Sunday, February 20, 2011

Ini soal diri. Ini soal usaha sendiri.

Salam. (entry kedua. jeng, jeng, jeng)


Aku mengaku. Kalau aku nak sesuatu, yang aku nak sangat2, boleh buat aku gila. Sebab apa? Aku nak sangat dan aku akan usaha sampai aku dapat. Tapi bila aku dapat, aku tak reti, tak mampu, tak berusaha, tak mahu, tak larat nak menghargai. Ini contohnya :


Aku dari dulu nak dapatkan kos ekonomi dan masuk ke universiti. Lebih 2 kali aku apply universiti, sekali pon tak dapat. Akhirnya Allah makbulkan doa aku. Dia bagi aku peluang untuk rasa apa yang aku NAK sangat tu. Bila sampai sini, jangan pikir aku tak berusaha untuk memajukan diri ye disini. Aku usaha sudah. Tapi, aku rasa macam tak boleh pergi jauh.


Sebab apa? Sebab aku basic dari poli ker? Aku benci kalau orang perlekehkan poli. Hakikat sebenarnya hebatnya kita bukan terletak di mana kita berada. Nah! Kau bagi ayat power kat orang. Tapi kenapa diri sendiri tak terinspired dari power quote kau tuh? Ok. Aku dah mula terasa nak bersungguh balik.


Allah selalu dengan aku. Aku tahu. Tadi,esaimen aku membukit bukau. Dengan izin Allah, ada hamba Allah sudi ringankan beban aku tanpa tahu apa keadaan aku sekarang. Terima kasih Ya Allah. Sekarang nih aku tengah lemparkan otak atas buku macro pulak. Susahnya, SubhanAllah. Takpe. Aku usaha okay.


Aku nak abah tengok aku konvokesyen dengan ijazah di tangan di UiTM ini. Aku kena usaha. Aku tak mahu jadi beban abah and family lagi. Jadi first step is STUDY HARD! Ye. Aku usaha. Doakan aku readers.


Kamu yang membaca, jangan takut kalau nak ambil kos ekonomi. Ok, Cuma kena usaha berganda. Aku nih orang yang kuat. Boleh angkat beras 2 ekor kura-kura kot. Ok diam sekarang!



p/s : ini entry kedua untuk hari ini. I need someone to talk to. Allah ada dengan saya, juga kamu. Blog kesayangan saya. Tsskkk.

No comments:

Post a Comment