Wednesday, March 30, 2011

Huwattt? bunuh diri?

Bismillahhirrahmanirrahim.

Salam. Jadual finals dah keluar y’all. Aku suka sangat sebab aku habis dulu dari akak2 nih (gila busuk hati) tapi....tadi dorang kate maybe dorang habis dulu sebab dorang ada finishing school dan bnsjhdsjbdhjgd yang saya tak paham lagi. Takutnya. Takkan aku nak duduk seorang disini? Em..takpela. biarkan uitm yang uruskan itu. Aku nih patutnya dah kena carik buku2 yang tertimbus tuh sebab nak final dah.

Pasal bunuh diri? Saya antara makcik2 yang ingin melaporkan tentang kejadian di Kota Baru minggu lepas. Yela. Aku sure dah heboh pasal ni. Lagi2 ore kelate, lagi2 student mana2 IPT kelate. Sebab gapo? Sebab ia melibatkan KBMALL tersayang kitorang tau y’all! Wua!!!! KBMALL merupakan tempat berlibur, shopping (barang dapur, aksesori malah simplysiti pon ade) yang paling dekat dengan hati para pelajar dan orang2 sekitarnya. Dan disini juga saya ingin menyatakan bahawa SETIAP MINGGU SAYA KENA PERGI KBMALL. Sebab cintanya saya terhadap KBMALL,takkkkkk aku kan ambil koko bowling. So every week kena pergi KBMALL untuk attend kelas. Dah nak muntah dah.

Eh cerita balik pasal bunuh diri tuh. Macam2 lah rumors dengar pasal budak perempuan tuh. Pasal SPM teruk la, pasal gewe (boyfriend) la. Sedih. Mana taknya, penat tau nak besarkan kau. Sekali dah besarkan kau, kau sibuk nak bunuh diri. Kat KBMALL pulak tuh, adik.....awak tahu tak yang akak nih suka pergi toilet sorang2 kat KBMALL tuh? Sebab nak dapatkan privasi yang optimum? Akak memang suka awak bunuh diri kat situ, dah tuh bila akak masuk toilet dengar yang bukan2. Memang itu tujuan akak datang kelantan dik. Haishhhhh.

Budak perempuan nih katanya tak pakai tudung, rambut berwarna perang (confirm ke orang malaysia ni?), kurus. Ada yang kata tak lawa mana pun. Alamak. Diorang nih. Time2 macam nih pon sibuk nak tengok lawa ke tak. Ada yang kata kalau dia hidup lagi pon, nanti tak ada siapa nak kat dia. Halamak. Berat, berat. Tapi tengok video dia, cara dia tuh memang dia nekad sangat lah nak bunuh diri tuh. Memang sampai bawah terus mati dik. Kalau tak mati pun, kau akan jalan senget sampai mati. Kan lagi sedih? Eh nak tengok video dia? Carik sendiri sekarang.

Memang ada masanya, kita rasa hidup pun tak guna. Ibarat pepatah hidup segan mati tak mahu. Tapi hidup perlu diteruskan, sebab kita kan manusia? Ciptaan Allah paling sempurna sebab memiliki akal. Bila rasa tertekan, keluarkan. Menjerit ke, berjimba ke, baca Al-quran ke dan sebagainya yang boleh tenangkan fikiran. Macam saya, saya suka dengar lagu yang sedih2 dah tuh nangis dah tuh makan. Ha....memang perangai orang gemuk kan? Tapi sihat apa. Kadang2 lagi sihat saya terus tidur. Bukan ke bagus kalau kita carik pecipta kita? Kan? Kan? Allah sentiasa ada dengan kamu.

Eh aku ambik nih dari blog nabilasara. “Do not count how many times people hurt and leave you. Count how many times you hurt God & He never leave you”. –quoted from amanda adriani- Awak yang baca nih patut insaf sekarang. Berfikir sebelum bertindak. Jangan jadi macam aku. Suka bercakap sangat, then keluar yang bukan2 dah tuh panjang nak mampus bercakap. End up orang akan cakap macam nih “ macam mana finas? Tak paham” -_-

Eh nanti balik selayang nak balik naik flight lagi boleh? Saya suka =) plus saya kan orang kampung. Cita2 aku kan nak study luar negara. Tapi saya “superexcellent” maka saya kurang layak ke luar malaysia. Jadi bila dari kelantan naik flight membolehkan aku rasa “weh aku study luar negeri ok, aku kena naik flight jugak ok” macam tuh. Eh y’all kesian kat aku ke sekarang? Tak kan?


Doakan aku berjaya semester ini please =)



p/s : yang baca nih boleh tak bagitahu aku, muka aku nih muka mintak penampar ker? Tolong jawab.

Monday, March 21, 2011

Soalan demi soalan

Salam.


Aku baru lepas test, huuuuu..penat owh. Dah tu najah mohd lasa tag aku pulak. Ok. Walaupun dah 2 tahun saya berblog. Ini first time saya di tag. Ok tak cool kan saya? Tahu. Y’all sila diam. Ok y’all nikmatilah jawapan saya.


1) Adakah anda rasa HOT?

Hot? Alamak. Bahasa inggeris saya teruk T_T. Hot tuh panas ker? Saya memang selalu panas. Sebab dulu cikgu bio saya kata manusia berdarah panas. Tapi kawan2 saya selalu sejuk, apakah mereka berdarah sejuk? Saya tak boleh kena matahari, sebab saya kipas susah mati Robert Pattinson (betul tak?). bila kena air-cond, jarang2 saya sejuk. So...jawab tak soalan nih?


2) Upload wallpaper lappy / pc

Saya mintak maaf. Saya buat wallpaper saya seorang jejaka. Nanti jejaka tuh tahu saya minat dia lantas curi pic dia walaupun saya tak add dia. Saya takut dia reject saya
=(


3) Cerita pasal gambar

Alamak. Dah tercerita tadi la kat atas tadi. Saya minat bangat sama beliau. Beliau merupakan inspirasi saya ketika saya tak mahu pergi ke kelas ketika awal2 di kelantan. Huhu.

4) Bila kali terakhir anda makan ayam

Hah??? Kenapa ayam? Abah saya bela ayam tahu? Sebab tuh faveret saya ayam. Sebab cita2 saya tak nak ada ayam dah kat rumah. (ada kene mengene tak?)
Semalam adalah yang terakhir.

5) Lagu terakhir yang anda dengar

Lagu raya. Ceria aidilfitri. Sebab saya balik kampung baru2 ini. So nak dapat feel balik kampung la katakan. Eceh =)

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

Tengok adik-adikku. Abah saya puji budak2 nih sebab diorang petah berkata-kata. Saya tak ke?

7) Selain nama sendiri, anda dipanggil ape

Awak, wanita, gegerl, wanita berkulit hitam manis dan pelbagai lagi nama yang saya toleh kalau orang panggil. Contoh “hey rani mukherjee!”

8) Tag 8 orang

Alaaaaaaa...? perlu ye? Kalau tak perlu? Boleh? Ok, perlu...
• parapaen
• khairunnisa
• nabila
• faranajwa
• norliza
• dayang
• kasih nurazie
• hafizatul husna

9) Siapakah no 1 yang anda tag

Farahin. Parapaen. Apa kabar? (sibuk nak tanya kabar)

10) Katakan sesuatu tentang no 5 yang anda tag

Dia....heheh. dia pendengar yang bagus. Walaupun dia sangat garang di Semashur, tapi kini tidak lagi.

11) Orang ketiga ditag sedang berhubungan dengan siapa

Dia tunggu saya dapat bf baru dia nak carik. Sebab kasihan dengan saya, tak ada sape nak (nangis)

12) Bagaimana dengan no 4

Beliau nak jumpa saya tadi, tapi tak kesampaian. Sebab kok lanas dan kota baru jauh. =(

13) Pesanan buat no 6

Sila update blog anda.

14) kata-kata cinta buat no 2

Oh gemok ku. Sila la jangan bertanding kegemukan dengan ku lagi. With love~

16) Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang di tag di no 1

Manja, belajar di uitm perak, kos HR, dulu pakai cermin mata dah tuh pakai contact lense, sayang MCD.

17) Persamaan antara Lembu dan Kambing

Weh!!! Soalan bapak lah mencabar! Halal dimakan. Tuh je.

18) Perasaan ketika menjawab tag ini

Pening! Gile banyak soalan. Dahla baru lepas test. Huh

19) Adakah anda tahu Rizman itu sengal

Siapa nih? Tak tahu. Rizman khuzaime ke? Tak kenal, sebab jiran saya pun saya langsung tak kenal.

20) Gay or Les?

Lor...saya stret....saya suka sangat kat laki. Ok. Takutnye jawapan aku.


ini je yang mampu. y'all patut tengok keadaan saya ketika ini. sangat menggerunkan. sebab pening jawab soalan2 ini. terima kasih =)

Wednesday, March 16, 2011

Hey manusia! Mari jaga perasaan manusia lain

Bismillah.

Salam.


Ok. Sepatutnya aku dah kena risau nak mam sebab finals nak dekat. Dah tuh semua subjek adalah pembunuh tegar, tapi takde subjek pon yang pernah msuk mahkamah setakat ni. Ok merepek. Maaf. Aku nak buat micro nih. Tapi memandangkan ada situasi yang terjadi pada siang hari tadi dan buat aku cam agak marah, so aku rasa marilah kita membaca karangan saya. Gila ayat tak sedap. Korang tengok bahasa melayu aku macam nih,cuba bayangkan bahasa inggeris dan arab saya pula. T_T


Ok. Nak dijadikan cerita. Aku dan beberapa kawan aku belum ambil 1 subjek ni. As for me, aku dapat pengecualian kredit, so tak payah ambil so YEAY FOR ME!!! Dah tuh. Lecturer subjek yang belum kami ambil nih belanja makan hari ni. Ada sorang minah nih bahagikanlah makanan tersebut. Oklah, makanan tuh sangat ringan tapi seronok lah kalau dapat free kan. So, kawan aku yang belum ambil subjek tersebut tanyalah “kitorang punya?” then minah yang bahagikan tuh jawab “ini untuk kelas kitorang sahaja”. Bayangkan. Ini dah minggu ke sepuluh kami bersama dalam 1 kelas then boleh pulak cakap macam tuh. Kawan aku cakap balik “kitorang pon budak kelas korang jugak”. Well, kalau aku, aku tak cakap dah, tapi serius! Aku macam sebak. Then minah tuh betulkan ayat dia “ini untuk kelas subjek lalala sahaja”. Well minah, i know u won’t read this, but frankly speaking u have to learn a lot about “jaga perasaan orang lain okay!”


Kawan aku yang tanya pasal makanan free tuh sangatlah optimis. Dia cakap aku ni cepat touching. Lagi2 pasal koir yang aku tak layak nak join tuh. Saya memang macam nih. Luar keras, hati kaca. Patutnya saya tampal kat bontot saya, I’M FRAGILE YAWW! Boleh je kalau nak tampal I’M FERGIELICIOUS YAW! Ok, tak. Tipu. Tapi serius y’all. Siapa2 yang baca entry saya nih, walaupun awak selalu disakiti,jangan sakitkan hati orang lain dengan sewenang-wenangnya. Jangan ok! Ye, aku tahu. Aku pon mulut lepas jek, kadang2 terletak longkang dalam mulut so jadi mulut longkang, but please y’all. JAGA HATI ORANG LAIN.


Mungkin kadang2 kita terlupa gosok gigi sebelum keluar dari rumah. Sebab tuh, orang akan cakap “Astaghfirullah! Mulut ko...busuk giler!” haha. Jangan lah geli, tapi memang menggelikan la kalau y’all tak gosok gigi sebelum keluar rumah kan? Haha. Bukan, maksud aku mulut tuh cam pakai lepas jek. Tuh pon dikira mulut busuk jugak kan? Lepas tuh, kita boleh mintak maaf kan? Kalau la terlepas boleh jek cakap “alamak, sorry” boleh kan? Ha dah tuh terpulang pada empunya badan la nak maafkan ke tak. Haha. Sumpah menakutkan.


Kesimpulannya, SILA JAGA HATI ORANG LAIN. Aku selalu baca status kat facebook macam “weh, penat giler aku jaga hati kau, tapi kau? Weh tolonglah. Aku baik ok. Aku selalu bagi makanan free kat kau, tapi kau? Tak pernah pulak nak bagi apa2, hatta kismis sebijik” ok panjang nak mampus status. Tipu2. Macam lebih kuranglah. Ada je yang jahat gile kat dunia nih. Ini terjadi sebab, tak jaga perasaan orang lain. Kan? Setuju tak? Kawan saya amalina, pernah post kat fb WHEN THEY HURT YOU, GIVE THEM LOVE. Paham? Paham kan? Tolonglah paham. Haha.


Ok lah. That’s all for today. Harapnya adalah yang paham walaupun ayat bertunggang langgang macam haram. Ye...saya pun selalu sakitkan hati orang. Sebab tuh saya banyak kali kena balik. Padan muka saya! Kan? Y’all tak nak cakap padan muka kat diri sendiri kan? Sebab cam loser gila. So, better change your attitude sekarang. Silakan. Ok?

Eh eh. Esok nak balik selayang. Tapi lecturer baik hati nak buat kelas. Ok, takpelah lecturer, saya ponteng sekali je ok. Please2.




Notabukulali : gila mengada-ngada nak balik esok, sekarang tengah dengar lagu raya sebab nak dapat feel balik kampung. Wahaha.

Sunday, March 13, 2011

rindu

salam.



aku rindu....



tak tahu rindu siapa...



abah ker? tuh wajib...



siapa ni???



tolong...



jangan buat macam ni...



aku sesak nafas dah...





maaf. ketika ini aku perlukan seseorang untuk bercakap. ramai sekitar aku ni. tapi.... aku tak rasa mereka paham.sebab aku sendiri tak paham.nampak tak komplikasi hidup aku? sampai aku sendiri tak paham.kasihan


notabukulali : perit rasa ni. maaf ye readers kalau sakit hati.

Saturday, March 12, 2011

wajah kesayangan hamba

Salam.

Ok entry ketiga dalam minggu proaduktif ini. Hari nih aku kumpul semua tenaga aku untuk habiskan di atas tilam. Maksud yang mudah difahami atau maksud bersihnya ialah tidur. Lepas mandi kakak bilik aku keluar ke library, so aku habiskan masa carik movie yang best since aku rasa agak down hari ni. Aku tengok 2012 yang quite significant apa yang jadi kat jepun. Tak lah. Aku tengok 2012 tuh meremang tahu. Sebab tanah merekah. Gila! Tapi jepun air datang menggila. Ya Allah, selamatkan mereka dan kami semua dari bahaya Ya Allah.

Masa tengah tidur tuh, adalah terjaga sekejap sebab 2012 tuh tak ada sape nak layan. Ala...siannya. buruk kan perangai aku. Punyalah mengerikan punye cerita boleh tertidur jugak. Haish. Dah terjaga tuh aku terfikir mungkin ini holiday yang aku impikan. Seorang + bilik yang sejuk dan indah + tiada aktiviti yang ditetapkan + tidur dan makan sahaja. Sangat aktiviti orang gemuk dan tidak sihat. Tapi betul kalau aku ada duit nanti aku nak buat macam tuh. Tapi....tak mungkin la kot. Kan? Kan? Kan? Biar aku seorang sahaja yang tahu kenapa.

Nak tahu tak kenapa aku down? Kan aku baru lepas happy2, tapi yela..happy je memanjang pun tak seronok jugak. Em aku nih kan serius dari poli dulu mengharapkan aku dapat join aktiviti2 yang seronok and menyihatkan. Seterusnya dapat kawan2 yang aku boleh rely on. Bukan maksudnya kawan2 yang aku ada sekarang tak boleh harap. Boleh sangat! Kekadang rasa terharu bila aku nih seorang diri takde kawan tapi ada yang sanggup jadi teman aku jugak. Terima kasih =) macam kat poli dulu, final sem baru aku join kelab kos sendiri. Dengan harapan aku dapat pengalaman uruskan aktiviti2 kos. Tapi pentadbiran macam p#n*ek. Nak boikot kelas kitorang sebab PANDAI BANYAK dari dorang yang BODOH SEBEMBAN! Geram, maaf.

Masuk uitm, memang aku expect yang gegila punye lain. Kata u kan? Sebelum nih pon aku dengar uitm memang aktif. So haritu ada lunch untuk kos. Part 3 kena buat persembahan koir. Ok. Aku tak kisah and join untuk meramaikan keadaan. Ada praktis weekend, aku datang ok. Walaupun sejam lambat. Takpela janji datang. Esoknya je aku tak datang. Dengar2 pon ada 10 orang je datang. Ha okla. Takkan nak marah pulak kan? Then ada lagi 1 praktis. Tapi aku tak tahu sebab dorang bagitahu kat kelas yang aku tak belum ambil sem nih. Hari jumaat praktisnya. Aku dengan keadaan yang tak tahu pergi lah ke pasar siti khadijah nak belikan buah tangan untuk keluarga tercinta.

Then, kawan aku message “finas, pegi praktis tak?” ha?! Aku pelik. Rupanya ada la pulak. Time tuh dah sampai pasar siti. Takkan nak patah balik kan? Aku tanya kawan aku yang pergi tuh. Dia kata tak payah join dah sebab dah tukar lagu and dah ditetapkan yang datang tadi je boleh join. Ok. Aku tanya lagi nih dengan harapan dorang simpati kat aku, aku nak masuk jugak. Boleh ke tidak? Jawapannya tidak. Ok sedih. Terus down sampai saat ini.

Mungkin betul aku nih bukan wajah idaman. Bukan wajah kesayangan hamba. Takpe. Aku sempurna ok. Alhamdulillah.

Tak nak cakap macam jay izawaszir “kalau saya menang, saya akan melakukan pembedahan ke atas muka saya. Mungkin peminat tak boleh terima wajah saya” lebih kurang la. Tak nak! Saya tetap saya. Tapi bila saya down, ini je yang saya pikir. Macam mana tuh? Aku tak paham di sini. Tapi paham2 kanla.



p/s: mari berdoa untuk mereka yang dalam kesusahan di sana

Thursday, March 10, 2011

Bercerita tentang kisah silam

Bismillah.


Salam y’all. Sihat? Hey. Ini entry kedua minggu ini. Terasa sangat produktif lah pulak. Dah habis test 1, heheh terasa macam dah habis final tau rasa dia. Pening! Masya Alah. Lepas test budak kelas aku bising2 kata susah la, tal boleh buat lah. Yelah tuh. Nanti markah nak mencecah langit je. Tapi dah la tuh. Malas nak bercerita tentang pelajaran ini. Tak payah nak ilmiah sangat lah kan. Aku ada benda nak share. Tapi tak tahu perlu ke tidak, betul ke tidak, harus ke tidak. Em saya rindu along saya =(

Along tuh sape? Along aku la. Adik beradik aku ada 6 orang termasuk aku. Tapi tak ada gambar lah pula. Along saya eh maksud saya arwah along saya (pahal aku nak saya nih?) dah meninggal masa 2004, to be exact 30 Julai 2004. Ye, selepas setahun mak aku meninggal. Along nih perangai kalau tak gila lagi tak boleh. Eh takpe kan tulis macam nih? Dah memang gitu perangai dia. Along ni suka buat kelakar. Pernah sekali tuh, masa raya dia sibuk nak main mercun kat rumah. Pagi2 lepas solat raya pulak tuh. Sekali terkena rumah jiran. Hahaha. Jiran tuh marah ok. Datang rumah siap tanya lagi. Tapi, along buat tak tahu. Hahah. Kelakar tak? Abah aku cakap along nakal sangat. Memang pun.

Mak cerita dulu waktu kecik along tak panggil mak tuh mak. Dia panggil nama yang kawan2 mak panggil. “Wiye” tuh nama manja mak la. Boleh kan along panggil gitu je. Haha. Bukan biadap. Budak2 tahu apa kan? Tapi aku rasa tuh la kelebihan along. Kelakar tak sudah.

Masa along meninggal tuh, aku ada kat sekolah. Kebetulan aku demam hari tuh. Angah n kak ita ambil aku kat sekolah. Aku form3 time tuh. Kena study kat dewan. Tapi bila cikgu panggil, aku tak ada. Ada kawan aku yang tak tahu siapa bagitahu aku kat dorm. Dorang cakap ada yang menangis kat dewan sebab kesian kat aku.

Dalam banyak adik beradik aku, mak aku cakap dulu along je yang boleh panjat bumbung. Paham tak? Along nih kurus. Adik beradik aku dulu la kurus dengan aku sekali kurus, tapi bila dah dewasa and kahwin gemuk terus. Tapi along maintain je. Kurus gila. Ada orang cakap muka dia ada iras zamarul hisham. Mungkinla. Aku pun rasa macam tuh. Muka ijam (abang aku keempat) ada iras along, tapi muka ijam tak sama macam zamarul hisham pon (aku dengan ijam memang suka gaduh).

Tapi, masa umur along 38 tahun. Dia ada masalah and terus kena heart attack. Kak toy (my one and only sister) cakap ini second time kene. Selalunya kalau second time, memang tipis untuk terus bernafas. So, along tinggalkan kitorang selama-lamanya. Sedih. Abah lagi la sedih. Anak first kan? Mestilah sayang, walaupun aku tahu abah lagi sayang aku huhu. Allah lagi sayang along dari kitorang kan.

Ye, along dah kahwin. Ada 4 orang anak. 3 lelaki 1 perempuan. Jazreen (abang long), Jazmeer (ameer), Juleea (uya) and Jazree (ayie). Sekarang adalah jugak contact. Alhamdulillah. tak terputus pun hubungan. Abang jey (abang ketiga aku) cakap JANGAN PUTUSKAN SILATURRAHIM DENGAN MANUSIA, KALAU TIDAK NERAKA JAWAPANNYA. Eh, abang jey aku bukan ustaz. Tapi dia cakap balik apa yang dia dengar dari ustaz. Selepas mak and along pergi, aku rasa bonding antara kami adik beradik semakin kuat. Takut hilang lagi aku rasa. Betullah kot. Dah kata adik beradik, mestilah ada yang berperang la apalah. Tapi tak sampai tahap kritikal. Sekarang nih nak cakap apa2 pon boleh. Dorang akan cuba solve kan problem sama2.

Macam haritu, aku ada masalah kewangan. Mintak kat angah, terus dapat. Rupa2 nya angah collect lah dari kak toy, abang jey and ijam. Thanks yea. Huhu. Bukan problem aku jela kan dorang nak layan, siapa2 lah. Insya Allah, takat mana yang boleh, dorang tolong la (tapi adik beradik jela ye). Kenapa aku tak termasuk dalam budaya tolong menolong tuh? Aku kan student, ngeh2. Tak mintak ptptn pulak tuh. Waktu aku kerja dulu pon aku tak hulurkan duit jugak. Sebab gaji aku sikit. Hahah. Sakit hati je dorang. Haha. Tapi terima kasih yea semua.

Nampak tak kepentingan adik beradik di sini? Nampak kan? Em tuh jela aku nak share. Rindu sangat kat along. Rindu sangat2. Tak tahu kenapa emo, tapi betul kalau cerita dengan adik beradik aku pasal along. Memang nak terkeluar je air mata nih. Tapi kena berlagak macho depan diorang. Tapi mesti perasan punya kan? Hargailah orang-orang yang korang sayang sebelum dorang pergi untuk selama-lamanya. Gaduh ke terasa ke rasa nak baling lesung batu kat muka dorang ke takpe. Eh boleh pulak takpe. Dah tuh kalau kita marah, standard la kan. Tapi jangan lama2. Nanti dorang pergi selama-lamanya ha baru padan muka. Kan?


Semoga along and mak ditempatkan dalam golongan orang beriman. Amin....... Al-fatihah~



p/s : kubur mak and along sebelah-sebelah je tahu. Mak memang sayang along lebih sikt dari aku.

Sunday, March 6, 2011

Kuik Hapdet

Salam
Aku selalu rasa ada orang baca apa aku karang kat blog aku nih. Aku berangan ada jela ye. Huhu. Hey. Syafinas dah tak sedih lagi. No, i mean dalam masa 2 minggu nih la. Y’all tahu tak birthday aku dah lepas? Alaaa...apalah sangat birthday aku. Tapi! Kena ambil tahu jugak supaya aku tak terasa dengan y’all okey? Haha. Birthday saya 28 februari. Haritu macam bertikam lidah dengan budak kelas tahun nih bulan februari ada berapa hari. 28 ke 29. Dah tuh budak kelas aku cakap 29, aku pulak jerit 28. Dah tuh dorang jerit lagi 29. Ok. Aku kalah, mungkin aku fanatik dengan birthday sendiri (boleh kan?). dah tuh bila aku tengok balik kalendar, hey 28 hari jelah!!!!!


Mestilah. Bila tahun baru jek, aku mesti cek kalendar hari apa 28 feb tuh. Kalau 29 ada mestilah aku perasan. Haish! Ok, aku tak salahkan dorang. Sebab bukan dorang tahu aku nih peminat hari lahir sendiri.ok tak kelakar kan? Tapi aku malu kalau orang wish heheh. Dah tuh aku hide kan birthday dari profile facebook aku. Dengan harapan kakak2 umah aku tak tahu bila. Tapi...haritu aku bagi num ic aku kat dorang sebab nak book ticket and printkan validation aku -_- . Dah tuh 25 feb tuh dorang celebrate birthday aku. Terharu! Thanks kakak2. Yela...mana nak jumpa dowh manusia2 sebegini. Baru kenal berapa hari, tapi sanggup celebrate birthday aku siap bagi hadiah okay =)


Pasal macro yang aku tension sangat tuh, aku tak tahula. Aku tahu kita kena usaha. Contohnya, aku pon risau sangat dengan micro aku. Tapi lepas berhempas pulas seperti mengangkut padi seguni dari selangor ke kelantan, aku rasa eh ok la kot micro ni. Pokoknya kamu harus belajar keras sih. So sekarang nih aku sedang usaha untuk macro pula, sebab ada test rabu nih. Usaha!!!!! Bila aku baca balik entry aku yang lepas, rasa macam alahai...manjanya aku. Tak berdaya nya.... kan? Kan? Tuh motivasi tak kuat tuh. Huhu. Padahal dah habiskan duit untuk beli buku motivasi saban bulan. Ok. Ayat gila melayu kuno dowh.


Eh ingat tak pasal lelaki yang aku cakap aku minat kat machang tuh? Aku dah jumpa facebook dia! Mungkin itulah motivasi aku. Hahah. Tak ok tak. Tapi yang scarynya dia macam ada split personality. Errrr...takpela. asal handsome. Haha.
Ok tata y’all =)



p/s : sedih tahu tengok kat wall haritu tak ada orang wish. Tapi bukan kau malu bila orang wish? Eh aku pon ada split personality la. T_T