Thursday, September 8, 2011

balik kampung =(

Salam y’all. Apa khabar semua? Harap sihat walafiat hendaknya. Sebelum lebih merepek kea rah lain, saya Nurul ‘Ain Syafinas bt Jamil ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. Memang lah lambat kan? Tak sempat y’all. Akak busy. Almaklum makan kuih muih, pelihara lemak dan sebagainya memang tak sempat nak update blog. Halah, bukan y’all hadap pun kan? Haha. Aku hari2 online, tapi tuhlah. Hari2 online tapi idea takde, takde makna kan?


Sedar tak sedar lusa aku dah kena balik ke Kelantan bagi menyambung pelajaran. Memang la sekarang nih kau pergi kat facebook memang merata orang sibuk up status pasal “oh malasnye nak belajar kembali” , “oh tidak!!! Cepatnya 4 bulan berlalu”, “ oh mengapa ku diseksa? Mengapa kita bersua? (lagu P.Ramlee y’all!) ” , “baby baby baby ohhhh.. (lagu justin bieber pulak)”. kan? Same here guys!!! Macam cepat gilak kot. Apahal dulu waktu aku kat Kelantan macam dah 90 purnama aku di sana? Dah tuh bagi kitorang cuti sampai 4 bulan. Memang aku kena belajar balik ABC oh lepas nih.


Stopla sebut pasal nak balik ke tempat belajar balik. Not an interesting topic to write about. Amacam raya korang? Mine was ok ok la. Tapi paling best semua lauk raya basi masa first raya! Amazing ke tidak? Tension jek. Dah tuh hambek kau, sedare mare dekat datang makan lah biskut raya free tuh. Kan? Dah tuh sedara belah mak datang konvoi 6 ke 7 kereta!!! Azab nak buat air. Aku nih dah lah bukan kepakaran kan nak buat air. Bila air siap jek melenggang bawak depan. Dah tuh tunggu macam waitress tunggu orang nak air sejuk ke, nak air panas ke, air kolam ikan ke. Berdiri sampai tumit sakit gilerr!!! Iye aku gemuk, sebab tuhla sakit tumit.


Paling indah bila sedare kau datang berduyun dengan budak2 kecik rasa macam nak picit, dah tu TUKAR PAMPERS ATAS KARPET PALING CANTIK KAT RUMAH!!! then bila aku tanya dengan harapan dia rasa bersalah tukar atas karpet dia kata apa tau. “ eh tak apa…sini pon ok”. What the ****! Aku tahu kau tak baca nih, tapi lain kali kena belajar COMMON SENSE!!!


Ok2 tiba angin kan? Maap. Bulan puasa pon aku tak sempat berbuka dengan kawan2. Kereta rosaklah, tak ramai nak joinlah. Apa-apalah. Tapi ok jek, kalau aku buka luar abah aku nak buka dengan siapa? Sampai kena sisih lah aku nih kan sebab tak pernah nak join bila orang ajak. Emmm..bersebab y’all, bersebab. Bukan aku tak mahu kawan dah, sombong ke, bongkak ke, riak ke, belagak ke. Bukan. Semua nya aku tolak bersebab. Tapi biarlah. Kau kisah ke kan? Tak kan? Haha.


Eh ok lah. Macam mengarut pulak. kepada warga uitm kota bharu, jumpa sana ok. Have a safe journey y’all. Salam.




P/s : best betul nak beli topup pon ada tax, memang lagi tak selalu lah aku topup lepas nih oiiii. Nak bela burung merpati jek lepas ni tau =)

No comments:

Post a Comment