Sunday, September 22, 2013

Assalamualaikum semua =)

Salam semua. yela…blog aku diprivate dalam masa taktau berapa tahun. bukan aku bajet2 artis, saje je..sebab aku taktau nak update apa. boleh terima kan alasan itu? haha. dalam tahun 2013 ni, dah macam-maam jadi. tapi Alhamdulillah..Allah bagi aku kekuatan untuk hadapi semuanya. Alhamdulillah! awal tahun ni, bulan Februrari, anak buah pertama aku, Jazreen dilanggar lari and koma 2 bulan camtu. oisshhh…sedih betul time tu. menangis2 aku tiap2 masa. beli kuih pun menangis. pergi interview pun nagis. teruk sangat. Alhamdulillah..sekarang dia makin ok. tapi masih perlukan rawatan dan sebagainya. InsyaAllah along…Allah Maha Mengasihi dan Mengetahui… keduanya, abah aku pulak..asyik sakit je dia tu. aku risau plus bengong. apahal asyik sakit perut? tak paham sangat. sampai pernah sekali kitorang berkampung kat hospital selayang 9 jam, then doctor datang dengan muka bercahaya and cakap –PAKCIK SIHAT!! apak kau sihat. last2, kitorang pergi Pusrawi and sebenarnya ada batu dalam hempedu abah aku. 2 kali surgery doh. uuuuu 3 lubang kot kena tebuk kat perut. oisshh… tapi Alhamdulillah..beliau makin sihat. Alhamdulillah! ketiga nya, yang aku sedang tempuhi ketika ini. wehhh..aku dah 5-6 bulan kerja kat HSBC. Alhamdulillah,Allah mudahkan aku dapat kerja dalam masa kurang 3 bulan. walaupun aku budak UiTM je. yang kat HSBC kawan2 aku ada antaranya, belajar di Ohio, tapi kitorang sama level. Cuma level speak in english je tak sama. hahah. jadi, tak payah poyo, kau belajar kat mana-mana uni yang top. itu bukan pengukur kejayaan kau dalam hidup. back to my problemo, sekarang trainer aku dalam mood nak hambat aku dengan penyapu. dia kata, kalau taktau Tanya, then bila aku Tanya dia mengamuk. haram jadah gila kan? apa hal ni? yela…aku dah 5-6 bulan kat situ. tapi aku still baru nak compare dengan kau. kau dah 3 tahun which is equivalent to 36 months. wow..samanya 36 months dengan 6 months. sama sangat. patutnya, aku dah jadi manager kot. kan? kakak aku suruh Tanya, apa masalah dia. tapi aku tak berani. serius. tapi yang penting, gua macam nak bagitau kat manager gua pasal dia. haaaa…padan muka. betul la…tak semua melayu boleh tolong melayu, tak semestinya perempuan mampu tolong sesame perempuan lain.apa yang aku boleh buat, doa kat Allah mintak ditabah kan hati. tu je…..stress pikir pasal kerja. sampai aku dah kena simptom2 stress ok. dah malas nak ingat walaupun esok kerja! tapi yang last ni best! ini bukan problem la tapi. haha. waktu aku ada training kat cyberjaya, aku ada jumpa mamat hensem gila!!! memang la aku minat yang hensem je. dah aku minat yang tak hensem pun tak de respon, baik minat yang hensem kan? huh! then jumaat lepas aku Nampak dia, aku pun tegur (eceh). then dia cakap next month dia nak blah dari HSBC (here we go, problem again!). then kitorang borak2 nape dia nak blah, last2 dia cakap “baklah number phone, apa2 hal senang” ohmygod!!!!! happynye!!!! and yes..i know dia takkan contact pun aku but who cares?, yang penting laki yang aku suka mintak number aku, tak pernah jadi dalam hidup aku ok. tak pernah! huhu. Em itulah manusia kan? kalau takde masalah, baik jadi kucing takpun jadi mayat (amboi). kan? sabarla…nak buat macam mana kan? sabar, sabar, sabar. ada kawan kerja aku cakap, “sabar sis,insyaAllah..boleh ke syurga.” ok serius nak ke syurga! so sabar, let’s be my best friend ok? ok, all the best dalam hidup korang semua. jaga diri. Assalamualaikum =) p/s: nak tau nama laki tuh? eheheheheh. malulah. haha. yang penting hensem gila! tu je. tata!