Sunday, March 6, 2011

Kuik Hapdet

Salam
Aku selalu rasa ada orang baca apa aku karang kat blog aku nih. Aku berangan ada jela ye. Huhu. Hey. Syafinas dah tak sedih lagi. No, i mean dalam masa 2 minggu nih la. Y’all tahu tak birthday aku dah lepas? Alaaa...apalah sangat birthday aku. Tapi! Kena ambil tahu jugak supaya aku tak terasa dengan y’all okey? Haha. Birthday saya 28 februari. Haritu macam bertikam lidah dengan budak kelas tahun nih bulan februari ada berapa hari. 28 ke 29. Dah tuh budak kelas aku cakap 29, aku pulak jerit 28. Dah tuh dorang jerit lagi 29. Ok. Aku kalah, mungkin aku fanatik dengan birthday sendiri (boleh kan?). dah tuh bila aku tengok balik kalendar, hey 28 hari jelah!!!!!


Mestilah. Bila tahun baru jek, aku mesti cek kalendar hari apa 28 feb tuh. Kalau 29 ada mestilah aku perasan. Haish! Ok, aku tak salahkan dorang. Sebab bukan dorang tahu aku nih peminat hari lahir sendiri.ok tak kelakar kan? Tapi aku malu kalau orang wish heheh. Dah tuh aku hide kan birthday dari profile facebook aku. Dengan harapan kakak2 umah aku tak tahu bila. Tapi...haritu aku bagi num ic aku kat dorang sebab nak book ticket and printkan validation aku -_- . Dah tuh 25 feb tuh dorang celebrate birthday aku. Terharu! Thanks kakak2. Yela...mana nak jumpa dowh manusia2 sebegini. Baru kenal berapa hari, tapi sanggup celebrate birthday aku siap bagi hadiah okay =)


Pasal macro yang aku tension sangat tuh, aku tak tahula. Aku tahu kita kena usaha. Contohnya, aku pon risau sangat dengan micro aku. Tapi lepas berhempas pulas seperti mengangkut padi seguni dari selangor ke kelantan, aku rasa eh ok la kot micro ni. Pokoknya kamu harus belajar keras sih. So sekarang nih aku sedang usaha untuk macro pula, sebab ada test rabu nih. Usaha!!!!! Bila aku baca balik entry aku yang lepas, rasa macam alahai...manjanya aku. Tak berdaya nya.... kan? Kan? Tuh motivasi tak kuat tuh. Huhu. Padahal dah habiskan duit untuk beli buku motivasi saban bulan. Ok. Ayat gila melayu kuno dowh.


Eh ingat tak pasal lelaki yang aku cakap aku minat kat machang tuh? Aku dah jumpa facebook dia! Mungkin itulah motivasi aku. Hahah. Tak ok tak. Tapi yang scarynya dia macam ada split personality. Errrr...takpela. asal handsome. Haha.
Ok tata y’all =)



p/s : sedih tahu tengok kat wall haritu tak ada orang wish. Tapi bukan kau malu bila orang wish? Eh aku pon ada split personality la. T_T

2 comments:

  1. tipula kau ni enas . kan aku ada wish .

    ReplyDelete
  2. hahah cik ubi.
    memang la ko wish syg
    saje je mahu kelihatan sgt kesian
    huhu
    eh. ko ingat tak asal perkataan ubi nih masa form3? huhuh

    ReplyDelete