Wednesday, June 22, 2011

kisah perempuan berusia

Bismillah.

Salam. Apa khabar readers? lama tak jumpa. Sebenarnya aku baru habis intersesi di uitm shah alam. Hah? Kau bukan kat Kelantan ke? Kan? Y’all nak tanya itu kan? Ye. Saya pelajar uitm Kelantan, tapi intersesi boleh dilakukan di mana sahaja asalkan kos tuh di offer di kampus tersebut. So kalau ada uitm ada kat Singapore and ada subjek managerial economics, aku pilih Singapore. Motif? Nak pergi universal studio hari2. Haha. Mana alam punya alasan. Huhu. Jangan takut dengan tajuk entry. Ini bukan cerita mistik. Ini cerita saya. Sang perempuan muka berkedut nurul ‘ain syafinas jamil.

Aku baru habis hari graduasi. Well u know, its convocation day lah kan? Em best! convo diploma sekali je kan? Bukan setiap bulan. Kawan saya cakap seronok convo sampai nak convo lagi sebab bangga bila perarakan masuk dewan. Parents semua dok tengok. Dalam hati kembang kempis, haiush bangga2. Tapi kalau ada parents yang tersnap pic aku sebab aku berdekatan dengan anak mereka, mesti rasa nak crop sebab muka aku sumpah annoying (walaupun tak tengok cermin tapi tahu) sebab aku sibuk carik abah and angah aku. Padahal bukan boleh duduk sebelah mereka pon. Tak paham situasi aku ketika itu.

Lepas convo, ingat kan nak tangkap pic bersama rakan2 dan ber huha sebentar melepaskan ketawa jantan saya. Tapi tak sempat sebab abah nak makan lah pulak. Lapar, kesian abah aku. Dah tuh pergilah makan. Y’all nak tahu abah aku sebelum masuk dewan dok Tanya aku macam nih “ti, kau nak bunga ker?” alamak! Abah malu le saya kalau jawab “of course” sambil pusing2 badan dengan jubah convo kan? So saya cool jek. Last2 dapat jugak bunga! Hurray! I have to admit this. Aku tak pernah dapat bunga dari sesiapa. And aku harap one day ada orang ikhlas bagi aku sejambak bunga. Huhu. Sekali abah aku yang bagi! Terima kasih! Emmm…beliau siap bagi tahu harga sekali -_-. Motif? Tak tahu. Tanya beliau.

Selepas berlalunya sebulan berinterseksi (hah?!) di shah alam, kini aku di rumah sambil abah berkata “tak payah lah kerja, abah mampu tanggung kau lagi” ok terasa heaven di situ. Aku nak kerja sebab nak duitlah of course and aku tak mahu tambah berat lagi sebab dok rumah tiada apa yang boleh dilakukan selain habiskan duit, tidur, makan, berak, tidur , habiskan duit, makan, tidur and berak lagi. Ok sumpah geli. Sorry. Yela…memang banyak kerja tapi dok habiskan duit abah saya tiada faedah nya. Kan? Tapi tuhlah. Tengah pikir lagi.

Em tadi keluar membeli belah (see?? Aku dah kata dah) berhenti solat kat masjid. Dah tuh ada makcik nih dok tidur kat dalam masjid tuh. Dengar azan dia bangun. Sekali tuh dia macam terhuyung hayang. Aku dengan prihatin disertakan suara lunak pasa sanda bertanya “ok ker?” dia datang dekat aku and salam and CIUM TANGAN AKU!!! Makcik saya nampak tua ker? Nak je aku tanya tapi takpe lah. Kang panjang pulak cerita. Plus kang aku pulak yang down dengar penjelasan beliau. Lepas makcik tuh berlalu pergi aku terasa sedih dan memikirkan produk apa aku patut pakai sekarang nih? Kan aku dah tak mahu pakai pencerah. Nak pakai anti ageing kang awal sangat pulak.

Aku baru 22 tahun. Aku tak pakai apa2 selain bio essence facial cleanser bersama mengemis sedikit bedak baby Johnson kawan aku. Itu pun kalau cleanser aku habis nanti tah aku nak pakai apa tah. Malas nak beli. Hasilnya, semua promoter yang kelihatan “senior” panggil aku KAKAK. Homaigoat! Y’all I am only 22. Kau tuh umur berapa panggil aku kakak? Tapi kadang2 aku redho aku panggil jek budak2 tuh adik. Ok sambung balik cerita makcik tuh, lepas solat dia ada salam dengan kakak tuh. Then dia cium tangan akak tuh jugak. Fuh! Maksudnya makcik nih memang suka bagi orang rasa tua. Huhu. Mungkin dia tak sedar kot. Tapi apa2 aku lega.

Mungkin factor kebesaran badan aku jugak. Dah tuh kene diet lah nih? Ada anak buah aku yang biadap dengan cumilnya cakap “akak, akak kene diet lah. Akak kene kurus” biadabun betul. Umur dia baru 5 tahun. Haish! Tapi to be honest, aku belum rasa nak ubah apa2 lagi diri aku nih. Nanti yea. Em y’all gelak eh dok baca atas2 tuh. Well aku pon terasa bangang jek masa menaip. Biarlah aku nih ha. Tak paham dah. Haha.

Aku nak bagitahu result aku bolehlah. Alhamdulillah. Takde repeat dan mampu buat aku tersenyum =) terima kasih Ya Allah. Dalam masa cuti nih, dalam tak ada duit nih aku nak macam2. Aku nak 3 benda jek : tamagotchi : buku bogel menuju tuhan (zahiril adzim) : beg hijau (buat aku meleleh air liur). 3 tuh jek. Ada siapa2 mahu belikan? =)

Sekian sahaja entry aku kali ini. Zahiril adzim and shera aiyob nih cumil benget! Sebenarnya seronok tengok orang bercinta. Heks. Tiada maksud di disitu. Salam y’all.


p/s : aku tengok stats, ramai kot view blog aku nih. Thanx y’all. Thanx a lot!!!

4 comments:

  1. uiyooo... pnjg post ko.. nasib baik aku larat baca smpi abes.. hee~ menarik2...
    congrats da convo... tahniah2... :) seronok kan konvo.? tpi aku terasa mcm nk bwk mak pak aku konvo time aku dpt master.. master? bila ntah.. haha~

    soon ko akan dpt bunga dari buah hti... mesti pye... amiin... haha..

    ReplyDelete
  2. huhu thnx atie 4 reading =)
    boleh. bile tuh tak yah pk. kejar jek. huhu.

    hoho. thnx 4 the doa. huhu. amin....

    ReplyDelete
  3. hahha....jealous la enas....~~~cane prasaan org panggil kakak ek??..k. ika biasenye org panggil adik jerr,jrg panggil kakak nie....laen la kalu jupe ngan bdak sekolah tadika...xtau nape~~~~uishhhh konpiuss \(*_*)/

    ReplyDelete
  4. walopon makcik 2 anggap ko AKAK... ko tetap mude dihati aku... teringat gile sifat ko yg suke mintak aku back up bile kene kaco ngn nurul n niesa... hahaha... rindu doe kt ko... ^-^

    ReplyDelete