Wednesday, December 30, 2009

seharian lagi bersama sang JPJ

Adus. Hopefully dis 2nd time aku lulus. Penat tau tak tengok trek parking and 3 pointer tuh. Rasa macam nak muntah dah. Ok2. Aku sebenarnya on the way untuk ambil test jpj untuk kali kedua (wtf). Ala. Bukan salah aku sangat. Ok aku tau, kita tak kan mengaku if kita buat salah. Tapi korang kene teroskan pembacaan sebab aku nak cerita kenapa dengan mudahnya aku kene mengulang untuk kali kedua.Cabaran bukit dan parking ( nak nampak fun cam dalam gameshow)Ok. Aku lulus dengan jayanya bukit, coz aku tepat dalam garisan kuning tuh and aku tak terundur pon. So tahniah kepada aku. Hopefully 2nd test nanti pon aku camtuh gak :). Dengan rasa bersyukur dan tawaduk, aku melangkahkan kereta kancil tersebut ke tempat parking. Ok aku dapat trek nombor 3, so dengan pantasnya aku pergila buat acara memarkirkan kereta. Walaupun orang jpj tuh ( bermisai lebat) jerit kat aku sebab aku tak keluarkan kereta dari kotak parking tuh, tapi aku berjaya keluarkan kereta tersebut walaupun hampir nak langgar tiang trek sebelah T_T. Em ceritanya start dengan begitu sadis, setahu aku trek nombor1 dan 2 wat 3pointer 1 manakala trek 3 dan 4 kene wat 3 pointer 2, tapi aku dirahkan oleh pakcik bermisai lebat tuh untuk buat 3 pointer di trek 1. So dengan gelabah dan rasa profesionalnya aku reverse tanpa tengok belakang and kemudian BANG!!!. Yeslah!! Terlanggar tiang, huh tak gune sungguh.
Percaya tak kalau aku cakap aku pergi merayu kat pakcik jpj 2??? Betul..sampai sekarang aku rasa cam bodohnya tindakan aku tuh. Memalukan. Harap2 pakcik tuh dah alami banyak kes camtuh and aku bukan yang pertame  eceh ayat tak tahan.masa aku dok merayu tuh, dia jerit kat aku ( nak bagi aku sedar kot “ weh budak!fail tuh fail gak la!”). then aku sedar. Cam roh nurul ‘ain syafinas masuk balik. Dengan cumil ku berkata “sory cik, saya tak bermaksud”. Tiba2, pakcik tuh cakap bapak lembut dengan aku “takpe..saya faham. Lepas nih awak cube lagi k”. Owh! Meremang!!! Daa...

Cabaran merentasi jalan raya
Nih lagi menyakitkan hati. Eeee. Aku dah tak ingat nama jpj tuh. Bende tah, yang penting lelaki. Haish!aku melangkahkan kakiku yang longlai bersama hati yang berdegup kencang ke kereta kancil tersebut. Emm. Cam ensem tau jpj tuh. Haila. Nak gerak jer termati, ok aku berterima kasih pada beliau sebab bagi aku peluang. Then aku pon meneruskan langkah kancil kecil tersebut. Ade traffic light tau (buatan jek,tapi berfungsi). Aku tak nampak apa2 colour pon yang tersembul kat traffic light tuh, dengan cuaknya aku stop kan kancil kecil tuh. Jpj tuh soh aku jalan, elok jek aku jalan tiba2 lampu kuning( jpj tuh pakai mandrem ker?tibe2 ade lampu pulak). So tibe2 ade suare kat tepi aku, “ok turun,dah lebih garisan putih”. Weh pahal???l!! ko soh jalan, aku jalan dah tuh tibe2 soh stop and keluar??? Siyes dalam hati time tuh mencarut tahap dewa punya.tapi sebab nih fail kali kedua, aku cam tenang and cakap “ok cik,jumpe lagi” dan berjalan dengan pantas meninggalkan dia dalam kancil kecil tuh.


So sape yang salah??? Bukan 100% salah aku kan??ok la wish me luck for the 2nd test. Before that love u jpj (mengampu. Dah tahap desperate nih)



p/s:ha.aku siap menangis kat boyfriend orang lagi tau. Lagi drama siap nangis kat tangga:)

Sunday, December 27, 2009

Sekolah Menengah VS IPTA

Salam2. Ha macam blog kementerian pelajaran tak title entry aku kali nih? Emm. Anak buah aku sorang tuh dapat offer ke SBP ( SMS BAGAN DATOH ). Ok lah. Tahniah la pada beliau. Johary name die. Budak nih sangat annoying tapi general knowledge die terbaek woh. So sekaligus menunjukkan die punye otak pon terbaek lah. Tapi aku cam tak paham coz ayah die nak die (johary la, takkan ayah die pulak) masuk MRSM. Kenapa?? SBP tak best ker??? Buat pengetahuan semua, aku pon dak SBP (bekas lar).SBP best lar. Aku cam hepy jek dok sane, i mean kat my skul SMS HULU SELANGOR. Dok kat sane la yang wat badan aku cam kene pam (alasan). SBP punye best tuh sampai wat aku malas nak belajar lah (alasan lagi). Hahah. Aku sorang jek camtuh. Betul... tanya la sekarang aku study kat mane. Itu adalah jawapan paling tepat untuk soalan aku tadi (takde niat nak kutuk poli, it just i am blaming myself).

View la my facebook, then tengok my freinds which are norihan, balqish, natasha, farhana and many more (all my friends are brilliant bebeh). dorang tuh semua study abroad. Best kan??? Cube bayangkan kami same2 dalam satu sekolah, dikepam dan di maki hina sama2 (legislatures know why). Sekarang ni dorang nun jauh kat sana. Bestnyer dorang. Nabilah tuh pon kalau tak dah blah ke Mesir, and balik2 boleh jadi cam Ayu Raudah dalam Nur Kasih dah. Tapi beliau melepaskan tawaran ke Mesir coz of takot unta.( kan bell???). sampai sekarang kalau tanya pasal M esir tuh, dia mesti tukar cerita ke pakwe2 Korea dia tuh T_T. Dia kata dia seronok kat Tanah Melayu nih. Ok bell, kamu sangat berjiwa Malaysia!!! Huhu :). Kalau dia takde pon susah, sape nak jaga aku?(eceh)

Heheh. Takpela. Dak2 skul aku suke sedapkan hati aku. “takpe nas...study mane2 pon same, janji ade hati nak berjaya”. Hmmm..yola kowang. Aku pon dengan cumilnye angguk and kate “thanx” sambil tersenyum (korang nak aku respon pe?).seriously, walaupun orang tak kisah pun (and sometimes tak tanya pon aku study kat mana) tapi aku still rase down gile. Cam aku nye confidence level tuh memang merudum jatuh la. Kalau bagi mikrofon untuk aku karaoke, ha time tuh naik pulak confidence level aku :). Ok la. Doakan aku k untuk university’s application. Kalau boleh aku nak ambil degree in economic. Heheh. Pray 4 me y’all. Salam.

p/s: luper nk bgtau. SBP= Sekolah Berasrama Penuh. Our SEMASHUR sekarang kene
interview dulu sebelum masuk, coz terlampau masyur :) (bangga and
Alhamdulillah)

Wednesday, December 16, 2009

fabulous first night

tak rasa pelik kan dengan entry aku tuh??? huhu.sebenarnya first night tuh refer pada first night yang kami TIDAK PERLU menghadap buku-buku lagi. eceh. cakap macam aku dah tak perlu belajar lagi kan??? (ah kau paham sendiri la bila terpaksa hadap buku 3 minggu sampai muntah segan nak keluar). so sebelum paper terakhir melabuhkan tirainya, kami awal-awal lagi dah pikio apa aktiviti terbaik di alam fana ini. antaranya :

i) wayang (my spy, santau > sangat bukan permintaan aku )
ii) clubbing (ahahah!!! nak gempak je > katakan taknak!!! )
iii) kemas rumah (memang terbaik kan? :( )
iv) pulang ke selayang sepantas mungkin ( abah kate ok kalau lambat balik > daaa )
v) bowling ( aaaaa.....)
vi) karaoke ( nyummy2 )

so dengan list yang kunun hebat tuh, kami semua bersetuju untuk KARAOKE!!! uhuhu. memang nampak sangat-daaa kan??? tapi, aku tak pernah try dowh. wara kata memang terbaik ar perasaan kita pas karaokeing.ada tak rakyat Malaysia yang view blog aku nih tanya nape aku type aaaaaaaa... untuk bowling??? Ehehe. Tolonglah cakap ada, jaga hati kawan sikit beb. 1Malaysia g pon. Malu nak bagitau. Wa tak pernah bowl beb. Teruk sangat ker??? Tak kan??? Ehehe. Bukan apa, aku just tak jumpa time yang sesuai la nak berbowl. Ada tak sesaper nak ajak aku pegi bowling sekarang??? (harap ada lelaki yang ajak) haha.

Ok2. Jom terjun balik ke karaoke. Aku bersama Nazilah, Siti Sarah, Sharifah Norasykin, Nawwarah Inani, Dayang Badariah, Nurul Habibathun Ashikin dan Norkhairunnisa. Semuanya ada 8 orang kan?? Ha...nak kira nih aku cam lemb sket. Semua tuh dak DPM and dak umah aku, kecuali nawwarah ( no offense ek ra ). Nawwarah nih dah bertapa kat umah kami coz exam kan??? Hu. Kami pon bergerak la selepas isya’ (janji pas maghrib sebenarnya) ke Quality Hotel. Aku lupe la kitorang pegi tuh red box ke hape tah. Yang penting tempat karaoke lar. Masuk2 jek mood nak nyanyi sampai dah. Ha... kalau Siti Nurhaliza ke Faizal Tahir ke even BEP pon dengar kami nyanyi malam tuh, memang mereka bakal meminta autoraf kami lar. Adalah dalam 20 lebih lagu kami nyanyi. Tidak ketinggalan lagu inul. Dikocok-kocok ahh.. aku memang berapi tol lar dengan lagu tuh. Tapi dat nyte best pulak owh.

Kalau aku type lagi mau 15 tahun tak habis. Malam tuh sangat best r. Memang terbaek r malam tuh. Saper yang tak join memang rugi walaupun kami tak ajak. Haha. Wukies. Tara....
p/s: pics tak bluetooth lagi. Nanti k. Ceh cam orang nak tengok sangat pulak. 

Friday, December 4, 2009

hari-hari di mana otak perlu digilap dan dicampak

salam...
sekarang aku sedang buat persediaan untuk final next week.





sebab tu entry nih bertitlekan title tersebut



doakan aku. nak apply uni pakai this sem punya result. ( insya-Allah )




penat dan masih berharap.....





p/s:ha bell dan nisa, check la ejaan aku nih ( hahaha )