Thursday, July 7, 2011

Talam dua muka

"tolong jangan ditekan anak ini kerana aku percaya satu hari dia
akan memberontak"
bogel menuju tuhan-zahiril adzim

Salam y’all. Malam nih tiba2 terasa nak buat satu entry pasal peribahasa melayu nih. pasal talam nih bersempena puasa menjelang (wtf). Mesti semua orang pernah dengar kan talam dua muka. Talam tuh dulang. Tahu kan dulang yang mana? Sama ada y’all pernah di labelkan talam dua muka atau pernah melabelkan orang sebagai talam dua muka. Saya tahu readers saya angel belaka. Semua berhati mulia. Tak pernah pon dilabelkan talam dua muka. Saya pernah dilabelkan itu. Ye, mesti semua nak blah dari blog saya sekarang.


Macam mana kan kalaulah y’all dah buat yang terbaik untuk menjadi seorang sahabat yang baik tapi masih dilabel sebegitu?

“tak mungkin lah kan kalau kau baik, siapa yang zalim nak letak nama gitu kat kau. Mesti kau jahat ni”

mungkin ini apa yang difikirkan oleh segelintir orang. Well, kau kawan dengan manusia. Manusia mana yang tak buat salah kan? Entah. Pernah sekali aku tengah tolong selesaikan masalah kecil seorang hamba Allah nih, then dia cakap “huh, TALAM DUA MUKA!” ok fine. Tanpa mengetahui sebab, aku berlalu dengan muka garang tetapi hati dah berada di kaki sebab sedih.


Macam mana kalau kawan y’all tak disenangi ramai tapi kau adalah teman paling rapat dengan beliau? Katakan namanya Maimun. Maimun ni ikut mood dialah. Kalau baik, maka semuanya dilayan seperti BFF tapi kalau tak ok, kau adalah MFF (musuh for forever). Dah memang nya y’all tak puas hati tapi nak luah pon tiada gunanya. So teruskan berkawan dengan beliau akan buat kau di cop TALAM DUA MUKA. Em…manusia. Suka melabel orang =)


Macam mana kalau orang yang kau tak suka dan selalu kutuk tuh datang dan meminta pertolongan? Lantas kau yang bajet berhati suci bersih pergi melemparkan bantuan. Aku pernah berada dalam situasi ini, dan orang label aku sebagai PELAKON HEBAT. Yang mana bahasa asalnya adalah tetap TALAM DUA MUKA. -_-


Huh. Penat y’all. Semua tuh bahasa kiasan. Maksudnya, realitinya ayat yang digunakan sangat kasar. Orang pernah label aku hipokrit, bermuka2. Eh yang jahat semua kat aku lah kan. Hipokrit dan bermuka2 tuh samalah dengan TALAM DUA MUKA. Yang mana aku kurang tahu sampai mana skopnya.


Orang akan nampak aku MACAM takde perasaan. Tetapi aku tetap manusia biasa. Aku suka buat2 tak tahu and blur (kekadang tuh memang blur) so orang akan gelak. Sebab aku suka tengok persekitaran gembira. Buat apa nak sedih? Siapa yang meninggal? Buat apa nak serius? kau ahli parlimen ker? Tapi orang fikir “alah, dia nih boleh terima lawak kasar menggilas aku nih” lantas gurau kasar. Tetapi bila aku buat lawak kasar balik, ramai touching then mulalah cakap aku nih begitu dan begini. T_T


Alamak. Ini betul2 dah menyimpang nih. Heheh. Okehlah nak stop sudah. Sebelum itu aku nak tanya, y’all suka parents dijadikan bahan carcian? Bagi aku semestinya tidak. Parents aku tak moden tapi tak kolot. Ada manusia pernah cakap kat aku “nasib kau tahu membaca, yelahhhh..parents yang tak ambil kisah selalunya biarkan anak mereka terus tak tahu membaca”. Pedih. Tapi macam situasi di atas. Nak luahkan pun tiada guna. Sebab manusia tuh akan terus rasa mereka cool, awesome, marvelous! Biarlah kan?


Apa pun pandangan orang, yang tahu siapa kita tetap kita sendiri. oh. aku dah dapat buku bogel menuju tuhan. sebab itu aku quote di atas tuh. kata peminat tegar. haha. selamat ganti puasa bagi mereka yang belum habis mengganti =) (macam aku)


p/s : harap readers jangan terus singkirkan aku sebab aku TALAM DUA MUKA. Jangan ada yang terasa sebab ini bukan kamu semua.

4 comments:

  1. die x kenal ko... tp ALLAH kenal ko camne... so xya dgr or pikir mende2 negetive yg die ckp oke... nnt wat sndr sakit hati... baik dgr mende yg positive je... kompem ko makin berseri2... chill oke mok... ^-^

    ReplyDelete
  2. terima kasih inas utk perkongsian peribadi yang memberikan 1001 isi pd hari ini. *tangan ke dada mata ke atas

    ReplyDelete