Wednesday, March 30, 2011

Huwattt? bunuh diri?

Bismillahhirrahmanirrahim.

Salam. Jadual finals dah keluar y’all. Aku suka sangat sebab aku habis dulu dari akak2 nih (gila busuk hati) tapi....tadi dorang kate maybe dorang habis dulu sebab dorang ada finishing school dan bnsjhdsjbdhjgd yang saya tak paham lagi. Takutnya. Takkan aku nak duduk seorang disini? Em..takpela. biarkan uitm yang uruskan itu. Aku nih patutnya dah kena carik buku2 yang tertimbus tuh sebab nak final dah.

Pasal bunuh diri? Saya antara makcik2 yang ingin melaporkan tentang kejadian di Kota Baru minggu lepas. Yela. Aku sure dah heboh pasal ni. Lagi2 ore kelate, lagi2 student mana2 IPT kelate. Sebab gapo? Sebab ia melibatkan KBMALL tersayang kitorang tau y’all! Wua!!!! KBMALL merupakan tempat berlibur, shopping (barang dapur, aksesori malah simplysiti pon ade) yang paling dekat dengan hati para pelajar dan orang2 sekitarnya. Dan disini juga saya ingin menyatakan bahawa SETIAP MINGGU SAYA KENA PERGI KBMALL. Sebab cintanya saya terhadap KBMALL,takkkkkk aku kan ambil koko bowling. So every week kena pergi KBMALL untuk attend kelas. Dah nak muntah dah.

Eh cerita balik pasal bunuh diri tuh. Macam2 lah rumors dengar pasal budak perempuan tuh. Pasal SPM teruk la, pasal gewe (boyfriend) la. Sedih. Mana taknya, penat tau nak besarkan kau. Sekali dah besarkan kau, kau sibuk nak bunuh diri. Kat KBMALL pulak tuh, adik.....awak tahu tak yang akak nih suka pergi toilet sorang2 kat KBMALL tuh? Sebab nak dapatkan privasi yang optimum? Akak memang suka awak bunuh diri kat situ, dah tuh bila akak masuk toilet dengar yang bukan2. Memang itu tujuan akak datang kelantan dik. Haishhhhh.

Budak perempuan nih katanya tak pakai tudung, rambut berwarna perang (confirm ke orang malaysia ni?), kurus. Ada yang kata tak lawa mana pun. Alamak. Diorang nih. Time2 macam nih pon sibuk nak tengok lawa ke tak. Ada yang kata kalau dia hidup lagi pon, nanti tak ada siapa nak kat dia. Halamak. Berat, berat. Tapi tengok video dia, cara dia tuh memang dia nekad sangat lah nak bunuh diri tuh. Memang sampai bawah terus mati dik. Kalau tak mati pun, kau akan jalan senget sampai mati. Kan lagi sedih? Eh nak tengok video dia? Carik sendiri sekarang.

Memang ada masanya, kita rasa hidup pun tak guna. Ibarat pepatah hidup segan mati tak mahu. Tapi hidup perlu diteruskan, sebab kita kan manusia? Ciptaan Allah paling sempurna sebab memiliki akal. Bila rasa tertekan, keluarkan. Menjerit ke, berjimba ke, baca Al-quran ke dan sebagainya yang boleh tenangkan fikiran. Macam saya, saya suka dengar lagu yang sedih2 dah tuh nangis dah tuh makan. Ha....memang perangai orang gemuk kan? Tapi sihat apa. Kadang2 lagi sihat saya terus tidur. Bukan ke bagus kalau kita carik pecipta kita? Kan? Kan? Allah sentiasa ada dengan kamu.

Eh aku ambik nih dari blog nabilasara. “Do not count how many times people hurt and leave you. Count how many times you hurt God & He never leave you”. –quoted from amanda adriani- Awak yang baca nih patut insaf sekarang. Berfikir sebelum bertindak. Jangan jadi macam aku. Suka bercakap sangat, then keluar yang bukan2 dah tuh panjang nak mampus bercakap. End up orang akan cakap macam nih “ macam mana finas? Tak paham” -_-

Eh nanti balik selayang nak balik naik flight lagi boleh? Saya suka =) plus saya kan orang kampung. Cita2 aku kan nak study luar negara. Tapi saya “superexcellent” maka saya kurang layak ke luar malaysia. Jadi bila dari kelantan naik flight membolehkan aku rasa “weh aku study luar negeri ok, aku kena naik flight jugak ok” macam tuh. Eh y’all kesian kat aku ke sekarang? Tak kan?


Doakan aku berjaya semester ini please =)



p/s : yang baca nih boleh tak bagitahu aku, muka aku nih muka mintak penampar ker? Tolong jawab.

6 comments:

  1. ok. terima kasih kak kasihan nur azie.
    anda yg pertama jawab.
    jwpn pon best bce. huhu

    ReplyDelete
  2. muka mx kne cium..mmuaaahhh..hahha

    ReplyDelete
  3. i suka jawapan "muka mintak kaki"
    sebab muka u dari dulu sampai skang mmg muka mintak kaki pun...
    huuhhuh
    kalo dah bercakap panjang lebar,xde non stop..
    nk kena tggu train esok pagi baru tau stop..
    huhuhuh

    ReplyDelete
  4. hahah.
    mke u pon mke mnyak kaki gak. huhu

    ReplyDelete