Wednesday, December 30, 2009

seharian lagi bersama sang JPJ

Adus. Hopefully dis 2nd time aku lulus. Penat tau tak tengok trek parking and 3 pointer tuh. Rasa macam nak muntah dah. Ok2. Aku sebenarnya on the way untuk ambil test jpj untuk kali kedua (wtf). Ala. Bukan salah aku sangat. Ok aku tau, kita tak kan mengaku if kita buat salah. Tapi korang kene teroskan pembacaan sebab aku nak cerita kenapa dengan mudahnya aku kene mengulang untuk kali kedua.Cabaran bukit dan parking ( nak nampak fun cam dalam gameshow)Ok. Aku lulus dengan jayanya bukit, coz aku tepat dalam garisan kuning tuh and aku tak terundur pon. So tahniah kepada aku. Hopefully 2nd test nanti pon aku camtuh gak :). Dengan rasa bersyukur dan tawaduk, aku melangkahkan kereta kancil tersebut ke tempat parking. Ok aku dapat trek nombor 3, so dengan pantasnya aku pergila buat acara memarkirkan kereta. Walaupun orang jpj tuh ( bermisai lebat) jerit kat aku sebab aku tak keluarkan kereta dari kotak parking tuh, tapi aku berjaya keluarkan kereta tersebut walaupun hampir nak langgar tiang trek sebelah T_T. Em ceritanya start dengan begitu sadis, setahu aku trek nombor1 dan 2 wat 3pointer 1 manakala trek 3 dan 4 kene wat 3 pointer 2, tapi aku dirahkan oleh pakcik bermisai lebat tuh untuk buat 3 pointer di trek 1. So dengan gelabah dan rasa profesionalnya aku reverse tanpa tengok belakang and kemudian BANG!!!. Yeslah!! Terlanggar tiang, huh tak gune sungguh.
Percaya tak kalau aku cakap aku pergi merayu kat pakcik jpj 2??? Betul..sampai sekarang aku rasa cam bodohnya tindakan aku tuh. Memalukan. Harap2 pakcik tuh dah alami banyak kes camtuh and aku bukan yang pertame  eceh ayat tak tahan.masa aku dok merayu tuh, dia jerit kat aku ( nak bagi aku sedar kot “ weh budak!fail tuh fail gak la!”). then aku sedar. Cam roh nurul ‘ain syafinas masuk balik. Dengan cumil ku berkata “sory cik, saya tak bermaksud”. Tiba2, pakcik tuh cakap bapak lembut dengan aku “takpe..saya faham. Lepas nih awak cube lagi k”. Owh! Meremang!!! Daa...

Cabaran merentasi jalan raya
Nih lagi menyakitkan hati. Eeee. Aku dah tak ingat nama jpj tuh. Bende tah, yang penting lelaki. Haish!aku melangkahkan kakiku yang longlai bersama hati yang berdegup kencang ke kereta kancil tersebut. Emm. Cam ensem tau jpj tuh. Haila. Nak gerak jer termati, ok aku berterima kasih pada beliau sebab bagi aku peluang. Then aku pon meneruskan langkah kancil kecil tersebut. Ade traffic light tau (buatan jek,tapi berfungsi). Aku tak nampak apa2 colour pon yang tersembul kat traffic light tuh, dengan cuaknya aku stop kan kancil kecil tuh. Jpj tuh soh aku jalan, elok jek aku jalan tiba2 lampu kuning( jpj tuh pakai mandrem ker?tibe2 ade lampu pulak). So tibe2 ade suare kat tepi aku, “ok turun,dah lebih garisan putih”. Weh pahal???l!! ko soh jalan, aku jalan dah tuh tibe2 soh stop and keluar??? Siyes dalam hati time tuh mencarut tahap dewa punya.tapi sebab nih fail kali kedua, aku cam tenang and cakap “ok cik,jumpe lagi” dan berjalan dengan pantas meninggalkan dia dalam kancil kecil tuh.


So sape yang salah??? Bukan 100% salah aku kan??ok la wish me luck for the 2nd test. Before that love u jpj (mengampu. Dah tahap desperate nih)



p/s:ha.aku siap menangis kat boyfriend orang lagi tau. Lagi drama siap nangis kat tangga:)

Sunday, December 27, 2009

Sekolah Menengah VS IPTA

Salam2. Ha macam blog kementerian pelajaran tak title entry aku kali nih? Emm. Anak buah aku sorang tuh dapat offer ke SBP ( SMS BAGAN DATOH ). Ok lah. Tahniah la pada beliau. Johary name die. Budak nih sangat annoying tapi general knowledge die terbaek woh. So sekaligus menunjukkan die punye otak pon terbaek lah. Tapi aku cam tak paham coz ayah die nak die (johary la, takkan ayah die pulak) masuk MRSM. Kenapa?? SBP tak best ker??? Buat pengetahuan semua, aku pon dak SBP (bekas lar).SBP best lar. Aku cam hepy jek dok sane, i mean kat my skul SMS HULU SELANGOR. Dok kat sane la yang wat badan aku cam kene pam (alasan). SBP punye best tuh sampai wat aku malas nak belajar lah (alasan lagi). Hahah. Aku sorang jek camtuh. Betul... tanya la sekarang aku study kat mane. Itu adalah jawapan paling tepat untuk soalan aku tadi (takde niat nak kutuk poli, it just i am blaming myself).

View la my facebook, then tengok my freinds which are norihan, balqish, natasha, farhana and many more (all my friends are brilliant bebeh). dorang tuh semua study abroad. Best kan??? Cube bayangkan kami same2 dalam satu sekolah, dikepam dan di maki hina sama2 (legislatures know why). Sekarang ni dorang nun jauh kat sana. Bestnyer dorang. Nabilah tuh pon kalau tak dah blah ke Mesir, and balik2 boleh jadi cam Ayu Raudah dalam Nur Kasih dah. Tapi beliau melepaskan tawaran ke Mesir coz of takot unta.( kan bell???). sampai sekarang kalau tanya pasal M esir tuh, dia mesti tukar cerita ke pakwe2 Korea dia tuh T_T. Dia kata dia seronok kat Tanah Melayu nih. Ok bell, kamu sangat berjiwa Malaysia!!! Huhu :). Kalau dia takde pon susah, sape nak jaga aku?(eceh)

Heheh. Takpela. Dak2 skul aku suke sedapkan hati aku. “takpe nas...study mane2 pon same, janji ade hati nak berjaya”. Hmmm..yola kowang. Aku pon dengan cumilnye angguk and kate “thanx” sambil tersenyum (korang nak aku respon pe?).seriously, walaupun orang tak kisah pun (and sometimes tak tanya pon aku study kat mana) tapi aku still rase down gile. Cam aku nye confidence level tuh memang merudum jatuh la. Kalau bagi mikrofon untuk aku karaoke, ha time tuh naik pulak confidence level aku :). Ok la. Doakan aku k untuk university’s application. Kalau boleh aku nak ambil degree in economic. Heheh. Pray 4 me y’all. Salam.

p/s: luper nk bgtau. SBP= Sekolah Berasrama Penuh. Our SEMASHUR sekarang kene
interview dulu sebelum masuk, coz terlampau masyur :) (bangga and
Alhamdulillah)

Wednesday, December 16, 2009

fabulous first night

tak rasa pelik kan dengan entry aku tuh??? huhu.sebenarnya first night tuh refer pada first night yang kami TIDAK PERLU menghadap buku-buku lagi. eceh. cakap macam aku dah tak perlu belajar lagi kan??? (ah kau paham sendiri la bila terpaksa hadap buku 3 minggu sampai muntah segan nak keluar). so sebelum paper terakhir melabuhkan tirainya, kami awal-awal lagi dah pikio apa aktiviti terbaik di alam fana ini. antaranya :

i) wayang (my spy, santau > sangat bukan permintaan aku )
ii) clubbing (ahahah!!! nak gempak je > katakan taknak!!! )
iii) kemas rumah (memang terbaik kan? :( )
iv) pulang ke selayang sepantas mungkin ( abah kate ok kalau lambat balik > daaa )
v) bowling ( aaaaa.....)
vi) karaoke ( nyummy2 )

so dengan list yang kunun hebat tuh, kami semua bersetuju untuk KARAOKE!!! uhuhu. memang nampak sangat-daaa kan??? tapi, aku tak pernah try dowh. wara kata memang terbaik ar perasaan kita pas karaokeing.ada tak rakyat Malaysia yang view blog aku nih tanya nape aku type aaaaaaaa... untuk bowling??? Ehehe. Tolonglah cakap ada, jaga hati kawan sikit beb. 1Malaysia g pon. Malu nak bagitau. Wa tak pernah bowl beb. Teruk sangat ker??? Tak kan??? Ehehe. Bukan apa, aku just tak jumpa time yang sesuai la nak berbowl. Ada tak sesaper nak ajak aku pegi bowling sekarang??? (harap ada lelaki yang ajak) haha.

Ok2. Jom terjun balik ke karaoke. Aku bersama Nazilah, Siti Sarah, Sharifah Norasykin, Nawwarah Inani, Dayang Badariah, Nurul Habibathun Ashikin dan Norkhairunnisa. Semuanya ada 8 orang kan?? Ha...nak kira nih aku cam lemb sket. Semua tuh dak DPM and dak umah aku, kecuali nawwarah ( no offense ek ra ). Nawwarah nih dah bertapa kat umah kami coz exam kan??? Hu. Kami pon bergerak la selepas isya’ (janji pas maghrib sebenarnya) ke Quality Hotel. Aku lupe la kitorang pegi tuh red box ke hape tah. Yang penting tempat karaoke lar. Masuk2 jek mood nak nyanyi sampai dah. Ha... kalau Siti Nurhaliza ke Faizal Tahir ke even BEP pon dengar kami nyanyi malam tuh, memang mereka bakal meminta autoraf kami lar. Adalah dalam 20 lebih lagu kami nyanyi. Tidak ketinggalan lagu inul. Dikocok-kocok ahh.. aku memang berapi tol lar dengan lagu tuh. Tapi dat nyte best pulak owh.

Kalau aku type lagi mau 15 tahun tak habis. Malam tuh sangat best r. Memang terbaek r malam tuh. Saper yang tak join memang rugi walaupun kami tak ajak. Haha. Wukies. Tara....
p/s: pics tak bluetooth lagi. Nanti k. Ceh cam orang nak tengok sangat pulak. 

Friday, December 4, 2009

hari-hari di mana otak perlu digilap dan dicampak

salam...
sekarang aku sedang buat persediaan untuk final next week.





sebab tu entry nih bertitlekan title tersebut



doakan aku. nak apply uni pakai this sem punya result. ( insya-Allah )




penat dan masih berharap.....





p/s:ha bell dan nisa, check la ejaan aku nih ( hahaha )

Thursday, November 26, 2009

mengapa kita selalu perasan???








aku baru perasan title aku semalam tak menunjukkan langsung entry aku. hahahah
gelak sangat!!! takpela. sebenarnya kau nak cerita yang cita-cita aku dulu iaitu :

i ) peguam
ii) wartawan (my late mum's wish)

ha..tula dia.sekarang ni aku ambil kursus perniagaan. pe jadahnya aku nak capai cita-cita aku. peguam tu aku nak sangat2 jadi peguam coz aku ni suka bercakap and tengok peguam sangat smart. tapi abah aku vcam tak setuju, kita pon tau kan apa persepsi orang kat peguam sekarang??? wartawan. hell no!!! tapi tu mak aku yang nak aku jadi. aku dengan selambe cakap tak mahu. sebab aku nampak wartawan cam penyibuk and memenatkan. kejar orang sana-sini.

sekarang, persepsi aku kat dua-dua cita-cita aku tu agak berubah. macam peguam aku tak mungkin boleh buat sebab aku ni tak reti bidas and tegakkan kebenaran. while wartawan nampak macam best. tapi tak boleh juga kot. sebab aku tak reti buat ayat cantik. hahaha. ada idea tak aku nak jadi pe ni?? hahaha. okla malas nak fikir. amacam pic???

p/s:sedih:( pic kitorang tak keluar dalam paper sinar pon ( tibe rasa nak gelak
pulak )

cita-cita tak kesampaian

salam. huu. beapa lamanya aku tak update blog sayang aku ni. the truth is aku baru habis berperang and berenang dengan timbunan assignment. final aku tak hadap lagi ni. takpela. wish me luck ye for this damn tiring semester. okla aku just nak cerita something. aku baru pergi lawatan ( yuks.cam dak sekolah kan?) lawatan tu ke Bursa Malaysia dan Karangkraf. pergi kedua-dua tempat tu memang fun-gilerz-babasz!!!
ok. Bursa Malaysia best sebab aku paham scope kerja dorang coz aku ada experience dalam that field ( eceh ).the most important thing is uncle yang wat presentation tu belanja we all gloria jeans. huhuhu. dah lama aku mengidam tapi tak dapat nak pergi coz tak cukup duit. hak3.ok dah tu best la. alas nak menaip. anak sedare sayang aku ni nak online pulak... (geram tapi tenang mengadap laptop.

ok2. pergi karangkraf. best!!! aku suka buku-buku kan??? ( eceh lagi ).kitorang jumpa aizat,noh hujan and tomok. tu yang best sebenarnya. hak3. cam apa jek kan???
tapi serius best giler. aizat tak mungkin baca blog aku kan, so aku nak menyatakan di sini AIZAT SOMBONG NAK MATI!!! tahla.. kitorang nak tagkap pic pon lari. pe ingat kitorang nak rogol kau ker?? noh pulak..um..tahla.aku tak tau.tapi yang penting muka dia bersih giler!!!

TOMOK!!! argh!!!sila baca blog saya!!! dia sangat best and friendly. best nak mampos!! sampai wara(kawanku) kena marah dek budak-budak kelas sebab nak tangkap pic terbaik dengan tomok. hahaha. seronok dapat jumpa artis camtu. TOMOK!! KEEP IT UP!!!
huhu. tiba-tiba lupa kat zahiril adzim.hek3

aku cam busy gilez sekarang. nanati aku upload pics k. huhu

p/s:beli majalah media yang ada poster z.a and ade pic tomok in my phone. boleh tidur
bolehtidur tak agak-agak??hahaha

Tuesday, October 13, 2009

malam yang berpeluh










nampak mengancam tak pics yang di publish??? huhuhu. ok memang menggelikan kan tajuk entry aku tuh.and aku tau takde kene mengena pon title dengan pics. heheh. tapi betul la memang panas and aku ni berpeluh sakan. emm.. exam aku dah habis. happy tapi tak happy. macam mana tuh??? aku pun tak paham. tak pe la. sabtu 2 minggu lepas, budak2 clas aku pegi konvoi raya. huhu. penat sangat tapi best. rumah aku was the 1st house yang dorang datang. em.. masak spaghetti n nugget jek. heheh. western glez kn?? hahahah. tak pela. nasib baik aku nak served food time tu. sebenanya segan dengan dorang, tahun lepas dorang datang gak rumah aku. tapi apa yang aku bagi just air oren yang dibancuh oleh abah tersayang. huhu. tapi this year aku dengan bangganya telah menghabiskan about hundred (saje nak mention kat satu dunia) untuk beli barang2 masak spaghetti and order my lovely sister, kak toy @ marina (baru nak love sebab nak mintak tolong)untuk make sure yang food untuk dorang marbeles!!!
tapi tak tau la marbeles ke tak, tapi ija cakap sedap. ok la kan??hu.

ok before aku menyahkan diri, aku nak kongsi kebagusan cerita PAPADOM. pegila tengok. sangat best!!tapi aku n nuirul ade la menangis kat part yang touching. yela.. dia cerita pasal abah. mahu aku tak nanges, teringat kat abah,walaupun abah sedang bersenang-lenang keseronokan di rumah disebabkan aku tak balik. huhu. tak pe la bah oi..ok lah nak pegi mandi. busyuk and panaszzz. k salam


p/s:credit to ija and warah for all those pics. thnx dear. :)

Tuesday, October 6, 2009

keadaan yang boleh membunuh

salam.hopefully sape yang baca entry aku ni sihat belaka. emm..musim exam dah muncul semula.lepas otak dah penuh dengan tepung kuih raya. esh. cam tak sesuai langsung kan timing exam nih. aku hari ni dengan jayanya dah habis speaking for MUET, so otak dah tak tense sangat. tapi hari ini sangat mendukacitakan bila kitorang kena buka kiosk untuk bank yang kitorang search.kunun je search, tapi....(paham kan?)

Ya Allah...bila orang datang je kat kaunter kitorang, my group tak tau jawapan and start to search what they are looking for. nampak cam tak yah bukak kaunter pon takpe kan??? aku tak nak mencarut di sini. tapi sumpah cam sampah kaunter kitorang.
aku sangat menyalahkan diri sendiri sebab tak sedia langsung. just imagine setiap orang yang datang n tanya kitorang soalan,kitorang tak dapat nak jawab. eeee!!!! serious cam #%$@!!!!sampaikan lecturer sangat sekejap ambil penilaian kat kaunter kitorang. hu...sangat la menyayat hati kan???

on the way balik ke rumah petang tadi, aku ajak budak-budak ni pergi tengok midnite tonite. tapi bila malam rasa macam malas nak keluar. huhu. makan maggi je malam nih. lama sangat tak makan maggi, sampaikan maggi nurul pun aku habiskan. hu sorry nurul :)

ok la. good luck pada nabilah, nisa dan rakan-rakanku untuk exam kowang.


p/s: kuatkan diri, ingat Allah and jangan lupa Dia

Monday, September 21, 2009

selamat hari raya ( toink toink )





selamat hari raya!!! maaf zahir batin kepada semua yang mengenali diri ku ini. ( eceh ayat tak tahan ).walaupun pics aku tak berbaju raya kerana baju raya nak pakai masa meround ke rumah saudara- mara.so aku terpaksa pakai baju yang baju masa ijam kahwin. huhu. hari ni pula aku dah pakai track-bottom dan t-shirt jungle ape pemberian ijam dan kak ima.

2 pic bahagian atas tu adalah time aku masih berada di jalan TAR walaupun jam menunjukkan pukul 1 pagi. sempat kami bergambar kerana merasakan membazir balik awal sebab kami bayar RM5 untuk park di tempat FREE. tapi takpe.nak membeli-belah punya pasal (padahal tak beli apa-apa pun).aku pada waktu itu pakai baju labuh yang dibeli di First Lady ( RM29.50,kenpa nak mention harga ni?). Ya Allah berpeluh sakan la kan pakai baju tu sebab aku meredah lautan orang.selepas membeli 3 botol air mineral dan air berperisa serta makan sebungkus keropok lekor,kami bergerak pulang ke kereta. semasa meredah lautan orang di jalan TAR tersebut, aku banyak belajar cara-cara untuk mempromosikan produk-produk. sesuai la kan,course aku pun memerlukan cara-cara promosikan barang ni. antara cara-caranya ialah pakai je baju atau tudung ( kalau jual baju atau tudung la) walaupun anda lelaki. ha. bayangkan la kelakar ke tidak lelaki pakai pakaian wanita???

wara:mesti dorang terpaksa tebalkan muka kan pakai camtu?"
aku :tak la wara. dorang memang nak pun

itu pendapat aku la. sebabnya dorang tak menunjukkan langsung perasaan segan atau malu langsung.tapi aku tabik la pada mereka.sebab professional mereka pakai juga.

ok berkenaan buku 330 english essays tu pula ialah aku akan menghadapi peperiksaan MUET pada 6 oktober ini. hari tersebut dikhaskan untuk speaking je. aku yang tak berapa nak fluent ni wajiblah membaca supaya vocab dan grammar aku tu makin baik. tapi almaklumlah hari raya hari yang mulia kan,aku tak sentuh langsung buku tersebut. anak buah aku yang kat sebelah tu yang baca. nama dia renee aishah. saya dengan muka tak bersalah selamber je main snap2 pic pula. hu. ok la anak-anak buak aku dah membebel nak online.terpaksa meninggalkan laptop aku ni ha.



tu kau cakap aku penat dengan mereka.:(
SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR BATIN syafinas sekeluarga~

katakan tak nak kepada maksiat



sangat memenatkan membaca HR ( Human Resource ) untuk kuiz. baca punya baca sekali puan ckap "takpelah kita postpone k".hu. terima kasih lecturer sayangku.penat sangat membaca sampaikan otak kami weng untuk 15 hari tau.ok flshback semula k. dayang,nurul dan aku yang membaca di tingkat bawah sangatlah penat dan pening sehinggakan kami mengambil keputusan untuk bermain buaian di playground depan rumah kami.

aku main buaian tu sekejap je sebab takut besi buaian tu tercabut. heheh buaianofobia ( takut buaian ). sekali aku pun sambung main pemainan lain. antaranya jongkang-jongkit dan juga gelongsor. ade gambar-gambar kami sewaktu kami weng tu. tapi tak dapat nak publish kerana tak bertudung (weng sangat sampai tak jumpa tudung.hu alasan).

selepas puas bermain, aku barulah terperasan papan di taman permainan tersebut. Ya Allah. terkejut mak nok. ada dipaparkan gambar-gambar lelaki dan perempuan yang accident sampai pecah kepala dan otak bersepai. ngeri tak?? ngeri gilez kan??? di antara gambar lelaki dan perempuan tu ada gambar orang yang selesai dikapankan. bawah gambar-gambar tu pula terdapat banyak dalil dan hadis yang menyatakan jangan buat maksiat. seramzzzz!!! sebenarnya itu adalah peringatan untuk para pengunjung playground tu untuk tidak "terlampau mesra" kalau datang bersama kekasih.

aku pada awalnya tergelak jugak la dengan usaha pak imam-pak imam surau depan rumah kami tu.tapi terdapat benar dan betulnya dari peringatan tersebut.aku setuju. yela. aku tak la baik sangat. tapi apa yang AJK surau tu buat adalah langkah yang sangat bernas. dan yang sangat membanggakan adalah tidak ada langsung pasangan yang nak dating kat situ. Tahniah la surau tu. heheh aku sebenarnya terlupa nama surau tu. nanti aku publish kat sini k. kredit untuk jemaah-jemaah yang mengimarahkan surau tersebut.



sangat penat waktu raya ni kan? sibuk nak layan tetamu,siapkan juadah dan paling penat ialah MELAYAN KERENAH BUDAK-BUDAK WENG (anak buahku) NI. :(

Monday, September 7, 2009

hari memartabatkan bahasa melayu se Shah Alam

semenjak saya mempamerkan blog tercinta kepada rakan-rakan,saya telah dicemuh teruk kerana kesalahan eja entry-entry sebelum ini. contohnya,dalam entry tips untuk menulis diary dalam handphone, tersebut-tersebit. dan terlampau banyak dan anda juga boleh menjadi seorang pecinta bahasa melayu dengan memperbetulkan ejaan-ejaan tersebut. maaf ye saudara-saudari. bila saya menaip,saya tidak pandang ke skrin mahupun menyemak kembali entry yang sudah siap untuk ditunjukkan.huhu(budak baru belajar)so di sini saya cuba untuk menggunakan sepenuhnya bahasa melayu bersama ejaan yang tepat lagi bernas.

lantas saya pun menghasilkan entry ini dengan penuh semangat dan azam yang kental walaupun saya terlampau banyak kuiz yang menanti. bersama rakan-rakan yang sedang memikirkan juadah berbuka walaupun baru pukul berapa.hu. tidak mengapa. maafkan mereka.jadi sesiapa yang sudah pun menganalisis setiap patah ejaan yang salah. nah ini hadiah nya!!!



KASIH SAYANG YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA!!!


selamat beribadah dan renung-renungkan

p/s:macam terbalik,tapi tidak mengapa

Friday, September 4, 2009

tips untuk menulis diary dalam handphone



betapa canggihnya zaman sekarang hingga aku tak jumpa mana pen dan kertas untuk menulis sehingga aku terpaksa menaip dalam handphone ( tu pon lepas delete banyak message).aku ni kira terinspired (ade ke such word?)by seorang gadis yang sangat cantik. and aku adore kecantikan dia dari rupaparas,kepintaran(wau) dan kelawakjenakaan beliau.so dengan bangganya aku ingin menjadi seperti beliau. i mean a great blogger la. takkanla gojes gilez cam dia kan. selepas aku mengkaji dan menyumpahranah beliau ( sebab kelaka),aku tak boleh tido la pulak dat nite. sangat menakutkan kearana esok pagi ade class investment yang merupakan teori semata dan lecturer tersebut sangatla baiuk hati kerana mengambil diploma dalam course nursing.kenapa aku tak keluar dari bilik tersebut lalu study supaya tahu apa yang dibebelkan oleh lecturer esok???eheh....akhirnya tertidur juga saya...uhu.


tapi sangat sakit hati dengan nisa keesokan harinya,beliau meminta saya untuk bangun dan mandi awal!!argh nisa terima kasih la teramat sangat!!!takpela
bagi mengelakkan pergaduhan belaku di dalam bilik yang aman tersebit, maka aku bangunla dengan jayanya.dalam class aku berjaya untuk tidak mengantuk dan terasa nak tidur. hu!! tahniah syafinas!!


mencari tempat berbuka yang boleh makan sambil bersila. jawapannya...stadium melawati shah alam. dat was my first time berbuka kat sana. ok i am fine and fun there. ( cam tak je kan?)ok la..marilah aku selitkan wajah gembira aku di sana bersama rakan-rakan tercinta.




ok selamat berpuasa :p

Monday, August 31, 2009

da day i'll never 4get

Hari yang xterduga.sgt2 xterduga.kawan aku ada prob yang sgt besar dan hani (kawan aku gak) pk untuk bawa kwn aku yg ada prob nh tok jmpe kaunsellor.secara kebetulan hani ada ibu angkat yang merupakan kaunselor yang buat prac jap kt poli dlu. Ibu. Aku cadangkan tok bwk kwn aku yang ada prob 2 kt ibu,so mybe kalo ibu sndri xleh bantu mybe kwn2 dy leh. Hani pn ckp mybe kalo ad rezeki aku. Aku leh jumpe ank ibu 2.aku statekan kt sini as BOB jela ek. Ok dgn bangga dan tanpa harapannya kami pon grk la ke umah ibu. Cerit2 dh sejam lebih, aku n hani pon memulakan mukamdimah kt ibu sal prob kwn ktowg 2.citer r everything tbe2 dgr ade owg bukak pintu,ibu pon nk tgk sape 2. dalm umah 2 ade kolam ikan,so aku cm jenguk jap then aku turn tgk2……..BOB!!!!!!! argh!!! Ase cm nk melompat tros kt dpn kolam ikan 2,sory ikan. Kowg xpntg. Bob g pntg.hahaha. so aku pon p la dpan. Ibu sgt best… dy soh bob dok jap dgn ktowg. Bob cm nk xnk. Yela…pnt kan…tp dy dok gak.huhu.bygkanla perasaan aku tym 2 weh…Ya Allah.. cm nk melompat dpn dy td. Uhu. Dy lepak jap. Citer dy telan ubt selsema then dy alah kt kucing. Malam t dy smbg blek keje. Uh…. Sonok sgtla… tp aku xnk tunjuk aku obsess sgt la kan. Dy naik atas bru la ktowg n ibu citer2 sal dy. Sgt bahagia. Kaki n tgn kau sjok jer. Bestla!!! Huhu.

Friday, August 14, 2009

memenatkan

salam.aku dah seminggu masuk class balik.uh sangatla terasa malas nak study.lagi2 bilik aku 2 ade tv.urgh terase malasnyer nk p class.ha 2la padahnya hmpir 8bulan xstudy.sgt pening boley??tp skang dah k sket lar. aku dah ade ati blek nk study.ye r.subjek makin mencengkam kepala otak.argh!!ketensionan melanda.aritu ade wat meeting dak2 umah.tp xckop owgla (agk bnci suasane tersebut). esh sgtla pnt nk conduct dak2 2. aku ase cm nk bkr pon ade umah 2.uh!!pe g mahu cerit??musim H1N1 skng sgtla menakutkan kan??act ade jek dak poli aku yg positif H1N1.tp poli sgt relax jek.cm bnd bese je H1N1 2.yela 2 owt. pe g???t la next entry. salam.nunyt

Thursday, August 6, 2009

start new sem

salam.dah lama aku xpost any new entry here.byk benda nak cerita act.but sgtla malas nak taip apa yang jadi kat dalam my blog. ok. start with my report. kan aku kene wat report afta prac kan?so my report 2 kene reject tym lec cek.uh sgtla tnsion!!!aku tpakse stay another nyt kt umah nisa. kan menyusahkan orang nama die 2.but k la. 2nd tym lec cek aku ny report accepted.Alhamdulillah. walaupun tpakse bohong.heheh.cowie lec.um next bout my abah. dy k sket kot skang.walaopon sumtyms sket dy dtg.tp aku ank yg "baik".huhuhu.aku wat2 xnk tau pe jadi tym dy saket.sian abah aku kan?dy sgt sunyi sebenarnya.since my mom left us 5 years ago.k la jz doakan dy makin sht.k pg td aku wat latihan kereta.uhuhu.aku sgt sonok cz aku dah xmati enjin tym bnti kt trffc lite.huhu. tp xblaja g kat track.menakutkan kan?hahaha.sok insya Allah aku nk p s.alam.ada daftar modul plak. so mybe p nek moto. aku tkot gak senany.tp sape nk anta aku kan?
uh doakanlan aku slamt smpai.abah aku dah panggil makan.so c in next entry.salam

Tuesday, July 21, 2009

perlu ke rasa macam ni???

mesti semua orang tau apa itu facebook kan? aku pon ade facebook ( ah of coz ). ari2 aku try online.
n view semua orang punya fb. aku rasa aku sangat x diperlukan n bila tengok pic2 dorang dengan kwan2 skul, aku rasa sangatlah jelesnya. cz aku sendiri dah xrapat dengan kwn2 lama. tapi aku yang start xcontact diorang. dat is y aku tanya perlu ke rasa macam nih??? entahla
ak rasa macam segan sangat nak keluar dengan diorang. aku rasa sgt2 rendah diri bila aku masih tak menjejakkan kaki ke U. aku masih di satu tempat asing yang kalau aku punya SPM xtrok dulu,mgkn sampai sekarang aku xtau ape bende tempat aku belaja sekarang. huh. entahla. kadang2 chill out dengan kwn2, bley wat aku lpe all my probs. tp yla skang aku tpkse menyiapkan report praktikal aku. owh... trase sgt2 la SUCK idop aku nih. aku terfikir, macam mana nak jadikan my life yang meaningless nih sweet?? tahla... serius xtau. maybe rapatkan diri dengan family???owh aku hanya ada abah n kakak jek sekarang nh. mak n along aku dah xde. n semua siblings aku dah kwen, except me. kakak aku 2 pon kesian sgt. dia bujang kembali. phm kn???mgkn rapatkan diri dgn ALLAH. ye.. Dia lbh berkuase kan?? catch dis later

Monday, July 20, 2009

boring pasal rumah sewa

aku seorang student. dan sangat memenatkan bila hostel limited!!! bila sorang kawan aku cakap nak apply hostel, aku agak berlagak n cakap aku xsanggup duduk hostel. ye... hostel sangat best bila kita duduk dengan yang sekapla. tapi untuk dengan junior. owh please... aku xsanggup
sekarang aku kene jadi leader rumah sewa yang bakal aku diami. tapi 2la.
betapa xseronoknya jadi seorang leader. dan paling penat nak PLEASE orang sekeliling yang menggelarkan diri sebagai kawan. wuteva!!! mahal la pulak deposit rumah. dan aku terpakse call n sms semua orang untuk jelaskan tujuan bayaran2 tersebut. tertekan. tapi xpela. hidup kalau xtertekan xadventerous kan??? harap selepas ini aku boleh jadi seorang yang matang pemikiran
selepas dikecam semua orang tentang umah nh. masa bakal menentukan.
kan???