Thursday, September 29, 2011

Di Kota Bharu

Salam y’all. Sekarang aku kat kota bharu, ala….tempat yang kau belajar tuh. Amboilah. Pesat betul pembangunan di kota bharu nih sebab macam2 dah ditambah. Sebenarnya aku dah lupe tuh sebab aku rasa semua nya dah bertambah.


Belanja kemain banyak kat sini. Almaklum, berdikari lah sikit sem nih sebab rumah kosong. So kena beli macam2 peti ais, streamix, tikar getah. Hamboih2. Makcik2 dah kan? Belajar pon kemain kucar kacir sebab aku nih jadual dok clash lagi nih. Huh! Tapi tuh biarlah kan.


Aku just nak hapdet sikit jek sebenarnya. Aku nak congratulate kat pengantin2 baru. Hu. Sedih plus gembira tengok orang kahwin nih kan? Gembira sebab dia dah sampai jodoh, sedih sebab pukul berapa jodoh aku nak datang meminang nih? Pengantin pertama is my friend/neighbor la. Dulu selalu gak main sama2. Umur dia 24 tapi rilek jek kau aku dulu. Sekarang nih dah jadi lecturer kat UiTM Shah Alam siap tau. Congrats Khaiziliyah and Syafiq! Semoge berbahagia ke akhir hayat! Amin…


The second couple is Ungku Nadyasalda and Fendi. Sedap kan nama ungku tuh? Kami panggil dia nadya. Cantik amat. Macam Fida Ibrahim sikit muka dia. Tapi hasben dia I tak kenal plak. Nadya nih classmate kat poli dulu. Sama group buat projek lintah. Huhu. Aku terlupa pasal wedding dia sebab aku kat kota bharu nih kan? Almaklumlah hectic lagi. Maaf yea nadya. Selamat pengantin baru juge! Semoga kekal hingga akhir hayat! Amin…


Kawan sekolah rendah aku Nurul Shuhada pule dah selamat lahirkan baby boy. Alololo. Nih lagi advance baby dah. Em tuhlah kan. Macam aku cakap aku tumpang gembira lah juge.


Aku pernah baca status kawan FB, lepas dia cakap tahniah kat semua pengantin dia tulis “hey jodoh, kita bila lagi?” ahahah. Aku share jek sebab macam comel. Nak update status camtuh kat FB, ah! Itu akan memalukan saya, huhu.



Ok lah. Kepada semua rakan2 yang baru masuk ke IPT, selamat berjaya saya ucapkan. =)



p/s: aku ada suka lelaki baru semester ini. Hahahaha.

Friday, September 9, 2011

kau tahu?

Salam y'all. Ini adalah random entry kerana aku dapat idea ketika menonton telebesen dan menonton youtube. Sila baca ini dengan penuh ketenangan. Kalau nak baca ini sambil makan koko krunch atau honey stars pon boleh. (ok tetiba nak makan pulak)


Kau tahu ramai kat luar sana sama ada lelaki atau perempuan dah semakin sedar kepentingan menutup aurat dan cara2 menutup aurat dengan betul? aku tadi saja nak tengok shawl tutorial sebab saje-saje. amboi... kemain orang kutuk ek. cakap "ini bukan cara tutup aurat" , "ini ke muslimah sekarang nak tonjolkan?" , "tudung ini aksesori ker?".


Ya, ya. tapi perlu ke komen begitu? kadang2 aku pening dengan cara manusia nak menunjukkan KEBIJAKSANAAN mereka. terlampau AWESOME sampai pening kau. sampai satu minah nih komen "malu aku jadi perempuan". malu? kau tahu siapa yang cipta kau jadi perempuan? tak baik oh sampai komen cenggitu. awak nak tunjuk awak alim, warak boleh. tapi cube guna CARA YANG BIJAK. main pakai lepas jek pon tak boleh wak. macam menunjukan keaiban diri sendiri.


Kau tahu kenapa kita tak boleh kutuk orang? Selain dari berdosa, sebabnya juga adalah nanti satu masa, Allah nak tunjuk kita yang lebih2 dari orang yang kita kutuk. contoh situasi, Puan A membeli selimut baru dan menayangnye ke seluruh kampung. dah tuh si Puan B nih tak gemar dengan perangai si Puan A nih yang nak menunjuk-nunjuk dan mengutuknya 70 jam. setelah 10 bulan berlalu, Puan B membeli selimut sutera lantas menunjuk-nunjuk pula pada orang kampung. ha kau paham tak? penat tau nak cerita nih.


Kau tahu motif aku cerita nih? entahla. manusia sila berpijak di alam yang nyata. sila jangan rasa selesa di mana kita berada sekarang. peringatan tulus ikhlas, suci murni untuk diri sendiri. moga kita semua dijauhkan dari perangai tak semenggah. amin...


Aku pun pernah ada pengalaman kutuk orang then aku yang lebih2 weh. Segan jek T_T




p/s : this entry is seriously random guys. again, this is not about you guys. no hard feeling ey. peace *buatmukacomel

Thursday, September 8, 2011

balik kampung =(

Salam y’all. Apa khabar semua? Harap sihat walafiat hendaknya. Sebelum lebih merepek kea rah lain, saya Nurul ‘Ain Syafinas bt Jamil ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. Memang lah lambat kan? Tak sempat y’all. Akak busy. Almaklum makan kuih muih, pelihara lemak dan sebagainya memang tak sempat nak update blog. Halah, bukan y’all hadap pun kan? Haha. Aku hari2 online, tapi tuhlah. Hari2 online tapi idea takde, takde makna kan?


Sedar tak sedar lusa aku dah kena balik ke Kelantan bagi menyambung pelajaran. Memang la sekarang nih kau pergi kat facebook memang merata orang sibuk up status pasal “oh malasnye nak belajar kembali” , “oh tidak!!! Cepatnya 4 bulan berlalu”, “ oh mengapa ku diseksa? Mengapa kita bersua? (lagu P.Ramlee y’all!) ” , “baby baby baby ohhhh.. (lagu justin bieber pulak)”. kan? Same here guys!!! Macam cepat gilak kot. Apahal dulu waktu aku kat Kelantan macam dah 90 purnama aku di sana? Dah tuh bagi kitorang cuti sampai 4 bulan. Memang aku kena belajar balik ABC oh lepas nih.


Stopla sebut pasal nak balik ke tempat belajar balik. Not an interesting topic to write about. Amacam raya korang? Mine was ok ok la. Tapi paling best semua lauk raya basi masa first raya! Amazing ke tidak? Tension jek. Dah tuh hambek kau, sedare mare dekat datang makan lah biskut raya free tuh. Kan? Dah tuh sedara belah mak datang konvoi 6 ke 7 kereta!!! Azab nak buat air. Aku nih dah lah bukan kepakaran kan nak buat air. Bila air siap jek melenggang bawak depan. Dah tuh tunggu macam waitress tunggu orang nak air sejuk ke, nak air panas ke, air kolam ikan ke. Berdiri sampai tumit sakit gilerr!!! Iye aku gemuk, sebab tuhla sakit tumit.


Paling indah bila sedare kau datang berduyun dengan budak2 kecik rasa macam nak picit, dah tu TUKAR PAMPERS ATAS KARPET PALING CANTIK KAT RUMAH!!! then bila aku tanya dengan harapan dia rasa bersalah tukar atas karpet dia kata apa tau. “ eh tak apa…sini pon ok”. What the ****! Aku tahu kau tak baca nih, tapi lain kali kena belajar COMMON SENSE!!!


Ok2 tiba angin kan? Maap. Bulan puasa pon aku tak sempat berbuka dengan kawan2. Kereta rosaklah, tak ramai nak joinlah. Apa-apalah. Tapi ok jek, kalau aku buka luar abah aku nak buka dengan siapa? Sampai kena sisih lah aku nih kan sebab tak pernah nak join bila orang ajak. Emmm..bersebab y’all, bersebab. Bukan aku tak mahu kawan dah, sombong ke, bongkak ke, riak ke, belagak ke. Bukan. Semua nya aku tolak bersebab. Tapi biarlah. Kau kisah ke kan? Tak kan? Haha.


Eh ok lah. Macam mengarut pulak. kepada warga uitm kota bharu, jumpa sana ok. Have a safe journey y’all. Salam.




P/s : best betul nak beli topup pon ada tax, memang lagi tak selalu lah aku topup lepas nih oiiii. Nak bela burung merpati jek lepas ni tau =)