Sunday, May 8, 2011

Banglo Mewah-ians --- you will be missed!!!




ahli senior banglo mewah



ahli senior + junior banglo mewah






birthday girls - k.suza and k.umi


me with the garang k.yam


k.ju and k.jiha


k.tiqqa and k.nori



k.yana with k.umi



Salam y’all. Well disebabkan exam dah habis and aku dah mimpi pon aku dapat berapa pointer T_T saya mampulah untuk update blog muka perempuan besar nih (refer pic di atas). Em esok saya balik ke selayang sudah. Dah penuh kat paru2 nih udara kota bharu. Paru2 saya mengharapkan udara selayang pula disumbat ke dalam badan saya. Yahoo!!! Tengah carik lagu balik kampong (over? Tahu) em hari nih hari terpenat sebab terkejar2 kat uitm settlekan hal2 intersesi and malam pula sibuk berpindah randah macam orang tak mampu bayar sewa lantas berpindah pada waktu malam. Dan dikala ini saya sedang teman kak juliana fauzi study. Yela….dorang kan ada paper lagi (gelak halus).

Esok adalah hari terakhir saya jumpa akak2 nih. Baik sangat mereka nih (errrr..) teringat balik waktu aku datang kota bharu dulu, masa first time datang rumah. Dorang nih angkatkan barang2 masuk bilik aku kot. Hui. Puaslah aku cakap tak payah (tapi bersyukur dorang angkatkan, penat kot), dorang angkatkan jugak. Terima kasih =) dalam terima kasih tuh aku dok risau. Apahal lah dok baik sangat dengan aku nih? Risau2. Tapi aku dah bagitahu kat kak nur nazihan raman kenapa. Hahah. Sakit je hati beliau. Tapi tuh dulu. Memang dorang baik pon sebenarnya (errr lagi).

Mereka nih dah 24 tahun (jangan terbakar tengok umur sendiri), final semester di sini. Kos statistic. Ada 8 orang kesemuanya. Meh sini aku bagitahu kat y’all, dalam banyak2 kakak kat rumah nih paling aku takut dulu ialah kak siti maryam. Pernah sekali dia dok masak maggi. Aku nih kan budak baru lagi muda belia kat rumah nih. Tanyalah macam aku tak kenal maggi tuh hape. Ayat aku “masak apa kak yam?” jawab beliau “…..” aku tanya sekali lagi baru beliau jawab “maggi”. Tapi dah lama2 beliau baik sebenarnya. Paling terror masak, dah tuh suka jamu aku. Haha. Kesimpulannya, kalau nak aku cakap baik tolong masakkan untuk aku. Haha. Terima kasih kak yam =)

Kak Noriah Daud ialah kakak sebilik aku. Baik. Sangat memahami aku. Sebab barang2 bersepah pon dia tak kisah. Nak pinjam hanger tak kisah. Semua dia tak kisah. Baik tak? Nak maggi sebungkus dia bagi. Aku demam buatkan air teh panas. Ha apa lagi? Sampai baju aku dah takde (sebab tak sempat basuh) dia bagi pinjam baju kelawar dia. Huhu. Terima kasih kak nori =). Kak Nur Atiqqah pula adalah seorang gadis yang anti-sosial. Suara lembut macam kura2 kak nori. Huhu. Tapi bila dia jerit kan, sila tutup telinga. Haha. Tapi sebenarnya perangai gila jugak. Selama nih cover jek. Heleh! Haha. Baik sebab bila aku takde masa nak bukak laptop beliau yang bagi pinjam laptop. Sebab laptop dia 24/7 terbuka. Huhu. Terima kasih kak iqa =)

Kak umi nadhirah pula paling ayu dalam rumah (dulu lah) ayu nye Ya Allah. Tak keluar bilik pon. Walaupun kitorang dok terbahak2 kat depan tv, dia tak hambek kesah pon. Bila bercakap memang baik, tak cakap kasar2 pon. Tapi semenjak aku nak balik dalam masa 3 4 hari lepas. Ha amek kau! Perangai sama jek. Dok cover jugak cam kak tiqa tuh. Heleh! Dah lah pembawa virus adeno. Terima kasih k.umi =).Kak nur liyana pula baik juge. Beliau lah yang tolong aku pindah barang2 tadi. Peluh sakan youuu. Sebagai ganjaran belanja beliau dengan DONG BENG (bandung ais). Perangai dia tak yah cakap lah. Dah dikeliling orang gilak, dia pon gilak jugak. Haha. Terima kasih kak yana =)

Kak nur nazihah raman tuh ex YDP kelab Inspirasi. Kelab teraktif kat kampus kota bharu. Wuiyoooooo!!! Bila cakap serumah dengan dia jek, terus tersenyum semua. Kunun peberet ramai lah nih (nyampah!) kak jiha@k.ji nih selalu teman aku balik dan pergi kelas malam. Terharu nyewww. Tapi perangai senget, tak terinspirasi saya. Haha. Terima kasih kak jiha =). Kak Juliana fauzi pula sang stay up person dalam rumah nih. Gilak. Macam kelawar kot beliau nih (ke burung hantu?). Berjaga dari pukul 1 petang sampai 6 pagi, tidur 6 pagi sampai 12 tengahari. Baik gilak sebab selalu teman mana2 aku nak pergi. Haha. Contohnya teman berus gigi, teman stay up, teman makan dan blablabla. Ha banyak kan? Huhu. Terima kasih kak ju =)

Last but not least kak suza hamira. Ha. Beliau nih rupe macam ratna mentor (bagi can) kalau nyanyi macam ning baizura. Berjalan macam fasha sanda. Kalu buka tudung macam adibah nor (????). beliau antara peneman kak jiha hantar saya balik dan pergi kelas malam. Terima kasih kak su =). Terima kasih semua sebab sudi jadi kawan, kakak, housemate yang teramat baik untuk saya. Yelah..saya nih kan payah orang nak gemar. Haha. Macam2 kamu semua tolong. Tak terbalas rasanya. Terima kasih. But please, don’t miss me please. Huhu.

Terima kasih dan good luck future statistician. Semuga kamu semua boleh carik kerja cepat dah tuh belanja saya yang masih bergelar pelajar. Semuga kamu semua cepat kahwin tapi check schedule saya dulu ok. So that saya boleh lah datang majlis kamu. Semuga yang tak ada boyfriend lagi dapat cari jodoh yang berkekalan, tapi carikkan untuk kite jugak tau. Semuga yang baik2 lah jadi atas kamu semua. Huhu. Again… you all will be missed <3

Ini bukan entry jiwang karat. Ini entry menghargai segerombolan manusia yang baik pada saya. Pada yang anggap saya bermuka2, tahapehape,penipu, pemeras ugut dan sebagainya yang negative, I have 6 words to you – yelah kau je yang A plus!!!

Notabukulali : tak perlu kan yang last sekali tuh? Tapi geram. Tata!

2 comments:

  1. inaz,mula-mula akak baca tajuk entri kamu.akak da tau mesti kamu nak cita yg cdih2.akak pun baca2....tapi air mata x kuar2,yg kuar gelak jerk...dgn aaa........de....no.....tol x sebut...(glak bsar)i will mis u...,nak rindu jgk:P

    ReplyDelete
  2. k.adira af : hahaha. first time sbot btol virus akak tuh. haha. yela.. tahu...akak mmg kne rndu kte pon. hahaha

    ReplyDelete