Saturday, March 12, 2011

wajah kesayangan hamba

Salam.

Ok entry ketiga dalam minggu proaduktif ini. Hari nih aku kumpul semua tenaga aku untuk habiskan di atas tilam. Maksud yang mudah difahami atau maksud bersihnya ialah tidur. Lepas mandi kakak bilik aku keluar ke library, so aku habiskan masa carik movie yang best since aku rasa agak down hari ni. Aku tengok 2012 yang quite significant apa yang jadi kat jepun. Tak lah. Aku tengok 2012 tuh meremang tahu. Sebab tanah merekah. Gila! Tapi jepun air datang menggila. Ya Allah, selamatkan mereka dan kami semua dari bahaya Ya Allah.

Masa tengah tidur tuh, adalah terjaga sekejap sebab 2012 tuh tak ada sape nak layan. Ala...siannya. buruk kan perangai aku. Punyalah mengerikan punye cerita boleh tertidur jugak. Haish. Dah terjaga tuh aku terfikir mungkin ini holiday yang aku impikan. Seorang + bilik yang sejuk dan indah + tiada aktiviti yang ditetapkan + tidur dan makan sahaja. Sangat aktiviti orang gemuk dan tidak sihat. Tapi betul kalau aku ada duit nanti aku nak buat macam tuh. Tapi....tak mungkin la kot. Kan? Kan? Kan? Biar aku seorang sahaja yang tahu kenapa.

Nak tahu tak kenapa aku down? Kan aku baru lepas happy2, tapi yela..happy je memanjang pun tak seronok jugak. Em aku nih kan serius dari poli dulu mengharapkan aku dapat join aktiviti2 yang seronok and menyihatkan. Seterusnya dapat kawan2 yang aku boleh rely on. Bukan maksudnya kawan2 yang aku ada sekarang tak boleh harap. Boleh sangat! Kekadang rasa terharu bila aku nih seorang diri takde kawan tapi ada yang sanggup jadi teman aku jugak. Terima kasih =) macam kat poli dulu, final sem baru aku join kelab kos sendiri. Dengan harapan aku dapat pengalaman uruskan aktiviti2 kos. Tapi pentadbiran macam p#n*ek. Nak boikot kelas kitorang sebab PANDAI BANYAK dari dorang yang BODOH SEBEMBAN! Geram, maaf.

Masuk uitm, memang aku expect yang gegila punye lain. Kata u kan? Sebelum nih pon aku dengar uitm memang aktif. So haritu ada lunch untuk kos. Part 3 kena buat persembahan koir. Ok. Aku tak kisah and join untuk meramaikan keadaan. Ada praktis weekend, aku datang ok. Walaupun sejam lambat. Takpela janji datang. Esoknya je aku tak datang. Dengar2 pon ada 10 orang je datang. Ha okla. Takkan nak marah pulak kan? Then ada lagi 1 praktis. Tapi aku tak tahu sebab dorang bagitahu kat kelas yang aku tak belum ambil sem nih. Hari jumaat praktisnya. Aku dengan keadaan yang tak tahu pergi lah ke pasar siti khadijah nak belikan buah tangan untuk keluarga tercinta.

Then, kawan aku message “finas, pegi praktis tak?” ha?! Aku pelik. Rupanya ada la pulak. Time tuh dah sampai pasar siti. Takkan nak patah balik kan? Aku tanya kawan aku yang pergi tuh. Dia kata tak payah join dah sebab dah tukar lagu and dah ditetapkan yang datang tadi je boleh join. Ok. Aku tanya lagi nih dengan harapan dorang simpati kat aku, aku nak masuk jugak. Boleh ke tidak? Jawapannya tidak. Ok sedih. Terus down sampai saat ini.

Mungkin betul aku nih bukan wajah idaman. Bukan wajah kesayangan hamba. Takpe. Aku sempurna ok. Alhamdulillah.

Tak nak cakap macam jay izawaszir “kalau saya menang, saya akan melakukan pembedahan ke atas muka saya. Mungkin peminat tak boleh terima wajah saya” lebih kurang la. Tak nak! Saya tetap saya. Tapi bila saya down, ini je yang saya pikir. Macam mana tuh? Aku tak paham di sini. Tapi paham2 kanla.



p/s: mari berdoa untuk mereka yang dalam kesusahan di sana

No comments:

Post a Comment