Tuesday, June 28, 2011

Hati saya, saya sahaja yang tahu

Salam y’all. Dah pukul 2 pagi nih. Malas nak tidur. Hoh? Biar betul aku malas nak tidur. Well untuk pengetahuan semua walaupun ada yang tak mahu langsung tahu aku suka tidur!!! Sampai kawan aku tanya hobi aku apa aku terkial2 nak jawab and dalam otak dok piker jawapan TIDUR je. Homaigoat! Aku dah decide aku tak mahu kerja dalam masa 2 bulan nih, nak duduk rumah nak gemuk! Macam kuruskan? Hahah. Biarlah aku. Hati saya, saya sahaja yang tahu. Kak najihah pinjam ayat kat blog na =)


Well, baru lepas baca blog hanis zalikha. What? Oh, belog lah. Kau tak payah nak tiru hanis zalikha sangat. Biarlah dia ada keunikan dia tersendiri untuk eja blog. Kau eja lah cara lain dah kalau dia eja blog tuh belog. Kan? Baru nampak kita unik. Betul? Hah, pasal pertandingan dentyn terrar oke. Aku macam tak paham lah ape jadahnya benda tuh. Owh rupanya dia cari orang2 yang berbakat dalam nyanyian . dorang dok nyanyi kat umah je. Then antor le video mereka melalui pos Malaysia. Hah? Tak kelakar kan? Tahu.


So, aku pon dok tengok lah apa yang hanis dah post. Walamak weh, memang hanis tuh baguih sungguh lah. Dia jadi juri jemputan, then dia cakap dia pilih mamat nih nama megat. Sebab mamat tuh dok pakai baju pagoda, tapi suara sedapnya!!! Memang terbaik habisan lah. Aku pon dok terpikir lah kalau lah aku dapat suami (terus suami tau, tak mahu kalah! Haha) suara sedap gilak macam tuh, hui memang tak delah aku nak suruh dia pergi kerja. “takpe bang, awak nyanyi untuk saya pon saya dah cukup bahagia bang” ha sampai macam tuh punya sedap. Dah tuh abang aku tuh mesti pang aku. “Gilak kau! Kau nak abang bisu kan? Sebab tuh dok suruh nyanyi untuk kau kan?” sadis betul imaginasi aku -_-


Sebenarnya aku nak share yang itu je. Pasal suami suara sedap. Yelah kan. Kang aku buat status kat facebook orang lempar tahi pula. “kau tak payah nak demand sangat lah wei” aku tak mahu baca yang itu. Haha. Sebab itu entry ini tajuknya hati saya, saya sahaja yang tahu. Elok aku nak meraban dalam entry ini lagi, aku terbaca pulak ketua saya dulu di facebook bersama status nya “aku lihat layu dalam melayu” adus!!! Kebabom!!! ok insap. Tak mahu merepek dalam entry ini. Tapi kalau aku tak merepek aku kena baca fakta sat.


Tapi sebenarnya tak adalah layu sangat. Orang melayu dah banyak bangkit. Macam ketua aku tuh sendiri. Dia study kat overseas sekarang. Dan dia adalah orang melayu. Oklah tuh. Dah bangkit sikit2 dah orang kita nih ketua. Dont worry. Ok aku dah mula meraban.


Lagi satu aku nak share. Aku tengah baca novel cinta berhalaman 1000 lebih. Huaw! Alah novel melayu lah. Biasalah kan? Tipikal ceritanya. Perempuan cantik dan lelaki handsome. Miskin dan kaya. Darjat memisahkan kita. Ibubapa yang sporting dan durjana. Persekitaran manusia yang busuk hati dan berhati mulia. Duit 2,3,4,5,6 juta. Tapi tuhla kan? Kalau lari sikit dari kebiasaan selalunya tak seronok. Pernah sekali aku baca novel tuh heroinnya tua dan kurang cantik. Hah, memang tak ramai nak baca. Amekkaw!


Kan dah kata ada yang tak paham. Tak apa. Biar. Hati saya, saya sahaja yang tahu. Sudahlah tuh. Esok aku nak bangun pukul berapa nih? Jaga diri readers. Salam.



p/s : aku ada satu cerita lari dari kebiasaan.

4 comments:

  1. enas..enass...xabsi2 meracau...ape kejadahnyer...ishhh2...

    ReplyDelete
  2. kak tiiiiii!!!!! ckp kte meracau?
    tak baik tau. haha

    ReplyDelete
  3. teruskan menggemukkan badan. kurus2 bukannya cantik pun.

    ReplyDelete
  4. akak nak cakap kite gemuk sekarang nih, kte cantek lah? haha. tq akak!!!

    ReplyDelete