Friday, September 9, 2011

kau tahu?

Salam y'all. Ini adalah random entry kerana aku dapat idea ketika menonton telebesen dan menonton youtube. Sila baca ini dengan penuh ketenangan. Kalau nak baca ini sambil makan koko krunch atau honey stars pon boleh. (ok tetiba nak makan pulak)


Kau tahu ramai kat luar sana sama ada lelaki atau perempuan dah semakin sedar kepentingan menutup aurat dan cara2 menutup aurat dengan betul? aku tadi saja nak tengok shawl tutorial sebab saje-saje. amboi... kemain orang kutuk ek. cakap "ini bukan cara tutup aurat" , "ini ke muslimah sekarang nak tonjolkan?" , "tudung ini aksesori ker?".


Ya, ya. tapi perlu ke komen begitu? kadang2 aku pening dengan cara manusia nak menunjukkan KEBIJAKSANAAN mereka. terlampau AWESOME sampai pening kau. sampai satu minah nih komen "malu aku jadi perempuan". malu? kau tahu siapa yang cipta kau jadi perempuan? tak baik oh sampai komen cenggitu. awak nak tunjuk awak alim, warak boleh. tapi cube guna CARA YANG BIJAK. main pakai lepas jek pon tak boleh wak. macam menunjukan keaiban diri sendiri.


Kau tahu kenapa kita tak boleh kutuk orang? Selain dari berdosa, sebabnya juga adalah nanti satu masa, Allah nak tunjuk kita yang lebih2 dari orang yang kita kutuk. contoh situasi, Puan A membeli selimut baru dan menayangnye ke seluruh kampung. dah tuh si Puan B nih tak gemar dengan perangai si Puan A nih yang nak menunjuk-nunjuk dan mengutuknya 70 jam. setelah 10 bulan berlalu, Puan B membeli selimut sutera lantas menunjuk-nunjuk pula pada orang kampung. ha kau paham tak? penat tau nak cerita nih.


Kau tahu motif aku cerita nih? entahla. manusia sila berpijak di alam yang nyata. sila jangan rasa selesa di mana kita berada sekarang. peringatan tulus ikhlas, suci murni untuk diri sendiri. moga kita semua dijauhkan dari perangai tak semenggah. amin...


Aku pun pernah ada pengalaman kutuk orang then aku yang lebih2 weh. Segan jek T_T




p/s : this entry is seriously random guys. again, this is not about you guys. no hard feeling ey. peace *buatmukacomel

4 comments:

  1. wow..I cant believe that u boleh type pasal benda nie..i supprt u sepenuh hati dan jiwa...hehehe

    ReplyDelete
  2. haha. whats that suppose to mean?
    ok thnx =)

    ReplyDelete
  3. setelah inas menginjak dewasa... bebelannya boleh tahan bisa juga...

    ReplyDelete
  4. akak, kite waktu baby lagi dah boleh bebel dengan bisanya ok, huhu

    ReplyDelete