Thursday, November 18, 2010

Layan manusia seperti manusia

Bismillah.

Hi, salam semua. Sempat lagi aku nak wish selamat hari raya aidil adha kan? Heheh. Ok lah. Nak cerita lah. Lama kan tak update blog usang kesayangan aku nih? Busy gilak ah! Sekarang nih, ada banyak sangat IPO. So ramai lah nak apply, then nak kena key-in all the details. Nak send reports lagi. Huh. Nak muntah dah owh buat benda2 tersebut. Yela..time tak ada kerja dulu, aku siap sempat buat satu karangan untuk blog lagi. Tapi sekarang, nak makan pun tak sempat. Betul..banyak kali aku skip lunch. Tapi kat rumah tibai 2 pinggan. Ha. So badan saya masih sama ataupun makin kembung. Huhu.


Em. Pada kawan2 facebook aku, mesti y’all ternampak status saya yang pasal ragut tuh kan? Ye, saya kena ragut. Peragut tuh relax je seluk dalam bakul moto aku, then ambik beg aku yang baru beli (nasib baik RM20 je) dah tu letak dalam bakul dia dan terus memecut laju. Kalau lah time tuh dia kena langgar dengan kereta, dah tuh mati. Tak tahulah. Kesian kan? Tak sempat nak bertaubat. Masya Allah. Tapi tak apa lah. Beg tuh kosong!!! Hahahahahahahah!!!! Padan muka ko setan!!! Time tuh, aku dah letak purse and handphone kat tempat lain. Tiba2 je pagi tuh nak letak kat tempat lain. Kalau tak memang aku menangis lah hilang handphone and purse. Tak tahu kenapa pagi tuh baru nak letak, tapi Alhamdulillah =). Tapi trauma tuh wajib lah kan? 3 hari aku bawak kereta. Dah tuh tak larat, sebab kaki lenguh. Jam kan kl. Memang tak lah aku nak bawak kereta suka2 pergi opis lagi dah.


Ha. Jom cerita pasal title aku. Entahlah weh. Aku rasa manusia lain suka layan aku macam aku bukan manusia. Maksud aku, manusia berperasaan lah.aku bukan tak cuba untuk jadi kawan yang baik, anak yang baik, adik yang baik, saudara Islam yang baik. Aku cuba!!! Tapi mungkin semuanya tak kena pada pandangan orang. Ada lah yang aku kurang di sana sini. Tapi tuh lah. Aku tak sure lah kenapa. Bila orang lain buat lawak kasar dengan aku, serius aku terima dengan hati yang terbuka, dan cuba untuk tak terasa. Tapi bila aku buat lawak kasar, dengan tujuan untuk balas balik, orang tak boleh terima. Apa? Kasar sangat ker? Dah tuh bile ko berlawak dengan aku tadi, aku relax je. Apa nih? Dah tuh Nampak aku je lah yang salah, tak reti jaga hati orang.


Kadang2, bila aku terasa, aku layankan sahaja permintaan orang tuh. Nampak tak betapa aku berusaha untuk jadi manusia yang baik? Tapi tuh lah, aku masih belum cukup bagus untuk jadi BAIK. Kadang2 aku mengalah je, padahal bukan salah aku pun. Em. Dah lah tak guna nak sedih pasal benda ni kan? Otak aku serabut sangat. Nak cerita kenapa otak aku serabut, tak boleh. Bukan tak boleh kenapa. Aku kena jaga perasaan orang tu. Kalau dia baca blog aku, dah tuh dia tahu dia punca otak serabut aku, tak ke nanti hilang lagi seorang kawan aku? Padahal, dia yang salah. Dia tak mintak maaf pun. Mungkin dia terlampau ego kan? Biarlah. Biar aku yang layan ego dia tuh.



Aku bongsu dalam family. Bukan setiap permintaan aku dapat. Tempat aku bermanja dengan abah je. Aku memang kasar dengan abah. Tapi bukan bermaksud aku nak kurang ajar dengan beliau. Beliau pon rilek je aku kasar2. And bukan aku nak buat abah risau dengan aku. Tidak! Mungkin y’all tak rasa lagi hilang parent. Susah sebenarnya. Lagi kalau mak yang tak ada. Dengan siapa nak peluk2 cium2? Takkan dengan abah pulak kan?Setiap apa yang jadi, aku bagitahu abah. Aku memang suke bercerita. Bila aku ada problem, aku mesti nak cerita, cerita kat kucing pun jadilah. Tapi sebab aku takut dengan kucing, memang tak lah aku nak cerita kan? Kalau aku rasa abah tak boleh nak tahu problem aku tuh, aku cari kawan aku. Siapa2 lah. Tapi kalau kawan aku sendiri yang buat aku sedih, takkan aku nak pergi cerita kat dia pulak kan?


Aku ada seorang kawan rapat yang berlainan jantina(dulu ada 2 orang). Aku mengaku, aku memang tak ramai kawan lelaki(yelah golongan tak hot langsung lah nih). Aku memang hargai kawan aku yang seorang tuh. sebab, dia boleh terima aku seadanya. Tak macam lelaki2 yang aku nak rapat, mesti aku terasa aura kebencian dorang bila aku bercakap dengan diorang. Fine. Tak nak kawan dengan aku sudah. Kawan rapat laki aku nih, aku bagi nama Khairul lah ek. Sebab aku suka lelaki nama khairul. Ehehe. ok. Dulu, aku ada kes dengan Khairul nih, sampai buat aku malas dah nak contact dia. Baru semalam terasa nak call dia sebab aku nak cerita pasal keserabutan aku. Tapi handphone dia off. Tapi pagi tu, terus dia call aku. And cakap “enas? Kenapa? Kau ok ker?”. Terharunya aku…padahal aku dah buat tahi kat dia, tapi dia still boleh terima aku. Terima kasih kawanku =) (menangis)


Khairul ajak aku jumpa hari nih, sebab nak cerita pasal problem aku, tapi time tak perfect langsung. So kami tak jadilah nak keluar. Yang buat aku rasa seronok dengan Khairul nih, aku boleh jadi diri aku sendiri bila dengan dia. Aku tak payah nak cover2, aku rasa nak lepaskan, aku lepas je. Bukan lepaskan kentut ok. Tapi bila dengan lelaki lain,ha memang aku tinggal lah Syafinas yang sebenar kat rumah. Ini bukan nya cerita cinta ek. Cinta tuh langsung tak wujud. Sebab dia nih ramai peminat juga. So malas nak beratur jadi peminat dia. Em. Panjang pulak cerita pasal dia.
Em. Ok lah. Aku tahu ada yang tak paham. Tak apalah at least y’all tahu aku tengah serabut sekarang. Thanks for reading kayh =) take care y’all.


p/s: sorry kalau tak paham. Aku pun kadang2 tak paham dengan diri sendiri. eheh