Monday, January 10, 2011

Jangan pilih jalan hitam

Bismillahhirrahmanirrahim.


Salam. Tarik nafas dalam2. Ok. Mata aku sedang sakit dan bengkak sebab air mata keluar macam air sirap dalam tong air. Aku sekarang nih dah bergelar pelajar kembali. Tapi dalam nada yang berbeza, bukan pelajar politeknik lagi, tapi sebagai pelajar universiti. Bukan lagi pelajar diploma pengurusan peniagaan, tapi pelajar ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Yang aku nak sangat dulu. Yang aku harap sangat dulu. Yang aku bercadang nak tukar negara sebab tak dapat masuk dulu. Tapi sekarang bila dah ada di sini. Maksudnya di universiti ini. Maksudnya di UITM ini. Maksudnya lagi di kota baru ini. Ok kejap. Kat mana? Kota baru? Kelantan? Tepat sekali.


Kenapa tak dapat sarawak? Kan lagi jauh tuh? Tapi dah cukup bersyukur sebab kat semenanjung lagi. Walaupun perjalanan kota baru- selayang, selayang- kota baru memakan 8 jam? Ape dia? 8 jam? Bukan jam yang diperlukan untuk dapat tidur yang berkualiti ke tuh? Tepat sekali lagi. Asal y’all pandai sangat nih? Hari pertama di kelantan, aku belum berada di kota baru. Aku berada di Machang. Tapi tepat seminggu di Machang, di mana aku dah mula dapat kawan yang baik, lecturer yang alahai..gila caring, roommates yang Ya Allah baiknya. Aku kena berpindah ke kota baru. Terima kasih daun keladi. Aku masuk sini, sila buat lagi. (rhymes kot, tepuk tangan!)


Ok, title takde kena mengena dengan warna kulit aku. Serious. Amaran keras! Kenapa kena pindah kota baru? Sebab...mulut aku dah berbuih nak cerita pasal nih sebab semua orang tanya benda yang sama. Malas nak cerita. So, aku pindah ke kota baru dengan jayanya dengan meminta pertolongan kawan2 baru yang sangat baik. Yang serius aku tak tahu kalau y’all pernah jumpa manusia macam nih atau tidak. Kenal tak sampai seminggu tapi tolong aku macam dah 5 juta tahun kenal. Alhamdulillah aku sempat dapat jumpa kawan macam tuh. Jangan ingat Machang-Kota Baru dekat ye. 1jam perjalanan. Terima kasih lah weh.....


Jadi, perpindahan aku telah berlaku. Aku disambut dengan baik oleh housemates baru yang sangatlah baik dan sporting. Rumah nih serius lagi selesa, murah dan bersih dari Machang. Alhamdulillah lagi. So, malam tuh supposed aku ada class tapi aku tak pergi sebab tak tak tahu jalan ke kampus (padahal nak tengok AJL). Ponteng dengan gembiranya, sebab zahiril adzim menari dengan sangat kacak malam itu. Ok takde kene mengena langsung kot. Sebab apa ana raffali menang? Jangan tanyalah. Sebab zahiril adzim ada sekali malam tuh. Cukup bernaslah jawapan aku kan?


Jadi, pagi yang baru di kota baru (masih terasa bau dan tanah Machang). Aku pergi settlekan apa yang patut dengan jadual kelas, rumah sewa, modul dan ye. Aku dah masuk kelas dan aku dah mula belajar balik. 1st class = Macroeconomy Analysis. Subjek semester 3 siot. Basic ekonomi pon tak khatam lagi. Pergh! Dugaan. Kena fokus walaupun aku dah lupa macam mana fokus tuh sebenanye. 6 bulan tak belajar buat aku rasa seronok untuk start class. Ingat. Tujuan aku belajar adalah kerana Allah, abah & family dan untuk diri sendiri. Y’all tolong doakan aku ye. Semuga aku boleh dapat capai seperti mana aku capai di Poli dulu. Amin....


Kau happy ke kat sana syafinas? Jujurnya, TIDAK. Tapi kalau aku layan TIDAK aku nih, memang berhenti lah aku dari sini. Padahal, ini yang aku nak sangat dulu. Aku homesick! Aku tahu sangat ini sangat childish. Tapi betul! Nak balik! Nak duduk dengan abah sambil tengok tv! Tapi...tak boleh. Ini ibadah syafinas. Kan dapat pahala. Kau tuh dah tentu kurang sangat pahala tuh. Keep on motivate myself, but then still feel like I CANNOT DO THIS!!! Dan nak tahu lagi kebudak-budakan aku? Aku nangis depan kaunselor tadi. Bila fikir balik, sumpah tak cool! Doakan aku ye semua =). Sebelum tuh, aku nak cerita. Kat machang, aku jumpa sorang mamat yang hensem and can speak english very well. Nak suka dia, tapi kena transfer KB pulak. Eeiisshh. Tuh yang aku lagi sedih tuh.


Ok lah y’all. Thanks for reading =)


p/s : pantang datuk nenek moyangku berundur (PELITA –A.P.I)

5 comments: