Saturday, May 7, 2011

Happy birthday Atok Jamil!!!

Bismillah.


Salam y’all!!! Happy gila!! Aku dah habis final. Okeh. Dulu kat poli aku memang takde hal la la tido pukul 3 dah tuh bangun pukul 5. No hal. Tapi mungkin factor umur dan sifat malas yang membara, stay up sampai pukul 2pagi pun dah kasihan kat mata sendiri. Dahla mata macam panda. Macam kena cat hitam bawah mata. -_- tapi…aku tak harap la keputusan setinggi gunung. LULUS pun cukup pandai dah! Ya Allah, tolonglah aku Ya Allah. Okeh. Takmo cerita pasal final dah.


Eh hari nih 7 may, abah saya dah mancapai tahap warga emas beliau yang optimum. Yang ke ………. Huhu. Happy birthday abah!!! Love you! Nak tahu? Aku tak pernah cakap depan abah aku sayang dia. Harap2 dia paham sendiri. Yela…nak sayang siapa lagi kan? Harituh kakak rumah aku cakap dia hormat kat ayah dia tahap gunung tertinggi. Aku pulak tak tahu tahap mana. Yang penting lagi tinggi dari akak tuh la. Yela…abah aku boleh jaga anak dia nih seorang diri tanpa isteri di sisi. Ingat senang ker? Kan orang tua dulu pernah kata “jaga lembu sekandang lagi senang dari jaga anak dara seorang” uiyo! Apalah? Anak dara disamakan dengan lembu?


Tapi tak kisahla, ada kebenarannya di situ. Kan lembu tak payah pergi shopping, nak makan pun makan rumput je. Anak dara mana boleh makan rumput? Lagi2 aku nih ha, anti tumbuh-tumbuhan. Bila abah masak sayur seperiuk, beliau yang muntah habiskan seorang diri. Ada lembu nak pakai perfume rm250? Ha takde kan? Motifnya aku nak bagitahu abah aku belanja aku perfume weh. Harga seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi (nak appreciate je,bukan riak). Padahal time tuh aku dah kerja pulak (sila doa kakak saya tak baca ini). Tapi sebab aku dok ngidam sangat nak pakai, beliau sanggup lah belanja aku. Kunun aku nih berhati mulia nak bayar balik Tapi kira balik bajet, tak mampu -_- tapi bila nak pergi Kelantan, beliau cakap “tak payah la bawak, boleh abah pakai” hah? *mukerisau*


Tadi aku cakap abah masak sayur kan? Rakan2 saya yang terdekat tahu kelemahan, kekurangan saya adalah bila berhadapan dengan dapur,kuali,senduk dan bahan2 masakan. Tak reti masak bahasa mudahnya. Abah yang masakkan ok. Kadang2 aku order je “abah,esok nak nasi goreng”. Pagi esok dengan biadapnya tanpa membantu walau sekelumit, nasi goreng dah ready! Yummy!!! Abah buka tudung saji atas meja makan siap dengan alunan lagu gamelan lagi. Nak bagi aku berselera (exaggerate is my middle name) bila balik dari poli ke Kelantan ke, bilik tersusun rapi. Heheh. Takkan abah aku upah orang gaji pula. Beliau la yang kemaskan. Dah tuh bila aku cakap aku kena sumpah sebab bila aku duduk kat bilik tuh, bilik tuh kompom bersepah secara automatic (scary tak?) abah aku buat muka paham dan tersenyum sahaja , kadang2 dia marah gak. Tengok nasib aku la. Hahah. Dah tuh abah kemaskan balik.huhu bahagianya hidup!!! (sila doa lagi kakak saya tak baca ini)


Tak sabarnya nak balik selayang!!! Isnih nih saya balik. Naik flight lagi y’all (Aku suka riak la sekarang nih). Nak jumpa abah and family. Eh haritu anak saudara aku yang selalu buat aku berapi call dan dengan cumilnya cakap “kitorang rindu akak lah” huaw2! Suka!! Aku pulak dengan macaho nya jawab “yela…” padahal adalah rindu sikit. Sikit jek. Ok? Eh kalau ada lelaki2 yang single dan masih mencari baca entry aku ni memang kompom kena reject terus kan? Ha….mana lah nak cari lelaki yang sama dengan perangai abah aku. Tahan dan kental dengan perangai buruk aku nih. Takpela..saya nak focus pada study dan kerjaya dulu (ayat sedapkan hati).


Sehingga ini jela y’all. Aku ada banyak movie nak kena tengok nih. Busy3!!! Oh ye. Ingat kan tahun lepas mother’s day saya published entry pasal mak? Sekarang entry untuk abah pula. Happy mother’s day mak, happy birthday abah. I love u so much!!! Kamu yang ada mak lagi, go get her, hug and tell her u love her ok. Kirim salam juga pada ibu kamu semua.



Saya tahu kakak rumah saya sedih saya nak balik awal. Jangan sedih kakakku. Huhu. Sem depan masa viva jupo lagi deh <3




Notabukulali : pada yang bertunang dan bakal kahwin, congrats! =)

6 comments:

  1. ade 5 isi penting yg perlu dibincangkan di sini : -
    1. sumpahan bilik bersepah awak tu klw tak dirawat dr skrg, 7 keturunan takkan hilang. sebab dr selayang, sumpahan tu melarat ke kelantan skrg ni. tolong amik perhatian.

    2, orang yang tak makan sayur, memang takkan nampak cantik. cerah apatah lagik.

    3. ayat berunsurkan riak? memang! sumpahan dari kakak beruang awak. huuuuuuuuuuuuuuu~

    4. notabukulali tu ikhlas dari hati ke atau ikhlas makan hati? lalalalalalal~

    5. sedih ko nak balik awal? ye ke? jumpa mase viva? ko hengat kitaorang ade mase nak jumpa ko nanti? hek lehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  2. 5 isi penting tersebut perlu dibalas kembali :

    1. kalau bawak pergi hospital and cakap kat nurse ke doctor "saya ada sumpahan" mesti doctor baling dengan stretcher. huhu. memang tak dapat diubati. kalau pergi bomoh nanti jdi anjasmoro.

    2. kan tak reti masak, masak sayur pon tak reti. so tak yah makan. haha

    3. kak ber mana? tidur ker? huhu

    4. notabukulali tuh ikhlas la(menangis)

    5. eleh2 cakp jela. kamon k.ji. haha. kite tahu. hahah. admit it ok =)

    thnx comment k.jijuha =)

    ReplyDelete
  3. nota terakhir. Hepy bufday atok jamil. eh, atok? tak rocks larrrrr! Hepy bufday bro jamil. Semoga betambah ensem. Dan semoga dapat menantu lelaki yang takkan menggugat kehenseman bro jamil k. chill yawww!~ kepingin bertemu bersame bro lor!` huhuhuhuuhuhu.
    Semoga hidup akan diberkati dan dirahmati dunia akhirat pak cik...... saye mengagumi pak cik dalam diam... kerana menguruskan umah dgn baik. tapi saye mengeji anak bongsu pak cik terang terangan. sebab....takreti masak dan mengemas umah. wakakakkakaka! ni komen ke blog sendiri? muahahahhahahahah

    ReplyDelete
  4. sangat sedihh nk ber"pisah" "lame" ngan pinah..xtahu dapat tahan tunggu viva sem depe ke x??..macam mane ni pinahh...hukhuk (tgn kedada mata atas)...lallalalla

    ReplyDelete
  5. Inaz kamu nie klau menulis mcm bercakap jgk yer..padahal akak tgh membaca... nasib baik dlm penulisan..klau akak leh bukak mulut dlm blog kamu heee....mesti sopan kan.kikikiki....klakar la inaz nie.

    ReplyDelete
  6. k.tiqqa : hahaha. ala tahu la dh rindu. ckp jek. t viva jmpe yea. hahaha

    k.adira : yeker? kte tgh bercakp la sbenanye. laptop cnggih kan? dy yang type sndiri ap yg kite ckp tuh. huhu

    ReplyDelete