Saturday, December 31, 2011

Italian's words

Salam semua.


Nak update nih je..saje...nak naikkan semangat sendiri...


Posso farlo!


Lo si puo fare!


Essere buono



Dah boleh google translate sekarang. Aku google translate je semua tu. Aku tiba-tiba gila dengan Italian's words sebab cerita Pasta! huhu. Pasta tu cerita korea. Lee Sun Gyun <3.





p/s : Buona fortuna i miei amici =)

Sunday, December 25, 2011

Study week oi!

Salam semua, macam artis sangat aku nih nak update puluhan ribu kali padahal masa entry emo dah kate itu yang last. Haha. Sorry la yea. Well aku dalam alam study week. Yea…study sangat. Sebelum study aku pikir mahu enjoy dulu. Nak enjoy cemane ye di sini? Ye saya masih di kota bharu. Kawan2 aku yang lain sibuk sangat balik rumah masing2. Aku nak balik jugak sebenarnya…..huaaaaaaaaaa!!!


Tapi tadi call abah dia kata tak yah balik, duit tambang bas tuh boleh buat makan. Lah! Jangan kata dia memang nak anak bongsu dia ni tembun sepanjang hidup. Tapi tuhla sebenarnya aku bukan nak balik sangat. Aku Cuma tidak mahu ada di sini. Aku nak balik selayang aku bukan pikir nak duduk kat rumah sambil mentelaah, aku ingat nak tengok wayang, jalan2 kat klcc, makan dominos, baca novel. Ewah2 sihat sangat hidup aku kan? So bertahan syafinas! For the time being, kota bharu is the best place for you! (berlinangan air mata)


Dulu duduk kat banglo mewah best sangat! Akak2 tuh tak balik pon, plus aku memang ada stay-up partner, kak Juliana tuh. Tapi sekarang nak study sesame malas sangat. Sebab dengan budak kelas sendiri kan? Bukan sebab aku tak suka budak kelas aku, aku nih bukan lah pelajar yang boleh bertahan dengan focus. Aku boleh focus paling lama 10minit, then aku start lah menerawang. Budak kelas aku nih pulak boleh focus 24jam! OMG! Lagi satu aku tak suke study same dengan budak kelas sebab tetibe aku rasa macam masuk pertandingan pulak. tuh tak mo tuh.


Tak paham dengan situasi aku? Ha tak pe, tak yah paham. Tak penting. Ok lah y’all. Tiba2 akak tak tahu nak type apa lagi, just wish us the best of luck for our finals ok. Take care. Salam.



p/s : kalaulah ada doraemon kat sini. Nak satu benda je, pintu suka hati.

Friday, December 23, 2011

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor =)





Salam. haha. semalam aku emo. tapi semalam gak dapat tahu anak buah aku dapat 8A untuk PMR. tahniah la. Makcik kau pun elok je dapat 6A 2B dulu. haha. ada lagi 2 orang anak buah aku, tapi tak tahu dapat berapa. bukan nak berlagak yang pandai je. aku tak baik sangat la pulak dengan 2 ekor lagi tu.


hey, sekolah aku yang atas tuh di ranked nombor 1 untuk SBP. wuhuuu. eh bangga kejap. walaupun aku dlulu tak pernah menyumbang sikit pun untuk sekolah itu dulu. maap SEMASHUR. tapi ketahuilah, aku rindu dan sayang kamu. huuuuu.


tahniah guru2 SEMASHUR. tahniah adik2, aku tak kenal korang tapi sumpah korang awesome gilak!!! keep it up weh! and please jangan jadi macam akak. =( huuuuuuu....


p/s : aku nak type lyric lagu sekolah, ingat lagi siot. Tapi..esok test, takkan aku nak ulang kebodohan aku kat sekolah dulu kan. salam =)

Thursday, December 22, 2011

Jangan berharap sangat lah

salam semua.

Aku saje update before final. lusa aku ada test la pulak. doakan saya ok? saje je. serius saje. nak cerita pun malas. sebenarnya nak share something dengan blog ini. blog yang tak akan judge aku. blog yang tak harapkan apa2 yang tinggi dari aku. blog yang diam, kaku, bisu dan kadang2 aku rasa seronok cerita kat blog sebab blog senyap. tak bercakap balik, tak melawan balik, tak membalas carutan balik, tak fikir yang syafinas ini begini dan begitu. terima kasih blog. i lap u so strong!

madam aku cakap, jangan baca benda2 yang sedih, jangan tengok cerita sedih, jangan dengar benda2 yang sedih. benda tuh akan rosakkan mood kita. emmmm betul. tapi aku kalau nak hilangkan sedih aku akan dengar lagu sedih. menangis macam orang mati laki dan aku akan ok. macam tuh pulak. yela.....manusia lain2 doh.

aku harap aku ada kat selayang sekarang. tak mahu di sini. menyampah kau tahu? tak kisah kan? bagus la tuh.

salam semua. doakan aku dan kawan2 uitm aku berjaya. amin =)



p/s : jangan pernah harapkan aku. aku nih tidak boleh diharap langsung. serius betul. sekian

Friday, December 2, 2011

malas nak pikir title

Betapa aku berharap aku di tempat yang aku mahu pada waktu ini.


Betapa aku berharap aku boleh menangis dan melepaskan segala beban dalam kepala dan hati aku ketika ini.


Betapa aku berharap ada seseorang datang dan menghulurkan seluruh perhatian pada aku ketika ini.


Betapa aku berharap aku masih kanak-kanak yang tak perlu pikir masalah yang aku tak mahu pikir.


Betapa aku berharap insan yang aku rindu memeluk dan mengusap kepala aku saat ini.


Betapa aku berharap ada yang memahami tulisan aku ini.


Jadi perempuan, kadangkala tiba masanya mereka jadi dahsyat! Seperti aku. Sebab mereka tak tahu dan paham situasi mereka. Dan ya, aku sedang sedih. Tapi aku tak tahu kenapa. Sumpah sedih.



p/s: bukan cuba nak berpuitis. Tapi ini je yang terkeluar. Tak payah nak rasa aku poyo lah. Kau tak???