Sunday, September 22, 2013

Assalamualaikum semua =)

Salam semua. yela…blog aku diprivate dalam masa taktau berapa tahun. bukan aku bajet2 artis, saje je..sebab aku taktau nak update apa. boleh terima kan alasan itu? haha. dalam tahun 2013 ni, dah macam-maam jadi. tapi Alhamdulillah..Allah bagi aku kekuatan untuk hadapi semuanya. Alhamdulillah! awal tahun ni, bulan Februrari, anak buah pertama aku, Jazreen dilanggar lari and koma 2 bulan camtu. oisshhh…sedih betul time tu. menangis2 aku tiap2 masa. beli kuih pun menangis. pergi interview pun nagis. teruk sangat. Alhamdulillah..sekarang dia makin ok. tapi masih perlukan rawatan dan sebagainya. InsyaAllah along…Allah Maha Mengasihi dan Mengetahui… keduanya, abah aku pulak..asyik sakit je dia tu. aku risau plus bengong. apahal asyik sakit perut? tak paham sangat. sampai pernah sekali kitorang berkampung kat hospital selayang 9 jam, then doctor datang dengan muka bercahaya and cakap –PAKCIK SIHAT!! apak kau sihat. last2, kitorang pergi Pusrawi and sebenarnya ada batu dalam hempedu abah aku. 2 kali surgery doh. uuuuu 3 lubang kot kena tebuk kat perut. oisshh… tapi Alhamdulillah..beliau makin sihat. Alhamdulillah! ketiga nya, yang aku sedang tempuhi ketika ini. wehhh..aku dah 5-6 bulan kerja kat HSBC. Alhamdulillah,Allah mudahkan aku dapat kerja dalam masa kurang 3 bulan. walaupun aku budak UiTM je. yang kat HSBC kawan2 aku ada antaranya, belajar di Ohio, tapi kitorang sama level. Cuma level speak in english je tak sama. hahah. jadi, tak payah poyo, kau belajar kat mana-mana uni yang top. itu bukan pengukur kejayaan kau dalam hidup. back to my problemo, sekarang trainer aku dalam mood nak hambat aku dengan penyapu. dia kata, kalau taktau Tanya, then bila aku Tanya dia mengamuk. haram jadah gila kan? apa hal ni? yela…aku dah 5-6 bulan kat situ. tapi aku still baru nak compare dengan kau. kau dah 3 tahun which is equivalent to 36 months. wow..samanya 36 months dengan 6 months. sama sangat. patutnya, aku dah jadi manager kot. kan? kakak aku suruh Tanya, apa masalah dia. tapi aku tak berani. serius. tapi yang penting, gua macam nak bagitau kat manager gua pasal dia. haaaa…padan muka. betul la…tak semua melayu boleh tolong melayu, tak semestinya perempuan mampu tolong sesame perempuan lain.apa yang aku boleh buat, doa kat Allah mintak ditabah kan hati. tu je…..stress pikir pasal kerja. sampai aku dah kena simptom2 stress ok. dah malas nak ingat walaupun esok kerja! tapi yang last ni best! ini bukan problem la tapi. haha. waktu aku ada training kat cyberjaya, aku ada jumpa mamat hensem gila!!! memang la aku minat yang hensem je. dah aku minat yang tak hensem pun tak de respon, baik minat yang hensem kan? huh! then jumaat lepas aku Nampak dia, aku pun tegur (eceh). then dia cakap next month dia nak blah dari HSBC (here we go, problem again!). then kitorang borak2 nape dia nak blah, last2 dia cakap “baklah number phone, apa2 hal senang” ohmygod!!!!! happynye!!!! and yes..i know dia takkan contact pun aku but who cares?, yang penting laki yang aku suka mintak number aku, tak pernah jadi dalam hidup aku ok. tak pernah! huhu. Em itulah manusia kan? kalau takde masalah, baik jadi kucing takpun jadi mayat (amboi). kan? sabarla…nak buat macam mana kan? sabar, sabar, sabar. ada kawan kerja aku cakap, “sabar sis,insyaAllah..boleh ke syurga.” ok serius nak ke syurga! so sabar, let’s be my best friend ok? ok, all the best dalam hidup korang semua. jaga diri. Assalamualaikum =) p/s: nak tau nama laki tuh? eheheheheh. malulah. haha. yang penting hensem gila! tu je. tata!

Wednesday, March 14, 2012

Awal mula, pertama mula

Salam semua. Aku dah sampai kota bharu. Homesick la…teruk nangis atas bas aritu. Macam mana? Nak duduk kat rumah je weh. Tengok tv and buat perkara2 tak produktif yang lain macam bangun lambat, pergi menghabiskan duit abah tersayang and makan2 unlimited. Best kan? Gemok sangat perangai. Tak payah tengok gambar aku, dah tahu memang aku gemok sangat. (kau patut riak ke sekarang?)


Cakap pasal nak duduk kat tempat sendiri nih bukan la aku benci kota bharu nih. Cuma tuh la, bak kata pepatah kan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri. Macam mana teruk sekali pun tempat asal kita, aku yakin kita semua tetap rasa tempat asal kita paling baik di dunia. Betul tak? Sebab tempat tuh la kita mula kenal KEHIDUPAN. Betul tak? Betul tak? So tak timbul la isu takut duduk negeri miskin la, tak suka negeri tak membangun la. Kita 1Malaysia apa. Apa2 hal pon memang memerlukan satu sama lain. Plus Malaysia still is a developing country. Not yet developed country. Chill la baby =)


Siapa tengok 1,000,000 money drop? Aku macam tak layan sangat tapi lepas main online dengan kawan2 poli tersayang masa holiday sama hari tuh layan lah pulak kan. Tapi ada satu episode nih buat aku geram gila. Kan kita sekarang dok tanamkan semangat 1Malaysia kat rakyat Malaysia kan? Boleh tak ada orang pulau pinang tak tahu dari negeri mana yang BORIA popular. Eeeiiiiihhh memang aku geram lah. Nasib baik bukan melayu. Kalau tak memang buang negara lah. Bukan racist tapi tak bijak langsung. Orang Melayu tahu je tarian naga bangsa dorang tuh. Sungguh TAK BIJAK!!!

Ok emo kan. Aku saja nak update. Ada assignment sebenarnya. Tapi takde mood langsung nak buat. Tengok secret garden lagi best. Hahah. Semester nih aku bajet nak ambik 9 subjek (25 credit hours). Banyak kan? Biasalah otak computer kan. Haha. Nih sebab aku cuba nak habiskan semester depan. Lepastuh insya Allah duduk kat rumah je. Huhu. I love u selayang!!! Mari sama2 doakan aku dan kawan2 aku habis bersama dengan cemerlangnya semester depan. Amin…..


Cukuplah kan? Panjang2 pun bukan ada yang baca. Pathetic habisan la aku dan blog aku nih. Tapi takpe…aku baca sendiri pon cukup dah. “-_- aku nak cuba sambung baca balik environmental economics nih. Tajuk takot kan? Kan? Tuh aku malas tuh. Ok lah semua. Take care. Salam =)



p/s : semoga semester ni berjalan dengan lancar dan cemerlang. Amin….

Wednesday, January 11, 2012

Waktu-waktu akhir

Salam semua. Sihat? Huhu. Saje nak update. Baru meroyan jawab IBM. Amboilah. Kemain panjang2 jawapan aku, tapi semuanya takde isi. Sebab dok ulang ayat yang sama (sebab nak sedapkan hati nak nampak jawapan panjang) and mengarut! Dear Miss Wan, tolonglah beri sedikit simpati dengan bagi markah2 yang munasabah untuk saya lihat dalam result saya nanti. Pleaseeee…. Ye..miss wan tak kisah pon and dia tak baca pon karangan kau ni. Karangan online tak diterima.


Tadi saje nak nak ngadu2 manja kat abah saya, merengek2 kata takleh buat. Tetiba suara beliau bertukar. “Ha?kau tak study ke?” abah, kalaulah kita bisa skype, abah akan nampak mata anak abah yang dulu berkaca2 and cantik macam kartun2 disney tuh dah bertukar jadi mata kartun kungfu panda. Kalaulah bisa. Aku terus gerun nak cakap kat abah aku lagi. Terus cepat2 nak letak. Haha. Ok taktik manja sebab takleh jawab exam tak menarik simpati langsung. Padan muka kau!


Teringat dulu waktu form 1, ada lah kawan aku nih dok ponjam buku latihan math aku. Then tak reti pulang, hilang katanya. Aku cerita kat mak, then terus mak suruh abang aku belikan lagi 1 buku latihan math. Begitu ceritanya. Macam mana mak and abah nak aku Berjaya dalam pelajaran dan hidup. Ye..tapi aku kadang2 tak kisah pon dengan hidup aku. Ok tak kelakar and tak tau nak type haha ke huhu ke heheh ke.


Tolonglah berusaha. Hidup ni sekali jek. Kejap je tak dapat tidur. Tolong bagi aku kekuatan Ya Allah. Ok2 study e-business dulu. Weh tapi serius doh aku tak paham apahal kami budak ekonomi perniagaan wajib ambil subjek ini. Nanti tahulah kami cari pakar it nak buat website company kami. Tolonglah. Subjek ini tak menjana minda ye UiTM. Tolong paham.


Oh buku math tuh kan, lepas exam baru kawan aku bagi balik. Ces. Untuk kegunaan sendiri? Padahal anak orang kaya doh. Gaji bapak dia lebih 10k sebulan tapi bukuRM3.50 tuh dia tak mampu beli, tetiba sakit hati pulak dengan dia. Cerita lama weh. Cerita lama. Jangan ingat aku lupa. Haha. Ok salam.


p/s : memang semua entry aku wajib ada p/s kan? Macam tak cukup bebel kat atas tuh. =)

Saturday, December 31, 2011

Italian's words

Salam semua.


Nak update nih je..saje...nak naikkan semangat sendiri...


Posso farlo!


Lo si puo fare!


Essere buono



Dah boleh google translate sekarang. Aku google translate je semua tu. Aku tiba-tiba gila dengan Italian's words sebab cerita Pasta! huhu. Pasta tu cerita korea. Lee Sun Gyun <3.





p/s : Buona fortuna i miei amici =)

Sunday, December 25, 2011

Study week oi!

Salam semua, macam artis sangat aku nih nak update puluhan ribu kali padahal masa entry emo dah kate itu yang last. Haha. Sorry la yea. Well aku dalam alam study week. Yea…study sangat. Sebelum study aku pikir mahu enjoy dulu. Nak enjoy cemane ye di sini? Ye saya masih di kota bharu. Kawan2 aku yang lain sibuk sangat balik rumah masing2. Aku nak balik jugak sebenarnya…..huaaaaaaaaaa!!!


Tapi tadi call abah dia kata tak yah balik, duit tambang bas tuh boleh buat makan. Lah! Jangan kata dia memang nak anak bongsu dia ni tembun sepanjang hidup. Tapi tuhla sebenarnya aku bukan nak balik sangat. Aku Cuma tidak mahu ada di sini. Aku nak balik selayang aku bukan pikir nak duduk kat rumah sambil mentelaah, aku ingat nak tengok wayang, jalan2 kat klcc, makan dominos, baca novel. Ewah2 sihat sangat hidup aku kan? So bertahan syafinas! For the time being, kota bharu is the best place for you! (berlinangan air mata)


Dulu duduk kat banglo mewah best sangat! Akak2 tuh tak balik pon, plus aku memang ada stay-up partner, kak Juliana tuh. Tapi sekarang nak study sesame malas sangat. Sebab dengan budak kelas sendiri kan? Bukan sebab aku tak suka budak kelas aku, aku nih bukan lah pelajar yang boleh bertahan dengan focus. Aku boleh focus paling lama 10minit, then aku start lah menerawang. Budak kelas aku nih pulak boleh focus 24jam! OMG! Lagi satu aku tak suke study same dengan budak kelas sebab tetibe aku rasa macam masuk pertandingan pulak. tuh tak mo tuh.


Tak paham dengan situasi aku? Ha tak pe, tak yah paham. Tak penting. Ok lah y’all. Tiba2 akak tak tahu nak type apa lagi, just wish us the best of luck for our finals ok. Take care. Salam.



p/s : kalaulah ada doraemon kat sini. Nak satu benda je, pintu suka hati.

Friday, December 23, 2011

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor =)





Salam. haha. semalam aku emo. tapi semalam gak dapat tahu anak buah aku dapat 8A untuk PMR. tahniah la. Makcik kau pun elok je dapat 6A 2B dulu. haha. ada lagi 2 orang anak buah aku, tapi tak tahu dapat berapa. bukan nak berlagak yang pandai je. aku tak baik sangat la pulak dengan 2 ekor lagi tu.


hey, sekolah aku yang atas tuh di ranked nombor 1 untuk SBP. wuhuuu. eh bangga kejap. walaupun aku dlulu tak pernah menyumbang sikit pun untuk sekolah itu dulu. maap SEMASHUR. tapi ketahuilah, aku rindu dan sayang kamu. huuuuu.


tahniah guru2 SEMASHUR. tahniah adik2, aku tak kenal korang tapi sumpah korang awesome gilak!!! keep it up weh! and please jangan jadi macam akak. =( huuuuuuu....


p/s : aku nak type lyric lagu sekolah, ingat lagi siot. Tapi..esok test, takkan aku nak ulang kebodohan aku kat sekolah dulu kan. salam =)

Thursday, December 22, 2011

Jangan berharap sangat lah

salam semua.

Aku saje update before final. lusa aku ada test la pulak. doakan saya ok? saje je. serius saje. nak cerita pun malas. sebenarnya nak share something dengan blog ini. blog yang tak akan judge aku. blog yang tak harapkan apa2 yang tinggi dari aku. blog yang diam, kaku, bisu dan kadang2 aku rasa seronok cerita kat blog sebab blog senyap. tak bercakap balik, tak melawan balik, tak membalas carutan balik, tak fikir yang syafinas ini begini dan begitu. terima kasih blog. i lap u so strong!

madam aku cakap, jangan baca benda2 yang sedih, jangan tengok cerita sedih, jangan dengar benda2 yang sedih. benda tuh akan rosakkan mood kita. emmmm betul. tapi aku kalau nak hilangkan sedih aku akan dengar lagu sedih. menangis macam orang mati laki dan aku akan ok. macam tuh pulak. yela.....manusia lain2 doh.

aku harap aku ada kat selayang sekarang. tak mahu di sini. menyampah kau tahu? tak kisah kan? bagus la tuh.

salam semua. doakan aku dan kawan2 uitm aku berjaya. amin =)



p/s : jangan pernah harapkan aku. aku nih tidak boleh diharap langsung. serius betul. sekian