memang aku expect yang gegila punye lain. Kata u kan? Sebelum nih pon aku dengar uitm memang aktif. So haritu ada lunch untuk kos. Part 3 kena buat persembahan koir. Ok. Aku tak kisah and join untuk meramaikan keadaan. Ada praktis weekend, aku datang ok. Walaupun sejam lambat. Takpela janji datang. Esoknya je aku tak datang. Dengar2 pon ada 10 orang je datang. Ha okla. Takkan nak marah pulak kan? Then ada lagi 1 praktis. Tapi aku tak tahu sebab dorang bagitahu kat kelas yang aku tak belum ambil sem nih. Hari jumaat praktisnya. Aku dengan keadaan yang tak tahu pergi lah ke pasar siti khadijah nak belikan buah tangan untuk keluarga tercinta.

Then, kawan aku message “finas, pegi praktis tak?” ha?! Aku pelik. Rupanya ada la pulak. Time tuh dah sampai pasar siti. Takkan nak patah balik kan? Aku tanya kawan aku yang pergi tuh. Dia kata tak payah join dah sebab dah tukar lagu and dah ditetapkan yang datang tadi je boleh join. Ok. Aku tanya lagi nih dengan harapan dorang simpati kat aku, aku nak masuk jugak. Boleh ke tidak? Jawapannya tidak. Ok sedih. Terus down sampai saat ini.

Mungkin betul aku nih bukan wajah idaman. Bukan wajah kesayangan hamba. Takpe. Aku sempurna ok. Alhamdulillah.

Tak nak cakap macam jay izawaszir “kalau saya menang, saya akan melakukan pembedahan ke atas muka saya. Mungkin peminat tak boleh terima wajah saya” lebih kurang la. Tak nak! Saya tetap saya. Tapi bila saya down, ini je yang saya pikir. Macam mana tuh? Aku tak paham di sini. Tapi paham2 kanla.



p/s: mari berdoa untuk mereka yang dalam kesusahan di sana

Thursday, March 10, 2011

Bercerita tentang kisah silam

Bismillah.


Salam y’all. Sihat? Hey. Ini entry kedua minggu ini. Terasa sangat produktif lah pulak. Dah habis test 1, heheh terasa macam dah habis final tau rasa dia. Pening! Masya Alah. Lepas test budak kelas aku bising2 kata susah la, tal boleh buat lah. Yelah tuh. Nanti markah nak mencecah langit je. Tapi dah la tuh. Malas nak bercerita tentang pelajaran ini. Tak payah nak ilmiah sangat lah kan. Aku ada benda nak share. Tapi tak tahu perlu ke tidak, betul ke tidak, harus ke tidak. Em saya rindu along saya =(

Along tuh sape? Along aku la. Adik beradik aku ada 6 orang termasuk aku. Tapi tak ada gambar lah pula. Along saya eh maksud saya arwah along saya (pahal aku nak saya nih?) dah meninggal masa 2004, to be exact 30 Julai 2004. Ye, selepas setahun mak aku meninggal. Along nih perangai kalau tak gila lagi tak boleh. Eh takpe kan tulis macam nih? Dah memang gitu perangai dia. Along ni suka buat kelakar. Pernah sekali tuh, masa raya dia sibuk nak main mercun kat rumah. Pagi2 lepas solat raya pulak tuh. Sekali terkena rumah jiran. Hahaha. Jiran tuh marah ok. Datang rumah siap tanya lagi. Tapi, along buat tak tahu. Hahah. Kelakar tak? Abah aku cakap along nakal sangat. Memang pun.

Mak cerita dulu waktu kecik along tak panggil mak tuh mak. Dia panggil nama yang kawan2 mak panggil. “Wiye” tuh nama manja mak la. Boleh kan along panggil gitu je. Haha. Bukan biadap. Budak2 tahu apa kan? Tapi aku rasa tuh la kelebihan along. Kelakar tak sudah.

Masa along meninggal tuh, aku ada kat sekolah. Kebetulan aku demam hari tuh. Angah n kak ita ambil aku kat sekolah. Aku form3 time tuh. Kena study kat dewan. Tapi bila cikgu panggil, aku tak ada. Ada kawan aku yang tak tahu siapa bagitahu aku kat dorm. Dorang cakap ada yang menangis kat dewan sebab kesian kat aku.

Dalam banyak adik beradik aku, mak aku cakap dulu along je yang boleh panjat bumbung. Paham tak? Along nih kurus. Adik beradik aku dulu la kurus dengan aku sekali kurus, tapi bila dah dewasa and kahwin gemuk terus. Tapi along maintain je. Kurus gila. Ada orang cakap muka dia ada iras zamarul hisham. Mungkinla. Aku pun rasa macam tuh. Muka ijam (abang aku keempat) ada iras along, tapi muka ijam tak sama macam zamarul hisham pon (aku dengan ijam memang suka gaduh).

Tapi, masa umur along 38 tahun. Dia ada masalah and terus kena heart attack. Kak toy (my one and only sister) cakap ini second time kene. Selalunya kalau second time, memang tipis untuk terus bernafas. So, along tinggalkan kitorang selama-lamanya. Sedih. Abah lagi la sedih. Anak first kan? Mestilah sayang, walaupun aku tahu abah lagi sayang aku huhu. Allah lagi sayang along dari kitorang kan.

Ye, along dah kahwin. Ada 4 orang anak. 3 lelaki 1 perempuan. Jazreen (abang long), Jazmeer (ameer), Juleea (uya) and Jazree (ayie). Sekarang adalah jugak contact. Alhamdulillah. tak terputus pun hubungan. Abang jey (abang ketiga aku) cakap JANGAN PUTUSKAN SILATURRAHIM DENGAN MANUSIA, KALAU TIDAK NERAKA JAWAPANNYA. Eh, abang jey aku bukan ustaz. Tapi dia cakap balik apa yang dia dengar dari ustaz. Selepas mak and along pergi, aku rasa bonding antara kami adik beradik semakin kuat. Takut hilang lagi aku rasa. Betullah kot. Dah kata adik beradik, mestilah ada yang berperang la apalah. Tapi tak sampai tahap kritikal. Sekarang nih nak cakap apa2 pon boleh. Dorang akan cuba solve kan problem sama2.

Macam haritu, aku ada masalah kewangan. Mintak kat angah, terus dapat. Rupa2 nya angah collect lah dari kak toy, abang jey and ijam. Thanks yea. Huhu. Bukan problem aku jela kan dorang nak layan, siapa2 lah. Insya Allah, takat mana yang boleh, dorang tolong la (tapi adik beradik jela ye). Kenapa aku tak termasuk dalam budaya tolong menolong tuh? Aku kan student, ngeh2. Tak mintak ptptn pulak tuh. Waktu aku kerja dulu pon aku tak hulurkan duit jugak. Sebab gaji aku sikit. Hahah. Sakit hati je dorang. Haha. Tapi terima kasih yea semua.

Nampak tak kepentingan adik beradik di sini? Nampak kan? Em tuh jela aku nak share. Rindu sangat kat along. Rindu sangat2. Tak tahu kenapa emo, tapi betul kalau cerita dengan adik beradik aku pasal along. Memang nak terkeluar je air mata nih. Tapi kena berlagak macho depan diorang. Tapi mesti perasan punya kan? Hargailah orang-orang yang korang sayang sebelum dorang pergi untuk selama-lamanya. Gaduh ke terasa ke rasa nak baling lesung batu kat muka dorang ke takpe. Eh boleh pulak takpe. Dah tuh kalau kita marah, standard la kan. Tapi jangan lama2. Nanti dorang pergi selama-lamanya ha baru padan muka. Kan?


Semoga along and mak ditempatkan dalam golongan orang beriman. Amin....... Al-fatihah~



p/s : kubur mak and along sebelah-sebelah je tahu. Mak memang sayang along lebih sikt dari aku.

Sunday, March 6, 2011

Kuik Hapdet

Salam
Aku selalu rasa ada orang baca apa aku karang kat blog aku nih. Aku berangan ada jela ye. Huhu. Hey. Syafinas dah tak sedih lagi. No, i mean dalam masa 2 minggu nih la. Y’all tahu tak birthday aku dah lepas? Alaaa...apalah sangat birthday aku. Tapi! Kena ambil tahu jugak supaya aku tak terasa dengan y’all okey? Haha. Birthday saya 28 februari. Haritu macam bertikam lidah dengan budak kelas tahun nih bulan februari ada berapa hari. 28 ke 29. Dah tuh budak kelas aku cakap 29, aku pulak jerit 28. Dah tuh dorang jerit lagi 29. Ok. Aku kalah, mungkin aku fanatik dengan birthday sendiri (boleh kan?). dah tuh bila aku tengok balik kalendar, hey 28 hari jelah!!!!!


Mestilah. Bila tahun baru jek, aku mesti cek kalendar hari apa 28 feb tuh. Kalau 29 ada mestilah aku perasan. Haish! Ok, aku tak salahkan dorang. Sebab bukan dorang tahu aku nih peminat hari lahir sendiri.ok tak kelakar kan? Tapi aku malu kalau orang wish heheh. Dah tuh aku hide kan birthday dari profile facebook aku. Dengan harapan kakak2 umah aku tak tahu bila. Tapi...haritu aku bagi num ic aku kat dorang sebab nak book ticket and printkan validation aku -_- . Dah tuh 25 feb tuh dorang celebrate birthday aku. Terharu! Thanks kakak2. Yela...mana nak jumpa dowh manusia2 sebegini. Baru kenal berapa hari, tapi sanggup celebrate birthday aku siap bagi hadiah okay =)


Pasal macro yang aku tension sangat tuh, aku tak tahula. Aku tahu kita kena usaha. Contohnya, aku pon risau sangat dengan micro aku. Tapi lepas berhempas pulas seperti mengangkut padi seguni dari selangor ke kelantan, aku rasa eh ok la kot micro ni. Pokoknya kamu harus belajar keras sih. So sekarang nih aku sedang usaha untuk macro pula, sebab ada test rabu nih. Usaha!!!!! Bila aku baca balik entry aku yang lepas, rasa macam alahai...manjanya aku. Tak berdaya nya.... kan? Kan? Tuh motivasi tak kuat tuh. Huhu. Padahal dah habiskan duit untuk beli buku motivasi saban bulan. Ok. Ayat gila melayu kuno dowh.


Eh ingat tak pasal lelaki yang aku cakap aku minat kat machang tuh? Aku dah jumpa facebook dia! Mungkin itulah motivasi aku. Hahah. Tak ok tak. Tapi yang scarynya dia macam ada split personality. Errrr...takpela. asal handsome. Haha.
Ok tata y’all =)



p/s : sedih tahu tengok kat wall haritu tak ada orang wish. Tapi bukan kau malu bila orang wish? Eh aku pon ada split personality la. T_T

Sunday, February 20, 2011

Ini soal diri. Ini soal usaha sendiri.

Salam. (entry kedua. jeng, jeng, jeng)


Aku mengaku. Kalau aku nak sesuatu, yang aku nak sangat2, boleh buat aku gila. Sebab apa? Aku nak sangat dan aku akan usaha sampai aku dapat. Tapi bila aku dapat, aku tak reti, tak mampu, tak berusaha, tak mahu, tak larat nak menghargai. Ini contohnya :


Aku dari dulu nak dapatkan kos ekonomi dan masuk ke universiti. Lebih 2 kali aku apply universiti, sekali pon tak dapat. Akhirnya Allah makbulkan doa aku. Dia bagi aku peluang untuk rasa apa yang aku NAK sangat tu. Bila sampai sini, jangan pikir aku tak berusaha untuk memajukan diri ye disini. Aku usaha sudah. Tapi, aku rasa macam tak boleh pergi jauh.


Sebab apa? Sebab aku basic dari poli ker? Aku benci kalau orang perlekehkan poli. Hakikat sebenarnya hebatnya kita bukan terletak di mana kita berada. Nah! Kau bagi ayat power kat orang. Tapi kenapa diri sendiri tak terinspired dari power quote kau tuh? Ok. Aku dah mula terasa nak bersungguh balik.


Allah selalu dengan aku. Aku tahu. Tadi,esaimen aku membukit bukau. Dengan izin Allah, ada hamba Allah sudi ringankan beban aku tanpa tahu apa keadaan aku sekarang. Terima kasih Ya Allah. Sekarang nih aku tengah lemparkan otak atas buku macro pulak. Susahnya, SubhanAllah. Takpe. Aku usaha okay.


Aku nak abah tengok aku konvokesyen dengan ijazah di tangan di UiTM ini. Aku kena usaha. Aku tak mahu jadi beban abah and family lagi. Jadi first step is STUDY HARD! Ye. Aku usaha. Doakan aku readers.


Kamu yang membaca, jangan takut kalau nak ambil kos ekonomi. Ok, Cuma kena usaha berganda. Aku nih orang yang kuat. Boleh angkat beras 2 ekor kura-kura kot. Ok diam sekarang!



p/s : ini entry kedua untuk hari ini. I need someone to talk to. Allah ada dengan saya, juga kamu. Blog kesayangan saya. Tsskkk.

Saturday, February 19, 2011

Hilang hati. Otak dicuci

salam.
Aku tak tahu kenapa. Aku rasa macam lemah sangat. Rasa macam nak letak pisau kat kepala dah tuh toreh dah tuh keluarkan otak dah tuh tidur tanpa otak kejap. Boleh tak? Gila! Kan? Aku tahu. Tapi tak tahu kenapa.


Mungkin sebab aku baru lepas satu test yang aku tak boleh nak jawab, walaupun dah habiskan masa sehari untuk study. Akhirnya bila dapat soalan, rupa2nya ada 1 lagi topik aku tak tahu topik tu masuk dalam test.


Tapi kenapa kau nak kisah? Bukan tadi Allah dah tolong? Tak semena-mena aku dapat duduk sebelah budak perempuan cantik yang tahu topik tuh masuk dan akhirnya tolong aku masa test tuh? Dalam bahasa mudahnya ialah aku dapat tiru beliau. Terima kasih yea awak.


Mungkin sebab aku banyak sangat esaimen dan ketimbunan itu wajib disubmit esok kot. Nak tahu tak? Baru berapa peratus siap. Dah tuh kenapa kau sempat blogging nih? Entah tak tahu.


Ya Allah. Kau permudahkan lah segala urusanku Ya Allah.


Owh aku patut ambil wudhuk dan solat sekarang.


Satu lagi sebelum aku berambus. Ada kawan aku cakap tak mahu dengar cerita sedih lagi dari aku. Tapi macam tak boleh je. Saya tak reka. Saya memang sedih+penat+letih.



p/s: aku seorang. Seorang aku. Maka aku = Keseorangan.

Monday, January 24, 2011

Kite pun nak tumpang gembira jugak awak

Bismillah.
Salam.Entry ini akan dipenuhi dengan kite dan awak sahaja. So, jangan geli or re-chek url betul ke tidak (untuk entry ini sahaja).


Dear awak,

Lama gila tak borak ke atau berbalasan pesanan dengan awak. Jujurnya, awal dulu kite rindu sangat. Tapi kite dah biasa. Sumpah tak rasa apa dah. Sebab awak buat kite macam tong sampah. Bila ada sampah, baru carik. Sama konsep lah kan bila kite nak buang sampah. Ha. Sangat sampah analogi. Tapi itulah awak. Mungkin simpati sangat kat kite dulu sampai terima je kite tanpa rela. Em. Lain kali tak payah buat gitu la. Tak gentle langsung. Serious.


Kadang2 dalam diam, lagi2 tengah seorang, lagi2 kite single lagi nih (tak macam awak, tukar banyak kali dah) ada gak kite teringat kat awak. Tapi kite selalu ingat kan diri kite, awak takde makna pon. Tak de faedah ataupon keuntungan pon untuk bazirkan air mata untuk awak. Tapi kite nak cakap terima kasih la jugak, sebab kalau awak tak buat kite macam tong sampah dulu mungkin kite takkan kuat macam sekarang, bukan kite jadi ahli gusti. Tapi perasaan kite. Sikap kite. Awak yang buat kite jadi kental. Terima kasih.


Nak tak nak, awak lah orang pertama yang gila yang sanggup terima kite as someone special (so-called). Nak tak nak bila kite tengok cerite cinta ataupun cerita curang2, pikiran kite terus ingat kat awak. Buat awak nampak sangat jahat kat mata kite. Tapi, memang awak jahat ape? Kan? Tapi jangan risau. Bukan kite bagitahu 1 dunia pon awak nih siapa. Lepas awak, ada lagi spesies yang sebijik macam awak berkeliaran dalam hati kite. Tapi dah kata 1 spesies kan? Memang 1 pon tak boleh pakai. Kite tak marah, tapi pelik. Kenapa kite? Kenapa tak orang lain kan? Kite kan setia? Walaupun muke kite tak macam Tyra Banks, tapi serious kite pon teringin nak orang jaga kite.


Dah memang adat dunia. Manusia selalu pentingkan zahiriah dari dalaman bukan? (bukan nak cakap dalaman kite tip-top).Samalah macam kite. Kite pon nak yang macam fahrin ahmad je. Tapi awak nak tahu 1 rahsia? Kite pernah minat sorang laki macam muke awak. Nak tahu apa respon dia? Huh! Bajet macho. Kite rase dia patut bersyukur sebab ada yang sanggup nak minat dia. Tapi yela...muka kite tak supermodel. Tak sesuai dengan muka ikan masin dia. Eh tadi kite kate muka dia sama macam awak kan? Muke awak pon muke ikan masin jugak ke? Haha. Sorry.


We still friend kan awak?awak cakap lah dulu. Tak nak lah. Kawan kite tak pernah sakitkan kite macam awak buat. Kawan mende? Tak payah lah. Kite accept awak jadi kawan kat FB pon ok lah kan? Kadang2 kite tengok jugak wall awak. Kan kite dah cakap. Awak memang tak boleh single. Double semedang. So tak pe. Sekali tuh, kite tengok awak dah nak kahwin? Awak nak tahu apa perasaan kite? La..takkan sedih pulak. Kite tumpang gembira lah awak. Happy pulak. Macam musim orang bersatu pulak baru2 nih. Kite je tak bersatu dengan siapa2 lagi. Awak doakan kite ye. Supaya dapat jodoh. Jodoh yang baik. Jangan lah macam awak. Boleh? =)


Disebabkan entry nih macam khas untuk awak, kite rasa berat hati nak publish. Sebab kenapa kite nak susah2 pasal awak lagi? Ini dikatakan sambil menyelam minum air. Sambil kite gembira dan kutuk awak, kite nak share jugak perasaan happy kite dengan reader kite. Zahiril Adzim kite, eh salah. Zahiril Adzim dah ada girlfiend! Kite happy sangat! Dah la GF dia cute. Macam sesuai sangat lah dengan dia. Em yela..awak dengan GF awak pon sweet jugak. Nama GF Zahiril Adzim tuh, Shera Aiyob. Comel sangat dorang tuh. Happy =)


Kite suke dengar cerita cinta orang lain. Tapi, kadang2 terlebih dengar buat kite sebak pulak. Em cukuplah nih. Kite just nak express apa yang kite rasa jek. Congrats awak. Semoga kekal sampai hujung nyawa. Buat kegemaranku, Zahiril Adzim. Kamu juge begitu (walaupun dia tak baca, at least kite try kan?).
Oklah, esok ada class. Salam =)



p/s: ‘awak’ itu adalah lelaki. Lelaki mana? Itu tak perlu dirungkai sekali lagi.

Monday, January 10, 2011

Jangan pilih jalan hitam

Bismillahhirrahmanirrahim.


Salam. Tarik nafas dalam2. Ok. Mata aku sedang sakit dan bengkak sebab air mata keluar macam air sirap dalam tong air. Aku sekarang nih dah bergelar pelajar kembali. Tapi dalam nada yang berbeza, bukan pelajar politeknik lagi, tapi sebagai pelajar universiti. Bukan lagi pelajar diploma pengurusan peniagaan, tapi pelajar ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Yang aku nak sangat dulu. Yang aku harap sangat dulu. Yang aku bercadang nak tukar negara sebab tak dapat masuk dulu. Tapi sekarang bila dah ada di sini. Maksudnya di universiti ini. Maksudnya di UITM ini. Maksudnya lagi di kota baru ini. Ok kejap. Kat mana? Kota baru? Kelantan? Tepat sekali.


Kenapa tak dapat sarawak? Kan lagi jauh tuh? Tapi dah cukup bersyukur sebab kat semenanjung lagi. Walaupun perjalanan kota baru- selayang, selayang- kota baru memakan 8 jam? Ape dia? 8 jam? Bukan jam yang diperlukan untuk dapat tidur yang berkualiti ke tuh? Tepat sekali lagi. Asal y’all pandai sangat nih? Hari pertama di kelantan, aku belum berada di kota baru. Aku berada di Machang. Tapi tepat seminggu di Machang, di mana aku dah mula dapat kawan yang baik, lecturer yang alahai..gila caring, roommates yang Ya Allah baiknya. Aku kena berpindah ke kota baru. Terima kasih daun keladi. Aku masuk sini, sila buat lagi. (rhymes kot, tepuk tangan!)


Ok, title takde kena mengena dengan warna kulit aku. Serious. Amaran keras! Kenapa kena pindah kota baru? Sebab...mulut aku dah berbuih nak cerita pasal nih sebab semua orang tanya benda yang sama. Malas nak cerita. So, aku pindah ke kota baru dengan jayanya dengan meminta pertolongan kawan2 baru yang sangat baik. Yang serius aku tak tahu kalau y’all pernah jumpa manusia macam nih atau tidak. Kenal tak sampai seminggu tapi tolong aku macam dah 5 juta tahun kenal. Alhamdulillah aku sempat dapat jumpa kawan macam tuh. Jangan ingat Machang-Kota Baru dekat ye. 1jam perjalanan. Terima kasih lah weh.....


Jadi, perpindahan aku telah berlaku. Aku disambut dengan baik oleh housemates baru yang sangatlah baik dan sporting. Rumah nih serius lagi selesa, murah dan bersih dari Machang. Alhamdulillah lagi. So, malam tuh supposed aku ada class tapi aku tak pergi sebab tak tak tahu jalan ke kampus (padahal nak tengok AJL). Ponteng dengan gembiranya, sebab zahiril adzim menari dengan sangat kacak malam itu. Ok takde kene mengena langsung kot. Sebab apa ana raffali menang? Jangan tanyalah. Sebab zahiril adzim ada sekali malam tuh. Cukup bernaslah jawapan aku kan?


Jadi, pagi yang baru di kota baru (masih terasa bau dan tanah Machang). Aku pergi settlekan apa yang patut dengan jadual kelas, rumah sewa, modul dan ye. Aku dah masuk kelas dan aku dah mula belajar balik. 1st class = Macroeconomy Analysis. Subjek semester 3 siot. Basic ekonomi pon tak khatam lagi. Pergh! Dugaan. Kena fokus walaupun aku dah lupa macam mana fokus tuh sebenanye. 6 bulan tak belajar buat aku rasa seronok untuk start class. Ingat. Tujuan aku belajar adalah kerana Allah, abah & family dan untuk diri sendiri. Y’all tolong doakan aku ye. Semuga aku boleh dapat capai seperti mana aku capai di Poli dulu. Amin....


Kau happy ke kat sana syafinas? Jujurnya, TIDAK. Tapi kalau aku layan TIDAK aku nih, memang berhenti lah aku dari sini. Padahal, ini yang aku nak sangat dulu. Aku homesick! Aku tahu sangat ini sangat childish. Tapi betul! Nak balik! Nak duduk dengan abah sambil tengok tv! Tapi...tak boleh. Ini ibadah syafinas. Kan dapat pahala. Kau tuh dah tentu kurang sangat pahala tuh. Keep on motivate myself, but then still feel like I CANNOT DO THIS!!! Dan nak tahu lagi kebudak-budakan aku? Aku nangis depan kaunselor tadi. Bila fikir balik, sumpah tak cool! Doakan aku ye semua =). Sebelum tuh, aku nak cerita. Kat machang, aku jumpa sorang mamat yang hensem and can speak english very well. Nak suka dia, tapi kena transfer KB pulak. Eeiisshh. Tuh yang aku lagi sedih tuh.


Ok lah y’all. Thanks for reading =)


p/s : pantang datuk nenek moyangku berundur (PELITA –A.P.I)