Saturday, February 19, 2011

Hilang hati. Otak dicuci

salam.
Aku tak tahu kenapa. Aku rasa macam lemah sangat. Rasa macam nak letak pisau kat kepala dah tuh toreh dah tuh keluarkan otak dah tuh tidur tanpa otak kejap. Boleh tak? Gila! Kan? Aku tahu. Tapi tak tahu kenapa.


Mungkin sebab aku baru lepas satu test yang aku tak boleh nak jawab, walaupun dah habiskan masa sehari untuk study. Akhirnya bila dapat soalan, rupa2nya ada 1 lagi topik aku tak tahu topik tu masuk dalam test.


Tapi kenapa kau nak kisah? Bukan tadi Allah dah tolong? Tak semena-mena aku dapat duduk sebelah budak perempuan cantik yang tahu topik tuh masuk dan akhirnya tolong aku masa test tuh? Dalam bahasa mudahnya ialah aku dapat tiru beliau. Terima kasih yea awak.


Mungkin sebab aku banyak sangat esaimen dan ketimbunan itu wajib disubmit esok kot. Nak tahu tak? Baru berapa peratus siap. Dah tuh kenapa kau sempat blogging nih? Entah tak tahu.


Ya Allah. Kau permudahkan lah segala urusanku Ya Allah.


Owh aku patut ambil wudhuk dan solat sekarang.


Satu lagi sebelum aku berambus. Ada kawan aku cakap tak mahu dengar cerita sedih lagi dari aku. Tapi macam tak boleh je. Saya tak reka. Saya memang sedih+penat+letih.



p/s: aku seorang. Seorang aku. Maka aku = Keseorangan.

No comments:

Post a Comment