Friday, July 16, 2010

harapan tanpa suara

Bismillah.

Salam readers. Sihat semuanya? Em Alhamdulillah aku dah 2 minggu kerja, so far ok la..huhu. yela..awal2 kan banyak lagi kena belajar. Starting from next week, I have to do my work on my own. Alamak, cuak seyh. Yela..selama nih bos aku duduk kat tepi and check betul ke tidak. Susah jugak la sebab melibatkan nombor and matematik. Aku mengaku aku memang lembeb dalam hal2 tuh. Ok2, jum terjun ke title tuh. Y’all tahu kan pasal kes2 buang bayi sebelum nih? Aku tak tahu la kalau kes nih dah surut ke tidak, aku tiba2 rasa terpanggil untuk buat entry kan pasal nih. Nih untuk kita renungkan sama2 la. Ok?


Sebelum aku solat maghrib tadi, aku terbuka la channel yang ada lagu harapan tanpa suara yang banyak gila artis such as anuar zain (my fav!), erra, amylea, siti, adibah nor and banyak la. Ok la aku suka jugak dengar lagu tuh, dah tuh tiba2 dia tunjuk pics baby yang kene buang. Ya Allah, sedihnya tengok baby2 tuh. Ada satu pic buat aku sedih giler sampai termenangis,ada satu baby tuh dia mati dalam keadaan mengiring. Terbayang macam mana la muka dia. Baby, mestilah cute kan? Macam mana keadaan dia before dia meninggal. Macam mana mak ayah dia sanggup buang dia kat situ. Macam2 kan terpikir.


Aku nih bukan la suka budak2 sangat, tapi sampai nak buat gitu tak sanggup kot. Kesian sangat. Mana la tahu yang di buang tuh bakal jadi kebanggan negara ke, bakal jadi pemimpin yang paling hebat ke, bakal mufti yang luas pengetahuan dan pengalaman ke. Kan? Kan? Kan? Dah la Malaysia memang sangat2 perlukan rakyat gitu. Sebelum buat sesuatu, pikir dulu dalam2. Bagus ke tindakan kita tuh, ok?


Lagi satu aku nak membebel. Macam mana boleh sampai ada baby dalam perut tu sayang? Lelaki kan kalau gajah pakai skirt pon dorang tak tolak, so kita yang memang boleh pakai skirt nih jagalah diri elok2 kay? Ok2, aku tahu aku takde boyfriend yet and maybe aku tak paham apa yang orang bercinta rasa. Tapi, kita kena pikir pasal agama kita. Boleh ker pegang2 or ringan2 sebelum kahwin? Aku tahu juga jangan cakap camtuh, nanti engkau yang kena. Ok, sama2 la kita doa supaya diri kita sentiasa dilindungi Allah and dijauhkan dari maksiat. Amin…


Bagi aku bila someone sayang kita, dia kena jaga kita dari setiap sudut. Ok,setiap sudut tuh bukan dari segi kita dah makan ke, dah mandi ke, dah berak ke, dah tido ke. Bagi aku kalau betul sorang lelaki tuh sayangkan aku, dia takkan pegang aku. Sebab apa? Dia jaga aku dari dapat dosa. Dia jaga aku dari dapat fitnah. Dia jaga aku supaya bila dah halal nanti lebih manis. Wah. Memang macam baik gila babas kan aku? Tak, aku tak baik. Tapi dari segi couple2 nih memang aku jaga. Sebab kalau aku dah bagi lelaki tuh pegang tangan aku and then jodoh kitorang tak panjang, tak ke membazir tuh? Ingat air dan elektrik je ada pembaziran? Dalam hal ini pon ada pembaziran. So jaga diri ok kepada wanita2 yang menbaca entry aku nih, and you too man! Behave yourself! Ok?


Kalau satu hari nanti, Nampak aku pegang tangan dengan mana2 lelaki, remind me of this entry then. Please. Till then everyone! Salam.

p/s : readers I really mean it tau yang last tuh.

Saturday, July 3, 2010

Tudung, selendang, hijab, jilbab = pelindung aurat wanita.

Bismillah.

salam.

Hye readers! (Cam bagus je) Uhuh. Sihat? Emm. Asyik merapu je kan entry kite? Apa kata kalau kita pikir sejenak. Sekarang nih heboh kan pasal sanggul tinggi wanita bertudung tuh? Actually, aku memang suka tengok perempuan pakai selendang beserta sanggul tinggi. Betul… Nampak kemas dan cantik. Tapi, aku tak pernah buat. Yela…aku kalau botak pon still tak kemas.huhu. em. So apa pendapat u all? Siap ada hadis tau pasal sanggul tinggi nih. Tang tuh jugak aku yakin dan tak mau buat tinggi2 rambut.


Tiba2, keluar pulak kat paper ada ustazah yang menyatakan takpe kalau sanggul tinggi asalkan menutup aurat. Pulak? And aku terbaca lagi artikel pasal keinsafan yang cerita ada seorang mamat nih masuk masjid pakai baju hitam masa hari jumaat and gertak orang yang ada dalam masjid. Siapa yang nak mati, stay dalam masjid tuh. Lebih kurang la kan dia cakap. Then tahu kan apa jadi? Sikit je yang tinggal then dia kata, ini je ke orang beriman? Dush dush! pheww.. takot seyh. Kat bawah tuh dia ada cam bagi tazkirah kata “apakah kita sudah dikatakan cukup beriman jika kita lebih percayakan surat khabar dari hadis atau dalil?”(lebih kurang la ayat dia) dush lagi! Haaa… sape nak jawab? Takot nok!


Pemakaian tudung bagi aku adalah satu yang tidak boleh dipaksa. Jangan di push. Suka hati korang je. Kang dia pakai bukan kerana Allah, tapi sebab tak tahan dengan mulut korang yang macam jamban tak flush tuh. Bukan bermaksud aku suka orang tak tutup aurat. Let’s serabutkan otak togetherla dengan aku punya persoalan :


1. Kalau orang pakai tudung tapi still mengumpat, Salah ke beliau?

2. Kalau orang pakai tudung tapi tak menutup dada dan berpakaian sendat, besar
tak salah beliau?

3. Kalau orang pakai tudung tapi buat maksiat dengan laki bukan muhrim, Salah ke
betul tindakan beliau?

4. Kalau beliau tak bertudung, sibuk suruh dan kutuk wanita bertudung? Bagus ke
tidak beliau tuh?

5. Kalau beliau bertudung tapi sibuk mencerca dan memaki hamun wanita tak
bertudung. Apakah hebat tindakan beliau itu?



Ha..hebat tak? Kenapa aku tak boleh dapat persoalan macam ni masa buat final projek dulu?(menyesal). Soalan nombor 5 tuh aku macam takot dowh. Jangan cakap pasal orang. Contoh : “hek eleh, pakai tudung tapi kadang-kadang free hair jugak”. Never ever say like that! Nanti kena balik kat kita. Contoh paling best la. Kawan aku punya kawan. So cam bukan kawan aku la kan. Adalah 1 time tuh dia cakap camtuh kat kawan dia. Then, tiba2 dia rasa dia lebih cantik dan menarik bila free hair, so dia pun memfreekan hair dia! Ha… adakah tindakan perempuan itu semurni alam? Mengutuk orang, dah tuh tertepek tahi sendiri di muka (ey apadah peribahasa). Jangan kutuk dowh. Jangan! Ko nak kutuk mulut dia busuk takpe, tapi nak kutuk tudung tak tudung nih janganlah. Nauzubillah.


Nombor 4 tuh mesti ada yang ingat aku salah taip kan? Takla weh. Wujudlah manusia yang tak pakai tudung tapi beriye suruh orang lain pakai tudung. Gilak kau! Dah tuh sibuk nih carik cacat cela wanita bertudung tuh. Huiyo! Suci dan murni seyh perangai. Rilek la, jangan emo. Sabar kay. Tak yah kutuk la seperti yang di sarankan oleh aku tadi. Well korang. Mesti lepas korang baca entry nih, korang pergi carik picture aku kan? Sambil cari gambar hati korang tertanya2 “ syafinas! Dah berubah? Adakah beliau sudah berjubah dan berpurdah?” belum! Sabarla. Insya Allah, aku usahakan. Maksud aku, pakai baju muslimah yang betul2 menutup auratla kan. Hey. Jeans sendat aku ada lagi la. Huhu. (ok2, aku tak sarankan pakai baju dan jeans ketat ye). Plus aku pon ada gak tersenarai dalam perempuan seperti soalan 1 & 2. Fikir tau korang, ingat pesan aunty k readers. Tom-tom bak! *apahal nih?!


Ok2 sebelum aku pergi iron baju. Aku nak share good news with all of u. 1st, aku dah dapat kerja! Okla kan kat TA jugak. Clerk je. Alah janji adalah kan? Khamis 1 july start. 2nd is aku dah lulus JPJ!!!! Huurrraaayyy!!!! Sape nak ikut mak pergi kerja naik kereta? Ha? Tak boleh! Sebab mak pergi kerja naik motor je. Aha~. Esh gedik jek. Ok la readers, selamat menjalankan hidup anda dengan ceria! =)


p/s: opsss, ada lagi 1 soalan, kalau perempuan pakai tudung tapi smoking macam mana? Cool ke beliau? “COOL” kan? (nak smoke kat rumah sudah wehhhhhh).