Wednesday, March 16, 2011

Hey manusia! Mari jaga perasaan manusia lain

Bismillah.

Salam.


Ok. Sepatutnya aku dah kena risau nak mam sebab finals nak dekat. Dah tuh semua subjek adalah pembunuh tegar, tapi takde subjek pon yang pernah msuk mahkamah setakat ni. Ok merepek. Maaf. Aku nak buat micro nih. Tapi memandangkan ada situasi yang terjadi pada siang hari tadi dan buat aku cam agak marah, so aku rasa marilah kita membaca karangan saya. Gila ayat tak sedap. Korang tengok bahasa melayu aku macam nih,cuba bayangkan bahasa inggeris dan arab saya pula. T_T


Ok. Nak dijadikan cerita. Aku dan beberapa kawan aku belum ambil 1 subjek ni. As for me, aku dapat pengecualian kredit, so tak payah ambil so YEAY FOR ME!!! Dah tuh. Lecturer subjek yang belum kami ambil nih belanja makan hari ni. Ada sorang minah nih bahagikanlah makanan tersebut. Oklah, makanan tuh sangat ringan tapi seronok lah kalau dapat free kan. So, kawan aku yang belum ambil subjek tersebut tanyalah “kitorang punya?” then minah yang bahagikan tuh jawab “ini untuk kelas kitorang sahaja”. Bayangkan. Ini dah minggu ke sepuluh kami bersama dalam 1 kelas then boleh pulak cakap macam tuh. Kawan aku cakap balik “kitorang pon budak kelas korang jugak”. Well, kalau aku, aku tak cakap dah, tapi serius! Aku macam sebak. Then minah tuh betulkan ayat dia “ini untuk kelas subjek lalala sahaja”. Well minah, i know u won’t read this, but frankly speaking u have to learn a lot about “jaga perasaan orang lain okay!”


Kawan aku yang tanya pasal makanan free tuh sangatlah optimis. Dia cakap aku ni cepat touching. Lagi2 pasal koir yang aku tak layak nak join tuh. Saya memang macam nih. Luar keras, hati kaca. Patutnya saya tampal kat bontot saya, I’M FRAGILE YAWW! Boleh je kalau nak tampal I’M FERGIELICIOUS YAW! Ok, tak. Tipu. Tapi serius y’all. Siapa2 yang baca entry saya nih, walaupun awak selalu disakiti,jangan sakitkan hati orang lain dengan sewenang-wenangnya. Jangan ok! Ye, aku tahu. Aku pon mulut lepas jek, kadang2 terletak longkang dalam mulut so jadi mulut longkang, but please y’all. JAGA HATI ORANG LAIN.


Mungkin kadang2 kita terlupa gosok gigi sebelum keluar dari rumah. Sebab tuh, orang akan cakap “Astaghfirullah! Mulut ko...busuk giler!” haha. Jangan lah geli, tapi memang menggelikan la kalau y’all tak gosok gigi sebelum keluar rumah kan? Haha. Bukan, maksud aku mulut tuh cam pakai lepas jek. Tuh pon dikira mulut busuk jugak kan? Lepas tuh, kita boleh mintak maaf kan? Kalau la terlepas boleh jek cakap “alamak, sorry” boleh kan? Ha dah tuh terpulang pada empunya badan la nak maafkan ke tak. Haha. Sumpah menakutkan.


Kesimpulannya, SILA JAGA HATI ORANG LAIN. Aku selalu baca status kat facebook macam “weh, penat giler aku jaga hati kau, tapi kau? Weh tolonglah. Aku baik ok. Aku selalu bagi makanan free kat kau, tapi kau? Tak pernah pulak nak bagi apa2, hatta kismis sebijik” ok panjang nak mampus status. Tipu2. Macam lebih kuranglah. Ada je yang jahat gile kat dunia nih. Ini terjadi sebab, tak jaga perasaan orang lain. Kan? Setuju tak? Kawan saya amalina, pernah post kat fb WHEN THEY HURT YOU, GIVE THEM LOVE. Paham? Paham kan? Tolonglah paham. Haha.


Ok lah. That’s all for today. Harapnya adalah yang paham walaupun ayat bertunggang langgang macam haram. Ye...saya pun selalu sakitkan hati orang. Sebab tuh saya banyak kali kena balik. Padan muka saya! Kan? Y’all tak nak cakap padan muka kat diri sendiri kan? Sebab cam loser gila. So, better change your attitude sekarang. Silakan. Ok?

Eh eh. Esok nak balik selayang. Tapi lecturer baik hati nak buat kelas. Ok, takpelah lecturer, saya ponteng sekali je ok. Please2.




Notabukulali : gila mengada-ngada nak balik esok, sekarang tengah dengar lagu raya sebab nak dapat feel balik kampung. Wahaha.

2 comments: