Thursday, November 18, 2010

Layan manusia seperti manusia

Bismillah.

Hi, salam semua. Sempat lagi aku nak wish selamat hari raya aidil adha kan? Heheh. Ok lah. Nak cerita lah. Lama kan tak update blog usang kesayangan aku nih? Busy gilak ah! Sekarang nih, ada banyak sangat IPO. So ramai lah nak apply, then nak kena key-in all the details. Nak send reports lagi. Huh. Nak muntah dah owh buat benda2 tersebut. Yela..time tak ada kerja dulu, aku siap sempat buat satu karangan untuk blog lagi. Tapi sekarang, nak makan pun tak sempat. Betul..banyak kali aku skip lunch. Tapi kat rumah tibai 2 pinggan. Ha. So badan saya masih sama ataupun makin kembung. Huhu.


Em. Pada kawan2 facebook aku, mesti y’all ternampak status saya yang pasal ragut tuh kan? Ye, saya kena ragut. Peragut tuh relax je seluk dalam bakul moto aku, then ambik beg aku yang baru beli (nasib baik RM20 je) dah tu letak dalam bakul dia dan terus memecut laju. Kalau lah time tuh dia kena langgar dengan kereta, dah tuh mati. Tak tahulah. Kesian kan? Tak sempat nak bertaubat. Masya Allah. Tapi tak apa lah. Beg tuh kosong!!! Hahahahahahahah!!!! Padan muka ko setan!!! Time tuh, aku dah letak purse and handphone kat tempat lain. Tiba2 je pagi tuh nak letak kat tempat lain. Kalau tak memang aku menangis lah hilang handphone and purse. Tak tahu kenapa pagi tuh baru nak letak, tapi Alhamdulillah =). Tapi trauma tuh wajib lah kan? 3 hari aku bawak kereta. Dah tuh tak larat, sebab kaki lenguh. Jam kan kl. Memang tak lah aku nak bawak kereta suka2 pergi opis lagi dah.


Ha. Jom cerita pasal title aku. Entahlah weh. Aku rasa manusia lain suka layan aku macam aku bukan manusia. Maksud aku, manusia berperasaan lah.aku bukan tak cuba untuk jadi kawan yang baik, anak yang baik, adik yang baik, saudara Islam yang baik. Aku cuba!!! Tapi mungkin semuanya tak kena pada pandangan orang. Ada lah yang aku kurang di sana sini. Tapi tuh lah. Aku tak sure lah kenapa. Bila orang lain buat lawak kasar dengan aku, serius aku terima dengan hati yang terbuka, dan cuba untuk tak terasa. Tapi bila aku buat lawak kasar, dengan tujuan untuk balas balik, orang tak boleh terima. Apa? Kasar sangat ker? Dah tuh bile ko berlawak dengan aku tadi, aku relax je. Apa nih? Dah tuh Nampak aku je lah yang salah, tak reti jaga hati orang.


Kadang2, bila aku terasa, aku layankan sahaja permintaan orang tuh. Nampak tak betapa aku berusaha untuk jadi manusia yang baik? Tapi tuh lah, aku masih belum cukup bagus untuk jadi BAIK. Kadang2 aku mengalah je, padahal bukan salah aku pun. Em. Dah lah tak guna nak sedih pasal benda ni kan? Otak aku serabut sangat. Nak cerita kenapa otak aku serabut, tak boleh. Bukan tak boleh kenapa. Aku kena jaga perasaan orang tu. Kalau dia baca blog aku, dah tuh dia tahu dia punca otak serabut aku, tak ke nanti hilang lagi seorang kawan aku? Padahal, dia yang salah. Dia tak mintak maaf pun. Mungkin dia terlampau ego kan? Biarlah. Biar aku yang layan ego dia tuh.



Aku bongsu dalam family. Bukan setiap permintaan aku dapat. Tempat aku bermanja dengan abah je. Aku memang kasar dengan abah. Tapi bukan bermaksud aku nak kurang ajar dengan beliau. Beliau pon rilek je aku kasar2. And bukan aku nak buat abah risau dengan aku. Tidak! Mungkin y’all tak rasa lagi hilang parent. Susah sebenarnya. Lagi kalau mak yang tak ada. Dengan siapa nak peluk2 cium2? Takkan dengan abah pulak kan?Setiap apa yang jadi, aku bagitahu abah. Aku memang suke bercerita. Bila aku ada problem, aku mesti nak cerita, cerita kat kucing pun jadilah. Tapi sebab aku takut dengan kucing, memang tak lah aku nak cerita kan? Kalau aku rasa abah tak boleh nak tahu problem aku tuh, aku cari kawan aku. Siapa2 lah. Tapi kalau kawan aku sendiri yang buat aku sedih, takkan aku nak pergi cerita kat dia pulak kan?


Aku ada seorang kawan rapat yang berlainan jantina(dulu ada 2 orang). Aku mengaku, aku memang tak ramai kawan lelaki(yelah golongan tak hot langsung lah nih). Aku memang hargai kawan aku yang seorang tuh. sebab, dia boleh terima aku seadanya. Tak macam lelaki2 yang aku nak rapat, mesti aku terasa aura kebencian dorang bila aku bercakap dengan diorang. Fine. Tak nak kawan dengan aku sudah. Kawan rapat laki aku nih, aku bagi nama Khairul lah ek. Sebab aku suka lelaki nama khairul. Ehehe. ok. Dulu, aku ada kes dengan Khairul nih, sampai buat aku malas dah nak contact dia. Baru semalam terasa nak call dia sebab aku nak cerita pasal keserabutan aku. Tapi handphone dia off. Tapi pagi tu, terus dia call aku. And cakap “enas? Kenapa? Kau ok ker?”. Terharunya aku…padahal aku dah buat tahi kat dia, tapi dia still boleh terima aku. Terima kasih kawanku =) (menangis)


Khairul ajak aku jumpa hari nih, sebab nak cerita pasal problem aku, tapi time tak perfect langsung. So kami tak jadilah nak keluar. Yang buat aku rasa seronok dengan Khairul nih, aku boleh jadi diri aku sendiri bila dengan dia. Aku tak payah nak cover2, aku rasa nak lepaskan, aku lepas je. Bukan lepaskan kentut ok. Tapi bila dengan lelaki lain,ha memang aku tinggal lah Syafinas yang sebenar kat rumah. Ini bukan nya cerita cinta ek. Cinta tuh langsung tak wujud. Sebab dia nih ramai peminat juga. So malas nak beratur jadi peminat dia. Em. Panjang pulak cerita pasal dia.
Em. Ok lah. Aku tahu ada yang tak paham. Tak apalah at least y’all tahu aku tengah serabut sekarang. Thanks for reading kayh =) take care y’all.


p/s: sorry kalau tak paham. Aku pun kadang2 tak paham dengan diri sendiri. eheh

Sunday, October 17, 2010

peperiksaan dimansuhkan?

Bismillahhirrahmanirrahim.

Salam.

Em hi y’all. sihat? Lama tak jumpa kan? Ha tuh la dia. Biasalah karier baru nak start. Hahah. Padahal apa je kerja aku. Hari nih hari ahad. Shuhada, kawan sekolah rendah aku kahwin. Hari tuh kawan sekolah menengah. Kawan poli je tak kahwin lagi. Ada 2 3 orang kawan poli aku still single n available macam aku. Huhu. So macam lama lagi la kot nak dapat jemputan dari dorang. Huhu. Hari nih jugak ada bengkel tulis kat Sri Kembangan. Abah cakap pergilah, tapi wedding kawan aku tuh mcam mana? Aku macam suka jugak menulis. Sebab tuh entry ku kalau boleh nak panjang lagi. Selain menyanyi, aku rasa menulis pon dapat hilang kan duka, lara dan nestapa. Em, bengkel tulis tuh anjuran sorang blogger. Nama dia Fynn Jamal. Macam best kan? Tapi macam tak de rezeki je nak pergi.=(


Em. Ok jom bincangkan pasal title aku pulak. Peperiksaan PMR dimansuhkan pada 2016. yeker? Aku hanya dengar dari mulut orang. Nak lebih tepat korang boleh search di akhbar2 online. Kenapa aku tak buatkan? Aku malaslah. Hahah. Kenapa tak dimansuhkan dari dulu? Tak payah kitorang dulu kene ada perkampungan ilmu (dah tuh tak boleh pulang bermalam) , ceramah motivasi (nyanyi lagu I Did It My Way), pengetua sebut nama depan Legislatures (oh malunya!!!!) and paling tak tertanggung kene tengok kawan2 yang straigt A’s dalam dewan ambil hadiah sementara yang tak straight A’s duduk luar macam sampah. Aku tak straight A’s, ada 2 B = bodoh + bangang. Ha. Kenapa? Ada sumber2 yang mengatakan nak mansuhkan sebab tak nak budak2 sekarang stress and exam-oriented je. Dah tuh tak nak ada budak yang bunuh diri sebab result tak cantik. Hai… nape tak mansuh dari dulu? Aku pon stress gak dulu. Apa lah.


Kalau kitorang boleh tahan, kenapa budak2 sekarang tak tahan pulak? Eleh..manja gila. Biasalah result tak cantik tuh, habis tuh kalau korang nak rasa selesa sampai bila2 dah tuh makin berlemak lah budak2 sekarang. Sedangkan orang yang lagi tua dari aku sibuk cakap budak sekarang (means baya aku)Tak reti berdikari lah apa lah. Dah tuh orang2 tua nak cakap apa pulak kat budak2 zaman sekarang nih(lagi muda dari aku)? Haish. Takpelah. Ambil apa yang terbaik untuk korang lah kan? Bila lagi nak manja? Takkan tua kerepot baru nka manja kan?


Dah pmr tade tuh ha baguslah. Takdela dalam 5 tahun korang sekolah menengah ada 2 exam besar kan? At least boleh tumpu kat SPM yang lagi godang tuh kan? Tak delah ramai budak jadi macam aku. Sibuk sangat nak enjoy sekali result SPM seburuk2nya. Sampai sekarang tak dapat uni. Kalau result aku cantik aku tak de kat opis sekarang nih, sambil sibuk menaip untuk blog usangku. Maybe sekarang aku tengah sibuk dalam kuliah or tengah study di mana2. tapi tulah, maybe Allah nak tunjuk kat aku bukan senang nak senang. Susahnya biar aku yang rasa. Kan? Em. Biarlah.


Oh ye, sibuk cakap pasal opis nih. Aku decide untuk stay je sebab susah nk dapat kerja lain sekarang. Dengan nak kena compete lagi. Dah tuh nak belajar lagi. So stay adalah perkara terbaik aku kira. Walaupon gaji tak tinggi mana, tak apalah. Aku pon sekarang nih dok belajar cakap “tak apalah” sebab yelah. Kalau cakap camtuh senang sikit hati aku. So tak pelah 1000 kali. Huhu. Bos aku mintak kat HR up kan sikit gaji aku. 150 je plak tuh. Oklah dari tak de kan? Gaji makin lama makin tak cukup. Savings lagi, all the bills yang aku kene tanggung lagi, expenses aku lagi, wish list aku lagi? Ha? Gile ko.


Entah lah. Aku pulak tak pernah nak ambil iktibar. Dah tak ada duit bukan reti nek berjimat. Perangai lagi macam syaiton ada. Nak berbelanja je kerja. Nih broadband tak bayar lagi, takkan nak biar beratus dah tuh mintak pertolingan adik-beradik settlekan lagi? Tak mungkin dorang nak tolong dah. Cukup lah sekali kan? Huahuahua. Eh entry nih bukan nak mintak simpati ke hape ke tau. Saje je nak meluahkan rasa hati. Kan aku dah nyatakan tadi. Menyanyi dan menulis adalah perkara yang boleh menenangkan hati yang duka, lara dan nestapa. Cubalah cepat. Dah tuh bagitahu aku. Mana tahu kite punya persamaan? Kan =)


Oh ye, sebelum blah nih, aku nak beritahu. Aku bukan tak suka apa yang pihak sekolah dah buat untuk pastikan batch kitorang berjaya dalam PMR tuh. Nak tak nak bila fikir balik, semua tuh adalah kenangan manis bersama rakan-rakan yang kepam sesame dalam legislatures. Semuanya sama-sama. Tidur 3 orang sekatil. Makan makanan orang sesame. Stay up sampai 2.30 pagi semata-mata nak dengar lagu raya. Bergaduh, bermesra, gelak ketawa, mengumpat. Semuanya adalah kenangan manis. Paling best bila kene brainwash dekat surau oleh senior. Memang terbaik malam tuh. Lagi manis kitorang pernah cuba jalankan kempen 1Malaysia, eh bukan lah. Time tuh tak wujud lagi 1Malaysia. Kempen 1Legislatures aku rasa. Kitorang kene bersatu untuk teguhkan balik batch lepas macam2 tuduhan dan sindiran. Hu…rindunya kat Legislatures semua!!! Eh macam tak ada kene mengena dengan budi baik sekolah je. Haha.

Maaf kalau terpesong. Dulu kat sekolah rendah cikgu aku cakap “syafinas, karangan awak nih bagus, tapi selalu terpesong” hahahahah. Sampai sekarang terpesong cikgu. Eh riak ke statement aku tuh? Tak lah, sebab aku nak tunjukkan dari dulu aku suka menulis. Eh dah. Macam panjang lagi entry aku. Sumpah nak muntah orang baca. Ok take care y’all.


Salam =)



p/s: first time menepung tawar pengantin =)

Wednesday, September 15, 2010

Bila perigi cari timba sebab timba tak ada kaki so tak boleh datang kat perigi.




salam.


Bismillahhirrahmanirrahim.


Panjang kan title aku? Saje je, kalau boleh letak title 5muka surat aku letak je. Gila apa title 5 muka surat. Orang baru baca dah terkeluar air liur basi. Ok sila stop meraban. Aku dah kerja dah pada 5syawal. Huuu. Pilu rasanya, nasib baik 16hb cuti, hilang sikit rasa pilu tuh. Apahal nak pilu? Dah la tak de kampong. Aku kan suka kalau waktu raya nih. Aku suka pasal apa? Aku suka bila malam raya, aku tunggang terbalik tolong siapkan makanan and kemas rumah yang macam tongkang meletup. Sakit2 kaki aku sebab berdiri lama sangat. Sakit kaki juga sebab overweight, ok sumpah aku jujur gila. Aku sekarang macam nak turunkan sikit berat badan (tapi kat sebelah ada teh tarik). Last lah aku minum tuh, (sambil kunyah coklat maltesers). Ok, aku tahu y’all mesti sakit hati. Hahah. Soorrreey…

Tapi kan y’all. Aku rasa sedih sikit lah aidilfitri yang mulia tahun nih. Aku asyik kene marah jek. apa abang and kakak aku nih nampak aku macam budak bawah umur lagi ke hah? Nak marah2 aku pulak. Cukup baik aku buat kerja, kalau ikut hati muda gua nih, dah lama gua heret motor pergi lepak tepi tasik ulu yam (bajet macho). Tapi cukup lah y’all tahu aku kena marah walaupun umur dah 21. tak mau citer ah. Sedih (padahal sibuk kunyah kit kat pulak).

Weh pe cerita dengan title-ko-yang-kalau-tak-panjang-lagi-tak-boleh-tuh? Sebelum tuh y’all dah tengok pics? Ayu bukan? Yeah..i know..hahah. takdelah. Ada lah orang kat opis aku nih tegur kenapa aku suka pakai tudung colour hitam. Jawapan aku, suka hati aku lah. Dah tudung hitam jek masuk dengan muka aku, tudung hitam je tak nampak kotor walaupun kena sambal, tudung hitam jek tak payah iron sangat. Ha. Yang tukang tanya tuh y’all, pon suka pakai colour hitam. Berapi jek aku. Rasa nak bakar pulak tudung dia tuh. Ha, biarlah dia. Semuga dia bahagia di samping tudung hitam beliau.

Cerita balik pasal raya, kurang sikit lah orang2 yang datang raya rumah aku tahun nih. Makcik2 aku dah ramai yang sakit. Dah ramai yang tua,. Biasalah kan. Family aku ramai ada penyakit kencing manis. Dengan makanan dan minuman yang aku sebut di atas tuh pun boleh menyebabkan aku pon dapat penyakit yang sama. Nauzubillah. Aku tak mahu lah. Ok2, pasnih aku kurang kan sikit makan and minum benda2 manis gilak nih. Y’all pon sama kay. Nak tahu tak pak cik jamil aka abah aku, pon suka minum and makan benda manis. Tapi dia suka exercise sikit,tengok ayam lah. Kemas laman rumah yang memang sampai bila2 tak kan kemas tuh lah. So aku rasa dia tak de lah kot penyakit tuh. Kalau ada pon tergeliat urat sebab suka angkat benda berat. Degil betul. Dah tuh bila tengok orang sakit, sibuk buat ulasan orang tuh suka makan and minum benda2 manis tak sedar diri tuh dia pon sama. Berlagak tuh pak cik jamil tuh.

Oh, aku kutuk abah aku ek? Aku and abah aku memang kamcing la. Dia takkan kisah la aku kutuk dia. Heheh. Kan abah? Ha nampak kan dia angguk? Anak ku sazali dia panggil aku. Sebab dia kata perangai aku macam sazali. Ada ker? Tak lah (muka ayu). Ok stop lah kutuk abah aku. Y’all nak tahu tak lelaki kat selayang nih makin lama makin hensem? Huhu. Aku macam biasalah mestilah ada yang berkenan di hati. Heheh. Tapi hati aku jelah yang minat, dia langsung tak pandang aku pulak. Huhu ;(. Nama dia? Tak payahlah. Waktu kecik dulu, cute lah. Hensem jugak. Tapi bila dah besar nih. Muka dia macam tua sikit. And gemuk sikit. Umur dia 22. nih kalau dia baca, kompom dia tahu tuh dia. Masa 5 syawal tuh aku drive pergi opis. Balik rumah je, nampak kereta dia kat depan rumah dia. Heheh, tersenyum aku. Lama gila dia balik kampong. Sekali, ropenye dia datang beraya rumah aku. Owh…bukan nak bawak rombongan meminang sekali. Eh salah, aku yang suka dia bukan dia yang suka aku.

Aku pon macam wanita di alam kegedikan. Salam2 tapi tak lah salam dia. Dah tuh aku duduk luar, tak keruan duduk kat dalam rumah sendiri tiba2. ahah. Ok aku sangat gedik. Dah tuh dia balik. Kecewa kenapa dia tak tegur aku and mintak nombor aku sekali. Huhu. Tak pelah. Pasrah je aku nih. Dear awak,sila lah mintak number kite. Kite suka kat awak lah. (padahal aku kau je dulu). Ok tak kalau aku bagi surat kecil tulis cenih kat depan pintu rumah dia? y’all rasa apa respon dia? Hahah. Tak molah piker, kesian kat diri sendiri, sebab selalunya respon yang tidak memberangsangkan. Hahah (gelak sambil menangis). Dia tak de facebook, maybe ada. Tapi nama lain. Hang kasturi ke, encik pecinta alam ke. Mungkin lah nama2 macam tuh.

Macam panjang gila entry aku kali nih. Mesti yang tak berapa minat dah pergi carik blog lain untuk di telaah. Pada yang masih membaca terima kasih daun keladi =). Ok lah. Sebenarnya, aku kat opis nih. Bosan tak de kerja(kat tepi ada belambak kertas untuk disettlekan sebenarnya). Tuh lah gaji sikit. Hahah tak de kene mengena sebenarnya. Ok lah selamat berhari raya pada yang masih galak bercuti dan beraya. Ingatlah pada saya yang sudah bekerja nih. Mencari sesuap nasik yang akhirnya, aku disuap oleh abah juge. Huhu. Sebelum mengundurkan jari, nak jelaskan sikit lagi pasal lelaki tadi tuh. Dia jiran saya. Dulu dia hensem tapi sekarang tak sangat. Tapi adik dia yang bawah umur pulak hensem. Tapi saya dah tua, so suka abang pon dah memadai. Haha. Ok lah. Till then y’all. Salam. Tara =)

owh ye.pics di atas tuh la perigi yang sibuk cari timba sekarang.


p/s: bila saya nak ada kekasih hati nih?

Friday, September 3, 2010

nama penuh anda?

Bismillahhirrahmanirrahim.

Salam.


Apa masalah title entry kau nih? Heheh. Aku ada 3 nama. Y’all? (soalan bosan)well,aku nak cerita nih. Kat office ak sekarang nama finas akan mula menular dalam kalangan staf. Alahai…finas you! Aku bukan tak suka, nama sendiri kot. Tapi aku rasa lah kan enas lagi sebati dengan jiwa muda aku neh ha. Emm. Dulu kan aku benci gila nama syafinas. Aku berharap mak abah bagi nama aku Nurul ‘Ain je. Sebab dulu aku macam baik dan sopan *yeker?. Aku rasa dulu Syafinas tuh nama yang kasar. Sekarang? Heheh. Bukan itu lagi yang aku rasa.


Sekolah rendah kawan2 aku panggil aku PINAS. Awww…. Memang sampai sekarang la dorang panggil aku pinas. Kadang2 ada kawan sekolah rendah aku yang message tapi aku takde nombor beliau, aku dapat tahu jugak sebab dorang2 je panggil aku pinas. Tak geli ah. Orait jek (muka fake) Hahah. Kenapa aku tak start dengan tadika? Sebab aku rasa time tadika takde orang panggil nama aku kot.hahahah!


Sekolah menengah awal2 aku berangan nak orang panggil aku Sya. Erghh! Ada 3 nama pulak, tak kan nak sia2 kan? Kan? Tapi bila kawan aku panggil, aku tak pandang pulak. Tak biasa la kan? Tuhla gatal nak tukar nama. Huhu. So pinas kot masih bertahan menjadi juara. Tapi time aku form 1, kitorang kene decorate dorm. So kat katil pon adalah nama. Nama2 tuh ada senior kitorang yang buat. So nama aku menjadi E-NAS. Aku suka la pulak. Huhu. Tapi aku rasa dash(-) tuh menyemak je. Aku buang dan jadilah ENAS! Cam stylo giler kot. Stylo tak?huhu. aku suka, then aku terapkan kat kawan2 aku suruh dorang panggil aku enas. Enas tuh cenih tau sebutan dia EYYNAS. Bukan IINAS. Amacam stylo bukan?


Tapi aku sedar, bukan senang la bila nak suruh orang panggil ada ejaan E nih. Aku terima je bila masuk poli orang panggil aku inaz la, enaz la, inas la. Papela.sukahati janji tuh aku kan? Aku tak suka orang eja nama aku dengan Z kat belakang. Cam syafinaz or enaz. Tak stylo lowh. Tapi cam aku dah nyatakan tadi, aku tak kisah la.


Dalam tak kisah aku tuh, aku tak suka pulak la orang panggil aku nurul or ain. Nurul tuh pernah lah angah aku panggil dulu. Sekarang nih tak panggil dah.huhu. ok la kan? Ain tuh pon aku tak suka orang panggil. Too sweet for me la. Adalah orang pernah panggil aku ain, tapi aku dah pastikan orang tuh mati dah sebelum dia dapat panggil aku ain buat kali ke 2. Hahahahahah!!! (gelak setan).


Mesti korang menyampah kan baca entry aku? Tapi yelah nak buat macam mana. Korang dah terbaca sampai bawah pulak. Carry on jela… huhuh. Owh ye, bercakap tentang bekerja. Aku sekarang nih dalam dilemma sangat2, nak teruskan bekerja atau tidak. Bulan oktober nanti Insya Allah aku dah confirm. So bila nak resign kena bagi 1 bulan notis. Aku macam pening dengan diri sendiri. Nak ke tak nak? Ah, biarlah dulu. Nanti aku bagitahu keputusan aku okay? Owh ye, aku nak Tanya kat korang la. Korang rasa umur aku berapa ye? Muka aku nih Nampak tua gila ek?


Adoi. Aku adalah pekerja paling muda kat floor aku tuh. so ada ke patut budak 23 tahun panggil aku kakak? Oh no!!! am I look that old to you? Sumpah awal2 aku nak tunjuk IC aku kat dia. Tapi aku tahan. Susah la. Sekarang nih aku sedang pujuk diri dan adapt dengan persekitaran yang mula panggil aku kakak. (walaupon obviously yang panggil aku kakak tuh lagi tua dari aku). Heh apa-apa lah.suka hati kau lah. Jangan panggil aku datin sudah *tiba-tiba.

Ok lah, sebelum mengundurkan diri, saya NURUL ‘ AIN SYAFINAS JAMIL ingin memohon ampun dan maaf kepada readers kalau ada entry saya mengganggu dan mengguris perasaan anda semua. Ampun maaf dipinta. Selamat hari raya Aidilfitri. =)



p/s: awal gila wish,takut tak sempat nak post new entry lah.

Tuesday, August 17, 2010

kesian kat engkau

Bismillahhirrahmanirrahim.

Salam.


Korang nak tahu tak sebenarnya berapa banyak entry aku dah buat untuk letak kat blog usang aku nih? Tapi aku rasa semuanya belum capai tahap bila aku tengok “tragedi oktober” kat facebook. Eh come on lah weh. Think wisely lah, no need nak canang cerita sampai semua orang duduk bergenang air mata untuk cerita sedih konon ko tuh. itu lah manusia… bila ada yang sayang, rasa hensem, rasa cantik sangat sampai tak reti nak appreciate apa yang orang yang sayang awak tuh buat untuk awak. Please la stop la! Aku menyampah pulak. Nak remove dari friend list aku tak boleh pulak, takot aku tak tahu cerita selanjutnya (gila mak kepoh kot).


Macam entry aku sebelum nih la. Appreciate la apa yang kita ada, kalau dah takde macam Hamba Allah seorang tuh, sibuk lah canang kat satu dunia. Post banyak2 status yang boleh tarik simpati orang kat kau, buat banyak2 weh. Amalkan lah selalu. Biar sampai orang rasa muak dengan cerita-kasih-terputus-di-tengah-jalan kau tuh. diam sudah! Carik yang lain. Kau bukan huduh sangat pon. Boleh la. Move on! Kau buat macam tuh seriously macam bangang. Stop! Stop! Stop!


Owh aku mintak maap kalau y’all yang baca entry nih macam bengang dengan aku. Maaf sangat. Aku tak boleh nak post kat facebook apa yang aku rasa. Sebab aku tak boleh online selalu, takot nanti status aku dimanipulasi semahu-mahunya oleh insan yang tak berkenaan. Maaf.


Tiba bulan ramadhan kan? Keinginan berbuka bersama rakan-rakan meluap2 tahap gaban dah. Nak berkongsi cerita, nak gelak macam syaitan sebab nurul ain syafinas di office tak mampu bergelak ketawa kerana tiada rakan-rakan yang sekapla. Kadang-kadang senyum pon terasa sakit bibir. Ampun maaf di pinta sempena bulan mulia ini. Oh ye. Aku nak kongsi satu ayat dengan y’all. Renungkan dan fikirkan =)

IN ORDER TO GROW BIG, WE MUST THINK BIG. –Tun Dr. M-



p/s: aku macam tak mahu lama di company tuh, tapi apakan daya aku?

Friday, July 16, 2010

harapan tanpa suara

Bismillah.

Salam readers. Sihat semuanya? Em Alhamdulillah aku dah 2 minggu kerja, so far ok la..huhu. yela..awal2 kan banyak lagi kena belajar. Starting from next week, I have to do my work on my own. Alamak, cuak seyh. Yela..selama nih bos aku duduk kat tepi and check betul ke tidak. Susah jugak la sebab melibatkan nombor and matematik. Aku mengaku aku memang lembeb dalam hal2 tuh. Ok2, jum terjun ke title tuh. Y’all tahu kan pasal kes2 buang bayi sebelum nih? Aku tak tahu la kalau kes nih dah surut ke tidak, aku tiba2 rasa terpanggil untuk buat entry kan pasal nih. Nih untuk kita renungkan sama2 la. Ok?


Sebelum aku solat maghrib tadi, aku terbuka la channel yang ada lagu harapan tanpa suara yang banyak gila artis such as anuar zain (my fav!), erra, amylea, siti, adibah nor and banyak la. Ok la aku suka jugak dengar lagu tuh, dah tuh tiba2 dia tunjuk pics baby yang kene buang. Ya Allah, sedihnya tengok baby2 tuh. Ada satu pic buat aku sedih giler sampai termenangis,ada satu baby tuh dia mati dalam keadaan mengiring. Terbayang macam mana la muka dia. Baby, mestilah cute kan? Macam mana keadaan dia before dia meninggal. Macam mana mak ayah dia sanggup buang dia kat situ. Macam2 kan terpikir.


Aku nih bukan la suka budak2 sangat, tapi sampai nak buat gitu tak sanggup kot. Kesian sangat. Mana la tahu yang di buang tuh bakal jadi kebanggan negara ke, bakal jadi pemimpin yang paling hebat ke, bakal mufti yang luas pengetahuan dan pengalaman ke. Kan? Kan? Kan? Dah la Malaysia memang sangat2 perlukan rakyat gitu. Sebelum buat sesuatu, pikir dulu dalam2. Bagus ke tindakan kita tuh, ok?


Lagi satu aku nak membebel. Macam mana boleh sampai ada baby dalam perut tu sayang? Lelaki kan kalau gajah pakai skirt pon dorang tak tolak, so kita yang memang boleh pakai skirt nih jagalah diri elok2 kay? Ok2, aku tahu aku takde boyfriend yet and maybe aku tak paham apa yang orang bercinta rasa. Tapi, kita kena pikir pasal agama kita. Boleh ker pegang2 or ringan2 sebelum kahwin? Aku tahu juga jangan cakap camtuh, nanti engkau yang kena. Ok, sama2 la kita doa supaya diri kita sentiasa dilindungi Allah and dijauhkan dari maksiat. Amin…


Bagi aku bila someone sayang kita, dia kena jaga kita dari setiap sudut. Ok,setiap sudut tuh bukan dari segi kita dah makan ke, dah mandi ke, dah berak ke, dah tido ke. Bagi aku kalau betul sorang lelaki tuh sayangkan aku, dia takkan pegang aku. Sebab apa? Dia jaga aku dari dapat dosa. Dia jaga aku dari dapat fitnah. Dia jaga aku supaya bila dah halal nanti lebih manis. Wah. Memang macam baik gila babas kan aku? Tak, aku tak baik. Tapi dari segi couple2 nih memang aku jaga. Sebab kalau aku dah bagi lelaki tuh pegang tangan aku and then jodoh kitorang tak panjang, tak ke membazir tuh? Ingat air dan elektrik je ada pembaziran? Dalam hal ini pon ada pembaziran. So jaga diri ok kepada wanita2 yang menbaca entry aku nih, and you too man! Behave yourself! Ok?


Kalau satu hari nanti, Nampak aku pegang tangan dengan mana2 lelaki, remind me of this entry then. Please. Till then everyone! Salam.

p/s : readers I really mean it tau yang last tuh.

Saturday, July 3, 2010

Tudung, selendang, hijab, jilbab = pelindung aurat wanita.

Bismillah.

salam.

Hye readers! (Cam bagus je) Uhuh. Sihat? Emm. Asyik merapu je kan entry kite? Apa kata kalau kita pikir sejenak. Sekarang nih heboh kan pasal sanggul tinggi wanita bertudung tuh? Actually, aku memang suka tengok perempuan pakai selendang beserta sanggul tinggi. Betul… Nampak kemas dan cantik. Tapi, aku tak pernah buat. Yela…aku kalau botak pon still tak kemas.huhu. em. So apa pendapat u all? Siap ada hadis tau pasal sanggul tinggi nih. Tang tuh jugak aku yakin dan tak mau buat tinggi2 rambut.


Tiba2, keluar pulak kat paper ada ustazah yang menyatakan takpe kalau sanggul tinggi asalkan menutup aurat. Pulak? And aku terbaca lagi artikel pasal keinsafan yang cerita ada seorang mamat nih masuk masjid pakai baju hitam masa hari jumaat and gertak orang yang ada dalam masjid. Siapa yang nak mati, stay dalam masjid tuh. Lebih kurang la kan dia cakap. Then tahu kan apa jadi? Sikit je yang tinggal then dia kata, ini je ke orang beriman? Dush dush! pheww.. takot seyh. Kat bawah tuh dia ada cam bagi tazkirah kata “apakah kita sudah dikatakan cukup beriman jika kita lebih percayakan surat khabar dari hadis atau dalil?”(lebih kurang la ayat dia) dush lagi! Haaa… sape nak jawab? Takot nok!


Pemakaian tudung bagi aku adalah satu yang tidak boleh dipaksa. Jangan di push. Suka hati korang je. Kang dia pakai bukan kerana Allah, tapi sebab tak tahan dengan mulut korang yang macam jamban tak flush tuh. Bukan bermaksud aku suka orang tak tutup aurat. Let’s serabutkan otak togetherla dengan aku punya persoalan :


1. Kalau orang pakai tudung tapi still mengumpat, Salah ke beliau?

2. Kalau orang pakai tudung tapi tak menutup dada dan berpakaian sendat, besar
tak salah beliau?

3. Kalau orang pakai tudung tapi buat maksiat dengan laki bukan muhrim, Salah ke
betul tindakan beliau?

4. Kalau beliau tak bertudung, sibuk suruh dan kutuk wanita bertudung? Bagus ke
tidak beliau tuh?

5. Kalau beliau bertudung tapi sibuk mencerca dan memaki hamun wanita tak
bertudung. Apakah hebat tindakan beliau itu?



Ha..hebat tak? Kenapa aku tak boleh dapat persoalan macam ni masa buat final projek dulu?(menyesal). Soalan nombor 5 tuh aku macam takot dowh. Jangan cakap pasal orang. Contoh : “hek eleh, pakai tudung tapi kadang-kadang free hair jugak”. Never ever say like that! Nanti kena balik kat kita. Contoh paling best la. Kawan aku punya kawan. So cam bukan kawan aku la kan. Adalah 1 time tuh dia cakap camtuh kat kawan dia. Then, tiba2 dia rasa dia lebih cantik dan menarik bila free hair, so dia pun memfreekan hair dia! Ha… adakah tindakan perempuan itu semurni alam? Mengutuk orang, dah tuh tertepek tahi sendiri di muka (ey apadah peribahasa). Jangan kutuk dowh. Jangan! Ko nak kutuk mulut dia busuk takpe, tapi nak kutuk tudung tak tudung nih janganlah. Nauzubillah.


Nombor 4 tuh mesti ada yang ingat aku salah taip kan? Takla weh. Wujudlah manusia yang tak pakai tudung tapi beriye suruh orang lain pakai tudung. Gilak kau! Dah tuh sibuk nih carik cacat cela wanita bertudung tuh. Huiyo! Suci dan murni seyh perangai. Rilek la, jangan emo. Sabar kay. Tak yah kutuk la seperti yang di sarankan oleh aku tadi. Well korang. Mesti lepas korang baca entry nih, korang pergi carik picture aku kan? Sambil cari gambar hati korang tertanya2 “ syafinas! Dah berubah? Adakah beliau sudah berjubah dan berpurdah?” belum! Sabarla. Insya Allah, aku usahakan. Maksud aku, pakai baju muslimah yang betul2 menutup auratla kan. Hey. Jeans sendat aku ada lagi la. Huhu. (ok2, aku tak sarankan pakai baju dan jeans ketat ye). Plus aku pon ada gak tersenarai dalam perempuan seperti soalan 1 & 2. Fikir tau korang, ingat pesan aunty k readers. Tom-tom bak! *apahal nih?!


Ok2 sebelum aku pergi iron baju. Aku nak share good news with all of u. 1st, aku dah dapat kerja! Okla kan kat TA jugak. Clerk je. Alah janji adalah kan? Khamis 1 july start. 2nd is aku dah lulus JPJ!!!! Huurrraaayyy!!!! Sape nak ikut mak pergi kerja naik kereta? Ha? Tak boleh! Sebab mak pergi kerja naik motor je. Aha~. Esh gedik jek. Ok la readers, selamat menjalankan hidup anda dengan ceria! =)


p/s: opsss, ada lagi 1 soalan, kalau perempuan pakai tudung tapi smoking macam mana? Cool ke beliau? “COOL” kan? (nak smoke kat rumah sudah wehhhhhh).

Friday, June 18, 2010

merawat luka di hati

Bismillah.

salam.


Eeissshh geli jek kan title. Owhh..sekarang aku tengah tengok ulangan Akademi
Fantasia 8. Maulana!!!!! Rasa cam nak peluk jek kalau jumpa. Uhuhu. Owh tidak. Saya bukan ahli KAFAN ( kumpulan/kelab anti Akademi Fantasia) kat facebook tuh. Saya sangat suka menyanyi, nak dengar?ahahah. yela. Tak nak sudah. Korang tak rase ker dengan menyanyi kita akan hilang rasa duka, lara, kecewa dan apa2 la kan. Rasa macam therapy juga la. Ha gitu. Kembali pada title. Mengapa saya rasa luka? Owhhh… Ya Allah, kuatkan hatiku. Korang nak tahu yang mana dulu? Good news? Bad news? Kalau aku, aku suker sangat nak tahu bad news dulu. So nanti bila tahu yang good news, macam hilang la bad news tadi. Ada yang setuju???


Ok the bad news is aku still tak dapat tawaran ke IPTA!!! Huargh!!! Owh IPTA, apa yang kau mahukan? Dulu after SPM, aku tak dapat aku paham la. Au pon tak sanggop nak tengok result sendiri. Tapi sekarang setelah saya dah lebam2 mata study, pon masih tak dapat? Taktaula kan? Malas aku nak buat rayuan. Untuk apa? Untuk aku postkan title MERAWAT LUKA DI HATI 2? Owh tak payah. Saya tak mahu ambil risiko(risiko apa?). jangan sampai saya tukar negara ek IPTA, heheh mesti kerajaan approve je. sebab buat pe la Malaysia nak simpan rakyat yang tak pernah menyumbang apa2 cam aku nih. Tapi jangan ambil enteng dengan saya IPTA. Tolongla. Kami warga Politeknik pon nak sambung pelajaran. Kata nak rakyat berminda ke hadapan. Aku akan apply tok akan datang nanti. Tolong luluskan permohonan saya wahai IPTA.


Aku actually baru baca Berita Harian, pelik sikit la hari ni sebab abah aku beli paper kan. Beliau ‘sura’ rumah tangga sepenuh masa, so tak de masalah tengok berita kat Awani 24/7. Ini adalah kerana bapak aku nye muka ada terselit sikit dalam Berita Harian.hahahah, dengan group Marhaban dia.hahah. Berita Harian ada tulis banyak juga applicant yang tak di terima disebabkan keghairahan pelajar untuk memohon kemasukan ke IPTA lagi2 kawasan Lembah Klang. Budak2 medic yang dapat 3.8 or 3.9 pon banyak tak dapat sebab budak 4.0 lagi banyak memohon. Huish. Korang otak apa nih? Bapak excellent. Yela IPTAAAAAA….


Good news! Good news! Hoyeh!!!! Kesat air mata korang, dahhh…jangan sedih sangat dengan bad news aku tuh. Sabar kay (nape aku yang pujuk nih?). Alhamdulillah, rasanya kawan2 aku dah ramai yang tahu. First time la aku menangis tengok result. Luar dari jangkaan aku. Alhamdulillah =). Bagitau kat abah aku dia cam blur. Setiap sem kena terangkan tau.huhu takpe, tak kisah pon sebab result saya cantik. Anugerah Pingat Ketua Jabatan seyh. Alhamdulillah~ . tak sangka akan dapat pointer cam tuh. Result tuh adalah yang paling tinggi selepas result sem 1 aku. Lagila tak sangka, sem 6 kan macam pening sikit. Sem tula pulak aku nye pointer naik. Alhamdulillah. Group lintah aku pon semua AKJ, huhu tak congratulate dorang lagi pon. Dear Valour members, congrats kay!!!tak sangka projek lintah kita pon dapat A!!! congrats y’all!!!


Sebelum battery laptop aku bagi warning, aku nak cerita sikit lagi nih. Tadi ada company dah panggil aku interview. Wish me luck kay. Harap sangat aku dapat. Nanti I update pe jadi kay.

Till then. Salam.

Friday, June 4, 2010

gorgeous,beautiful,sexayyyy






Salam

Emm..bosan kan sementara menunggu result neh. So, aku carik satu topic untuk aku fight sorang2 dalam blog usangku. Pernah dengar tak orang barat yang kulit putih melepak tuh suka kulit cam orang asia? Maksudnya tak berapa nak cerah dan ada yang lagi berat kesnya iaitu terus ekzos terbakar? Ha…. Aku tak risau orang nak marah, sebab aku pon antaranya la weh. Rilex la… meh kita tenangkan diri kita dengan membaca karangan aku ni. Antara kawan-kawan aku, aku rasa aku la paling banyak kena bahan sebab aku ni wayyyyyy darker than them. Walaupon aku rasa aku bukanlah yang paling gelap, dan lagi best yang gelap pon bahan aku jugak sebab dia tak kena bahan. Yeslah weh. Takpe…kau happy kan? Aku memang lahir untuk happy kan ko pon. No worries ok.


Sebelum meneruskan pembacaan anda, sila pastikan anda menggunakan perkataan GELAP yea, bukan HITAM. Kau ingat aku arang? Tampar kang, terus takde colour. Ha, ok teruskan. Dulu, aku nak sangat jadikan kulit ekzosku ini cerah seperti salju (erk). Macam-macam produk yang saya gunakan, tapi masih begini *sigh. Aku ingat lagi dulu, time form 1 and form 2. Habis duit Haji Jamil nak beli pencerah kulit aku ni ha. Dulu aku pakai P@#*S. Tak boleh nak state, takot pulak. Nak tahu apa kesan dia? Sama je la…takde nye kulit aku jadi cam snow white. Ok2 over la kan jadi cam snow white, tapi betul la macam takde pape sebab aku pakai sekerap yang mungkin ek. Tak pernah miss. Buit habis duit je…uh.menyesal!


Kini, aku tampil dengan azam yang baru (okla kan walaupun imej tetap sama). Aku ingin kulitku kekal begini. Manalah tahu, orang putih nak kat aku, yela…aku sampai sekarang kot takde siapa2 lagi. Cesh! Ok2, lari tajuk. Korang kenal tak Tyra Banks? Nicole Scherzinger? Rani Mukherjee? Tak kenal? Ok la..artis Malaysia la, Dayang Nurfaizah? Ha…kenal kan? Untuk pengetahuan semua, mereka nih semua tak la cerah mana tapi still gojes gitu! Ha..sebab mereka nihla aku berpikiran sebegitu. Eleh.tempek make up sikit then aku pon sebaris la dengan mereka.hahaha, syafinas sedang buat lawak. Sila gelak! Berani korang gelak?! Takdela sebaris, at least…takdela ekjos sangat muka aku kan? Ha betul tak? Cakap betul….. korang dah tengok pon pics mereka kan? Cantik kan? Aku berazam nak kurus je sekarang. Tapi taktaulah boleh ke tak, sebab eheh…eheh..eheh lagi..(tak mahu cakap).


Duduk kat umah nih, walaupun tak de makanan kan. Aku still rasa ada makanan kat mana2 tempat tau. Macam haritu, abah aku pegi holiday tuh, aku rasa aku full jek all the time. Huhu. Rasa cam tengah tengok tv tuh, kat bawah meja ada twisties (tiba-tiba). Ha…cane nak kurus tuh? Nantilah…aku try la kuruskan juga badan aku neh ha. Macam suke jek badan aku sekarang, ok TAK! Tuh alasan semata. Aku try yea…manalah tahu kan jadi macam Rani Mukherjee ke Dayang Nurfaizah ker. Takleh mention Tyra Banks, nanti korang tak leh tido malam pulak bayang aku jadi supermodel. Ahaks!


Sebelum aku habiskan menaip neh, ingatlah. Bersyukur dengan apa yang ada, no need lah jadi some one else. Sebab kalau kau jadi orang lain, siapa nak jadi kau? Ha. See my point there? Aku bukan nak jadi macam nama-nama yang aku sebut tuh, they’re just my idols. Uhu. Alasan berjuta~. Ok la. Till then guys. salam

Tuesday, June 1, 2010

Tamat and getting older?

Bismillahhirrahmanirrahim.

Salam y'all.

Yea…saya sudah pon tamat menghabiskan pembelajaran di politeknik shah alam. Pheww.. penat sungguh selama 3 tahun di sana. Pelbagai pengalaman dan pelajaran saya perolehi. Pengalaman pahit manis menjadi seorang pelajar,seorang rakan, seorang ketua (ceh nak mention jugak nih). Penat, dan aku tak tahu kalau aku boleh ambil pengalaman tuh untuk membuatkan aku menjadi lebih cerdik. Pelajaran? Kelas yang bermula pada pukul 8 setiap hari. Aku terpaksa bangun dengan lebih awal sebab kelas tonggang terbalik yet aku kan tak cukup tidur dari baby lagi sebab tu aku payah nak bangun pagi =P. hu. Penat kan? Siapa kata pelajar politeknik mudah je hidup mereka? Nope baby nope.


Sewaktu study week, ramai dah cakap tak sabar betul nak habis diploma nih (gaya berlagak). Tapi bila habis je paper law. Semua menangis tak keruan bila sedar akan adanya perpisahan. Ada yang tak nangis, eleh bajet cool la tuh. Tah2 nangis dalam toilet.huhu. takdela…korang cool =). Apa2 pon pleasela contact each other k. jangan biar frenship kita setakat kontrak 3tahun je. Ok? Take care yea kawan2.


Aku sekarang berada kat atas katil dengan keadaan belum mandi pada pukul 8.06p.m. eleh rilek la. Pedehal mandi lambat? Kan? Macam2 aku nak luahkan kat blog usang aku ni, tapi semuanya tak interesting. Aku baca pon nak muntah. Tapi sumpah aku nak share something dengan korang walaupon takde bende nak share. Emmm. Haa.. tau kan 11 orang rakyat Malaysia yang jadi sukarelawan hantar bantuan kat Gaza masih tak tahu condition diorang kan? Tahu kan? Aku pon tengah piker kat mana diorang, tapi believe me. Setakat nak pikir cam aku, tak payah la. Tak berkembang pon otak tuh. Kita doakan mereka ok? Semoga mereka selamat dan mendapat perlindungan. Amin….


Ok. Soalan yang menghujani diriku kini ialah “ko nak buat apa lepas nih?”. Yeah…..apakah jawapan saya? Semestinya, saya nak jaga ayam2 abah saya dan ingin mengembangkannya menjadi 1 perniagaan yang besar. TIPU! Heheh, nak dekat dengan ayam pon aku takut. Ayam abah aku tuh macam ayam hutan la. Ganas. Tak mahu aku. Aku dengan coolnyer akan menjawab seperti ini, saya tengah tunggu uni’s result. Kalau dapat, saya pergi. Kalau tak dapat saya menangis dan carik kerja dulu. Ha..korang buat apa pulak? Sementara tuh jugak, aku nak pegi settlekan hal aku dengan jpj tuh. Malas tol, suker sangat kat aku sampai tak nak luluskan aku. Hesh. Susah ada peminat macam tuh kan? ( ok kalau nak muntah, silakan =P)

Ok la, nak mandi dulu. Sape nak etot? Hu,tipu jek. Buat readers, thanx a bunch baca blog i. take care~


p/s: ini jela aku rase interesting. Ok la kan dari takde.kan?kan?kan? =)

Saturday, May 8, 2010

Happy Mother's Day Mak

Bismillahhirrahmanirrahim.

Sempena hari ibu or mother’s day neh, aku pon nak wish la dekat ibu2 di dunia neh.HAPPY MOTHER’S DAY!!! My sis said, everyday is mother’s day..yeah sis u’re ryt! So this is for my mak. Masnawiyah Ali.

Selama mak hidup, aku terlampau kecil and terlampau mentah untuk paham keadaan dunia neh. Hidup neh macam indah jek. Yela..umur 13 kot time tuh. Balik sekolah mak basuhkan baju, raya mak yang sibuk mengemas sementara aku sibuk tengok cerita2 menarik kat tv, pagi2 dah ada breakfast, ada problem cerita kat dia padahal problem taklah segampak mana, apa lagi? Ahh.. banyak la…tak mo cerita banyak, tisu takde kat tepi neh. Masa mak sakit, ye…aku risau. Tapi aku tak pikir pon mak sakit teruk and terus tinggalkan kitorang. Tapi yang aku sangat terkilan, aku tak jaga mak pon masa mak sakit. Aku kat semashur time tuh, and aku…entahla…aku rasa aku terlampau mentah dan bodoh time tuh.

Hmm…faham tak perasaan tuh? Hari jumaat haritu masa nak balik selayang sebab birthday abah, aku jalan2 jap and berhenti kat floor yang mak2 confirm suke. Pinggan mangkuk arcopal la, pyrex la n more yang buat mak2 cam alahai nak yang tuh, nak yang neh. Yeah…mak aku pon antara peminat pinggan mangkuk neh. Owh…perasaan sungguh sayu sekali. Kalau aku ada duit and mak ada lagi. Serius! Aku belikan apa jek yang mak nak. Tapi dua-dua aku takde. Perasaan aku? Sangat sedih :(.kita boleh riang ria kat luar, but deep inside. U will never noe. Its all pain I tell u.

Sekarang Pak Jamil jaga anak dia neh. Kesian juga kat abah aku, makan minum aku dia yang jaga, padahal aku yang patut jaga makan minum dia. Tapi, sangat terasa mak takde. Siapa nak dengar aku luahkan masalah? Luahkan kat abah, tak sama dengan mak. Ye..abah ialah abah yang terbaik dalam dunia, tapi takkan aku nak cerita part2 perempuan dengan abah? Kan? Ok aku tulis entry neh tok ingatkan pada yang ada mak and abah lagi, SILA HARGAI DAN SAYANGI MEREKA. Jangan jadi macam aku, sekarang nak menyesal. Tak de gunenye lagi dah….. cakap korang sayang dorang selagi masih sempat. JANGAN JADI MACAM AKU!!!

Okla, aku harap adalah iktibar dalam entry nih. Dah cukup banyak aku merepek dalam entry lepas. Ingat pesan aku k. oh ye lagi satu, kawan2 aku suke cakap aku tak cukup kasih sayang, mungkin la kot kawan2. Mungkin sebab aku takde mak. Sebab tuh aku kelihatan sangat tak cukup kasih sayang. Aku belajar jadi kuat start dari mak takde. Life must go on ey. Allah takkan bagi dugaan pada hamba-Nya yang lemah kan? Love u so much mak.

Till then.salam


p/s: readers, neh bukan nak mintak simpati and kesian. Sungguh. Kalau ada perasaan tuh dalam hati, sedekahkan mak dan muslimin muslimat yang dah meninggal dunia Al-Fatihah ok. Al-Fatihah.

Thursday, April 29, 2010

will not be alone!

Bismillahhirrahmanirrahim.

Specially dedicated to my friends that still willing be on by my side. I will always cherish y’all guys. Thanx 4 all support that u guys gave to me :)

Frens dearie.

Ingat lagi tak malam sebelum kuiz back up law, kita berkumpul ramai-ramai buat bulatan macam ada mesyuarat tergempar tapi sekadar nak hilangkan stress kejap? Ingat tak bile nurul tumbuk aku, then aku cakap aku nak tulis kat blog then korang boo aku?
Sebenarnya ini lah apa yang aku nak post kat blog untuk korang.

Aku terharu sangat bila dalam saat genting and sesakkan nafas ni, korang still kawan dengan aku. Bila aku kelihatan sangat bersalah, sangat berdosa dan dalam keadaan yang sangat tak mengenang budi. But u guys still here with me. Thnx a a lot :)

Sorry kalau aku ada banyak sakitkan hati korang. Kadang-kadang tak sengaja, kadang –kadang sengaja.hu. aku sedang berusaha untuk jadi kawan and manusia yang baik. Sorry k. pada yang selalu tengok air mata aku meleleh sekarang ni, sebenarnya itulah aku. Suke menangis T_T.

Frens.

Aku bukan manusia dan kawan yang baik. Tapi tolong paham, apa yang jadi sekarang ni bukan kehendak aku dan bukan tu kemahuan aku. Sebelah sana mungkin betul, tapi sebelah sini confirm tak betul ker? Jangan cepat menilai and melatah. Pada yang tak tahu keadaan sebenar, please buzz off. Buat spekulasi memang seronok, tapi bila kene kat kita sendiri dapat rasa ‘seronok’ dia kan?

Last but not least, luv u guys!
salam.


p/s: entry nih bukan nak tambah kecoh pada keadaan yang ada ni.well aku pon nak cakap jugak. Pada sape yang rase aku nak mintak simpati. U r sooo wrong! And pegi mam k.

Thursday, April 15, 2010

Rejection is a good teacher

Aku pernah dengar orang2 tua and isteri2 berjaya pernah cakap “kita nih, kalau nak ambil hati suami, kena la pandai jaga perutnya yakni makan dan minum nya”. That means, awak kena pandai masak and itu yang boleh ikat kuat suami awak tuh. (owh aku pulak yang kedengaran seperti makcik2).

Well yeah,betolla kot. Aku setuju jugak. Tapi aku tak tahu kenapa tiba2 tersuntik satu ayat dalam otak aku neh ha. Yang mana lelaki2 dan suami2 akan menyatakan “sementara bini aku cipta resipi yang menyelerakan, ada baiknya aku carik perempuan lain untuk isi masa lapang” (dengan ekspresi wajah syaitan). Ok, crap isn’t it? I noe… tapi tak rase ke benda yang aku rase? Kenapa bila isteri dah lakukan yang terbaik, si suami tak mampu nak appreciate walau secebis? Ok kedengaran sangat emo di sini. ( ok abah n my late mum tak cenih, Alhamdulillah )

Ok2 untuk menyejukkan balik keadaan, bukan perempuan or isteri2 jek yang rase benda tuh, sumtimes it happens to men too.kan? pernah kan bila rase dah korban everything and keep on praying that sumtin good will be in return tapi sebaliknya yang jadi kan? Yaeh! That’s we call life man! Tapi apa2 pon bukannya nak suruh jadi macam lagu rossa tuh, Hey Ladies. Bila lelaki curang, perempuan pon boleh buat benda yang sama. Cuba la kita jadikan pengalaman tuh sebagai pengajaran untuk tak lakukan kesilapan pada masa hadapan? Wah, kenapa dengan aku neh? Aku sebenarnya, sangat menghargai cinta. Cinta pada Allah, Rasul, Ibu Bapa and masyarakat. Wow. Since aku tak pernah couple, aku sangat2 mengharapkan and berdoa that 1 day, there’s one man yang boleh sayang and accept the way I am. Amin…

Ok habis cerita pasal relationship –marriage thing neh. Ok, aku sedar aku bukan kawan yang baik. but still u noe, I am trying damn hard to be the 1. Pfft.

….end of story….


p/s : ok, sakit hati tak ending dia? As I said earlier in my wall. It’s too open to be revealed. Sorry for the emo entry.cam takde kene mengene title dengan body an?

Tuesday, April 13, 2010

panggil perempuan, perempuan!




salam y'all. well sekarang nih i tengah dengar nisa and nurul bergaduh atas tilam, sebab kedua-duanya emmm..gem..erm, tak pela.eheh. sambil mendengar kekecohan yang berada di tepi aku neh, aku tengah tengok tv (eleh macamlah orang kisah kau tengah buat apa syafinas). aku macam rasa nak luahkan sesuatu di sini apabila menonton cerita di tv neh. uh ayat...

Perempuan. ok, semua orang di dunia ini patut cherish insan yang bergelar perempuan ataupun wanita. kenapa? Sebab semua insan ada kepentingan di alam fana ini. :) kedengaran sangat emo kan? Aku tak suka bila ada mulut-mulut busuk yang panggil perempuan as betina. Sangat tak suka, walaupun that girl is bad or wuteva u wanna call her. Tak perlu panggil kami neh betina okay? Pfft.

Okla habis di situ, aku terasa sangat emo di situ. Sudah la tuh. Ha.. kalau anda menjenguk blog saya, anda akan mendapati terdapatnya chat box di situ. Yea. Terdapat sedikit kemajuan di blog usang saya. Hasil dari saya menghambat dayang badariah untuk ajar saya untuk tambah gajet di blog. Terima kasih dayang! Neh aku tengah nak upgrade lagi, so nantikan ok? (sumpah terase cam selebriti)

Sebelum meminta diri, aku nak bagitau la jugak kan keputusan debate aku ri tu. Keputusannya….. usul ditolak, so that means aku kalah! Yeay! Happy jek an? Yela..aku bukan wakil Malaysia pon. Dengar cerita ada budak-budak perempuan yang tak puas hati dengan kitorang debate haritu. Senang jek korang, korang ganti la kitorang as debator untuk record nanti k. bising jek. Huh!(emo lagi). tambah wrinkle mak, nyah!

Ok pic tersebut sebagai penghilang rindu untuk y’all :)

Thursday, March 25, 2010

Ya! Saya memang suke sibuk!

Salam. Title tuh bukan bermaksud aku busy body k, maksud title tersebut saya suke busy. Walaupon kadang-kadang suka gak busy body.tanya itu ini kat orang and errr.. Ok drop it syafinas. Well as everybody knows this, aku sekarang dalam final semester aku kat poli tuh. So aku nak rasa enjoy la sikit for this semester.

Aku awal-awal semester lagi dah mintak borang untuk join KPP ( Kelab Pengajian Perniagaan), yang selama nih orang buang-buang kertas tuh disebabkan tak mahu commit. Yela... bila lagi nak rasa kan? At least banyak la kenangan manis aku kat shah alam neh. Heheh. Si nisa and jaja pon join gak, so kitorang 3 sekang dah join KPP tuh, and bulan April nih ada BUSINESS WEEK, so kami terlibat untuk set up booth Insurans. Owh... mencabar ye, sebab presiden mintak untuk kami carik 1 insurance company yang boleh bagi benefits to students and lecturers as well. Dahla kitorang cam tak minat sangat dengan Insurans nih cz of markah ujian terok. Heheh.

Projek lintah and projek production maseh menunggu kami untuk melangsaikan ‘mereka’.owh sangat menguji kesabaran la kan projek-projek nih, tapi takpe sebab banyak experience baru yang aku dapat dan akan dapat. Contohnya hari tu aku, jaja and dayang wat study trip ke ajinomoto untuk projek production. Emmm.. macam-macam la kitorang dapat hari tuh, baru tahu ada apa kat dalam ajinomoto yang kowang makan tuh. Heheh. Walaupon penat, tapi rasa berbaloi jugak. For lintah, kami tengah tunggu jawapan Encik Lintah tu untuk tau bila dia boleh entertain kitowang.emmm Encik Lintah, replyla msg tuh....

English course! Yay! Aku, fiza and hani join english course untuk memantapkan lagi english kami. Yela.. selama nih aku blogging pon pakai Bahasa Melayu kuno jek, kenela upgrade siket diri an so that tak la tertinggal kat belakang. Lagi pon english course nih murah, RM100 jek for 3 months kat Goon Instititute ( esok baru nak carik kat mana.heheh). so after english course tuh, maybela this blog takde dah Bahasa Melayu. Huhu (kidding)

Debate? Anda sukakan debate? Penahkah anda menyertainya? Jika jawapan anda ya, sila hubungi saya k. Owh.. aku sangat memerlukan pakar-pakar debate untuk tolong aku debate dengan dak laki isnin nanti. Its about marketing, aku kerajaan and posisi aku ialah Perdana Menteri (eheh, senang kan?). hani as menteri kedua while zack as menteri ketiga. Hope these girls can spill out their text well that day, amin.... so ada saper nak tolong kitorang untuk debate nih? Otak aku menggigil sejuk bila dengar perkataan ‘debate’,since aku pon dah lama bersara dari arena perbahasan nih.


p/s: if and only if shafiq@epit and liza ( semashurian0206 ) bace this post, sila contact aku a.s.a.p. please....

Tuesday, February 16, 2010

Definisi stress, tensi dan urat otak bersimpul

Erm...pernah tak korang rase stress dengan family sendiri? Pernah tak rase yang korang tak tau kat sape dah korang nak mengadu? Pernah tak rase tak de sape yang boleh faham korang?Pernah tak rase “aku nak keluar la esok, tapi nak ajak sape ek?” ? pernah tak rase pergi mid valley sorang2? well. I got all dat feelings for this prosperous chinese new year. *sigh......

Hidup nih tak selalu indah kan (lagu nasyid nih). Tah la... masa macam makin cepat jek sekarang, kadang-kadang aku rasa macam kena kejar dengan anjing jek. Sebab laju sangat masa bergerak kan? (hiperbola giler kot). Contohnya, aku dah 21 tahun sekarang, padahal aku rasa baru minggu lepas jadi budak paling comel kat rumah (erk), rasa baru jek semalam main kereta sorong makcik cleaner dengan norihan kat bawah susur gajah ke surau semashur dulu. Ermm.... oh.... begitu cepat masa berlalu. Sedar2 esok aku dah tua, ada banyak cicit dah. Ooooohhhh..

Ok la motif entry nih sebab aku rasa sedih dan tensi sangat sepanjang cuti nih. Padahal aku mengharapkan keindahan pada cuti yang mulia ini. *sighhhhh....
Sebelum stop menaip, nak tanya 1 soalan lagi. Pernah tak rase bila korang nak tengok astro, dah tuh adik-beradik “ tercinta” tarik kad astro and simpan dalam bilik dia? Aku pernah. T_T

Blah dulu k. Salam.

p/s: sile jangan terase annoyed dengan ermm dan oohh saya, sesungguhnya ketensionan ini tidak pernah saya hadapi. Ini ialah definisi stress, tensi dan urat otak bersimpul > syafinas.

Saturday, January 23, 2010

tak mahu mencarut lagi

Salam. Dah stat sem nih. Biasalah. Allah nak uji awal2. Dah demam plus selseme plus batuk plus hampir nak cabut hidung plus lalalala. Takpe. Aku tak mengeluh tau. Ada hikmah aku tak sihat, baru tau kawan2 aku sayang kat aku(kan korang?). Malam lepas pegi klinik tuh, tido jap dah tuh bangun sebab wara dah belikan bubur mcd and barli suam (tak bayar lagi kat wara). Siap suapkan lagi. Sweet tak? Kawan korang ada wat camtuh? Ha... takde kan? Kawan –kawan aku yang lain. Nisa,zila,dayang,ikin and sara tengok2 jela dari tepi time aku kene suap tuh. Selame nih aku makan tak de pon nk tengok. Hahaha. Kidding. Ok la. So sekarang Alhamdulillah. Dah kurang sikit demam nih.


Actually aku nak cerita kejadian yang wat aku terdiam and fikir kebesaran Allah. Pagi-pagi sabtu bersamaan 16 Januari. Aku cam besela bangun tido lambat sebab belum start sem kan. Tengok handphone ada misscall dari sorang kawan aku nih. Pelik tapi biarlah dulu. Saje je kot. Tengok tv jap dah tuh baru mandi. Tergerak la hati nak message kawan aku yang misscall tadi.

Aku : nape call?
Dia : surbaini dah takde. Aku ada kat masjid nih.


Innalillah... surbaini tuh kawan sekolah rendah aku dulu. Tak la rapat sangat tapi kalau sebut nama memang aku kenal. Dia tuh sakit paru-paru. Tahla abah aku cakap paru-paru berair. Baru aku tau bapak arwah tuh kawan abah aku. Punyalah tak bercampur dengan masyarakat kamu nih syafinas. Jenuhlah aku call kawan-kawan perempuan aku yang kenal arwah nih, yelah nak ajak pegi kubur sekali. Tapi...takde sorang pon yang ada kat selayang time tuh, so aku pegi ziarah dengan abah aku. Dengar talkin sekali, Ya Allah... takutnya... terbayang sekejap kalau dah mati nanti. Macam mana lah agaknya. Sebelum balik, ziarah kubur mak dengan along jap. Balik tuh terketar-ketar. Umur arwah sebaya dengan aku. Baru 21 tahun, bayangkan Allah dah panggil. Bila-bila masa jek dia nak tarik nyawa kita.... dah sedia?


Petang tuh pulak nak pergi ziarah pakcik aku. Em dia ada kencing manis, so dah tahap kritikal dan menyebabkan kaki kiri dia kene potong. Pada aku, ok lagi la tuh, at least dia masih ada kat bumi nih lagi. Apa yang buat aku tambah insaf, bila dia kata nak pergi toilet. Aku cam dalam hati kata “pergi je la”. Oopss, lupe... mana boleh jalan, kaki sebelah dah takde. So anak lelaki and menantu dia yang angkat pergi masuk bilik bukan toilet tau tapi bilik. Awak buangla air dalam botol tuh. Allah anytime jek boleh tarik balik apa yang Dia bagi pinjam kan? Subhanallah... selama nih tak pernah pon bersyukur dengan apa yang aku ada, kutuk2 adalah. Selama nih cakap aku tak cantik, tapi tak pernah fikir yang aku dah cukup sempurna kan? Muka ada hidung, mata,mulut, kening and semua Alhamdulillah masih berfungsi. Gemuk2 pon, tapi tak pernah nak bersyukur aku ada lagi tangan, kaki, badan and still gak berfungsi. So apa orang nak cakap pasal aku, let them be. Janji aku masih tahu hargai dan bersyukur dengan apa yang Allah pinjamkan.


Aku dah pasang azam baru, TAK MAHU MENCARUT LAGI. Tengah usehe la nih, tak leh drastik tahap maksimum, nanti macam hangat-hangat taik ayam (eceh). So silalah sukung saya (macam pilihanraya PSA je).cakap pasal poli, aku tengah fikir lagi tajuk projek. Ada yang nak menyumbang idea? Tulung la yea...( muke simpati).huhu. Ok la. Tata.


p/s: dugaan untuk mencarut di rumah sewa lebih besar,paham2 la kenapa. no offense
k dak umah tepi hosenta. :)

Wednesday, January 13, 2010

aku tak tahan!!! dunia ni kejam!!!

Macam pe je kan title aku tuh? Tapi seyesly aku memang nak listkan apa yang aku tak tahan and apa yang buat aku rasa dunia ni kejam.

Satu :

Aku tak tahan....
Makanan yang terlebih dos cili = Makanan pedas

Dunia ni kejam....
Orang sekeliling aku pelik tengok mata aku berair padahal aku sedang berusaha habiskan makanan pedas tersebut. Orang sekeliling aku ketawa dan manyampah tengok aku makan sos tomato bila pegi MCD n etc.

Dua :

Aku tak tahan....
Usaha aku disekat walaupun aku sedang berusaha buat yang terbaik

Dunia ni kejam...
Orang sekeliling aku cakap “dahla nas...sudah2 la tuh”. ada aku kacau ko?! Howwow tol!

Tiga :

Aku tak tahan....
Diasak soalan “bila nak ada boyfren?”, “yeker ko takder boyfren?”, “adakah ko jual mahal sangat?” and bla-bla-bla.kfvdnvjsgdsh!!!

Dunia ni kejam....
Orang sekeliling cakap camni “ko tak cantik kot nas, that’s why takde laki nak”, “owh sorry nas, ko terase ke aku cakap pasal tak cantik tadi?”. WTF.
(dalam hatiku:ko ingat ko tuh cantik giler ker?)


Empat :

Aku tak tahan....
Bila aku FAIL LAGI untuk cabaran mendaki bukit pada hari test bersama JPJ untuk kali kedua (menangis dengan teresak-esak)

Dunia ni kejam....
Abah aku terpaksa bayar lagi untuk aku lulus pada test seterusnya. Paling sadis dan kejam. AKU TERPAKSA DATE LAGI DENGAN PAKCIK YANG AJAR AKU DRIVE TUH!!! TAK MAHU!!!



p/s: motif entry nih just nak bagitahu aku still tak lulus for my driving test. Booo kepada diri sendiri!!! yang baca entry nih tak perlu boo aku ek. (amaran keras)

Thursday, January 7, 2010

You're My Everything

You're my everything
The sun that shines above you
Makes the bluebirds sing
The stars that twinkle way up in the sky
Tell me I'm in love
When I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my finger tips
And all the while my head is in a spin
Deep within, I'm in love
You're my everything
And nothing really matters but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes
You're my everything
Forever and a day I'm need you close to me
You're my everything
You never have to worry, never fear, for I am near
For my everything
I live up on the land and see the sky above
I swim within her ocean sweet and warm
There's no storm, my love
You're my everything no nothing really matters
But the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes,
You're my everything
Forever and a day I'm need you close to near
You're my everything
You never have to worry, never fear, for I am near
When I hold you tight
There's nothing that can harm you in the lonely night
I'll come to you and keep you save and warm
Yet so strong, my love
When I kiss you lips
I feel the rolling thunder to my fingertips
And all the while my head is in a spin
Deep within
I'm in love

You’re My Everything by Santa Esmeralda. Lirik nih bukan aku dengar and tangkap sendiri. Jujur gle kan? Aku sangat menggemari slow song cam ni. Walaupun aku tahu, lagu ni sangat oldies and aku sangat lame, biola...janji mak epy nok. Pada suatu malam yang hening, lepas mata dah sembap tengok Boys Over Flower sebab ada part yang sedih. Aku godek2 segala songs kt my lappy buchuk nih. Sekali tengok ada lagu dari Santa Esmeralda nih. Aku dah nyanyi dulu, then try la play nak dengar if betol ke tidak aku nyanyi tadi tuh. 100 marks for me!!! Betul!!! Heheh. Over kan aku? Standard la aku, kalau dah dengar lagu2 cam ni. Mula la bayang yang bukan2. Erkk. Yang baik-baik je ek yang aku bayang. Aku terbayang bila dah ada someone yang really special nanti (tahu.lambat lagi), aku nak nyanyi lagu ni kat dia. Heheh. Nak tengok dia suka ke terseksa dengar suara aku. Heheh cam sweet tapi kejam kan??? Cam kira test dia gak la nih. Hahah. Tapi selama aku penah nyanyi kat orang, aku selalu dapat pujian la. Contohnya “nas, giler beautiful suare kamu. Pergilah audition AF”. Aku terima je pujian orang. Ada gak yang memaki hamun di sebabkan cemburu yang melampau. “nas, boleh stop tak? Bingit la”. Emmm... tu semua agenda nak menjatuhkan aku jek.


Hahahah. Serious tipu weh, selalu aku kene maki hamun jek kalau menyanyi. Lagi terbaik kene gelak time aku nyanyi lagu I Don’t Want Miss A Thing-Aerosmith. Padahal penat giler aku tarik sampai nak pecah tekak aku. Hu :(. Ok la. Siapa yang tak pernah dengar this song, pergilah download. Tak pun boleh bluetooth bila jumpa aku (eceh cam bagus). Time dengar tuh, kompom u all akan terbayang-bayang aku menari ballet (erkk) kat depan korang. Eheh, mesti ramai tak mau dengar, tak2 aku tipu. Sila lah dengar. Sangat best and uuuuu(speechless). Bye and salam.