Saturday, January 23, 2010

tak mahu mencarut lagi

Salam. Dah stat sem nih. Biasalah. Allah nak uji awal2. Dah demam plus selseme plus batuk plus hampir nak cabut hidung plus lalalala. Takpe. Aku tak mengeluh tau. Ada hikmah aku tak sihat, baru tau kawan2 aku sayang kat aku(kan korang?). Malam lepas pegi klinik tuh, tido jap dah tuh bangun sebab wara dah belikan bubur mcd and barli suam (tak bayar lagi kat wara). Siap suapkan lagi. Sweet tak? Kawan korang ada wat camtuh? Ha... takde kan? Kawan –kawan aku yang lain. Nisa,zila,dayang,ikin and sara tengok2 jela dari tepi time aku kene suap tuh. Selame nih aku makan tak de pon nk tengok. Hahaha. Kidding. Ok la. So sekarang Alhamdulillah. Dah kurang sikit demam nih.


Actually aku nak cerita kejadian yang wat aku terdiam and fikir kebesaran Allah. Pagi-pagi sabtu bersamaan 16 Januari. Aku cam besela bangun tido lambat sebab belum start sem kan. Tengok handphone ada misscall dari sorang kawan aku nih. Pelik tapi biarlah dulu. Saje je kot. Tengok tv jap dah tuh baru mandi. Tergerak la hati nak message kawan aku yang misscall tadi.

Aku : nape call?
Dia : surbaini dah takde. Aku ada kat masjid nih.


Innalillah... surbaini tuh kawan sekolah rendah aku dulu. Tak la rapat sangat tapi kalau sebut nama memang aku kenal. Dia tuh sakit paru-paru. Tahla abah aku cakap paru-paru berair. Baru aku tau bapak arwah tuh kawan abah aku. Punyalah tak bercampur dengan masyarakat kamu nih syafinas. Jenuhlah aku call kawan-kawan perempuan aku yang kenal arwah nih, yelah nak ajak pegi kubur sekali. Tapi...takde sorang pon yang ada kat selayang time tuh, so aku pegi ziarah dengan abah aku. Dengar talkin sekali, Ya Allah... takutnya... terbayang sekejap kalau dah mati nanti. Macam mana lah agaknya. Sebelum balik, ziarah kubur mak dengan along jap. Balik tuh terketar-ketar. Umur arwah sebaya dengan aku. Baru 21 tahun, bayangkan Allah dah panggil. Bila-bila masa jek dia nak tarik nyawa kita.... dah sedia?


Petang tuh pulak nak pergi ziarah pakcik aku. Em dia ada kencing manis, so dah tahap kritikal dan menyebabkan kaki kiri dia kene potong. Pada aku, ok lagi la tuh, at least dia masih ada kat bumi nih lagi. Apa yang buat aku tambah insaf, bila dia kata nak pergi toilet. Aku cam dalam hati kata “pergi je la”. Oopss, lupe... mana boleh jalan, kaki sebelah dah takde. So anak lelaki and menantu dia yang angkat pergi masuk bilik bukan toilet tau tapi bilik. Awak buangla air dalam botol tuh. Allah anytime jek boleh tarik balik apa yang Dia bagi pinjam kan? Subhanallah... selama nih tak pernah pon bersyukur dengan apa yang aku ada, kutuk2 adalah. Selama nih cakap aku tak cantik, tapi tak pernah fikir yang aku dah cukup sempurna kan? Muka ada hidung, mata,mulut, kening and semua Alhamdulillah masih berfungsi. Gemuk2 pon, tapi tak pernah nak bersyukur aku ada lagi tangan, kaki, badan and still gak berfungsi. So apa orang nak cakap pasal aku, let them be. Janji aku masih tahu hargai dan bersyukur dengan apa yang Allah pinjamkan.


Aku dah pasang azam baru, TAK MAHU MENCARUT LAGI. Tengah usehe la nih, tak leh drastik tahap maksimum, nanti macam hangat-hangat taik ayam (eceh). So silalah sukung saya (macam pilihanraya PSA je).cakap pasal poli, aku tengah fikir lagi tajuk projek. Ada yang nak menyumbang idea? Tulung la yea...( muke simpati).huhu. Ok la. Tata.


p/s: dugaan untuk mencarut di rumah sewa lebih besar,paham2 la kenapa. no offense
k dak umah tepi hosenta. :)

Wednesday, January 13, 2010

aku tak tahan!!! dunia ni kejam!!!

Macam pe je kan title aku tuh? Tapi seyesly aku memang nak listkan apa yang aku tak tahan and apa yang buat aku rasa dunia ni kejam.

Satu :

Aku tak tahan....
Makanan yang terlebih dos cili = Makanan pedas

Dunia ni kejam....
Orang sekeliling aku pelik tengok mata aku berair padahal aku sedang berusaha habiskan makanan pedas tersebut. Orang sekeliling aku ketawa dan manyampah tengok aku makan sos tomato bila pegi MCD n etc.

Dua :

Aku tak tahan....
Usaha aku disekat walaupun aku sedang berusaha buat yang terbaik

Dunia ni kejam...
Orang sekeliling aku cakap “dahla nas...sudah2 la tuh”. ada aku kacau ko?! Howwow tol!

Tiga :

Aku tak tahan....
Diasak soalan “bila nak ada boyfren?”, “yeker ko takder boyfren?”, “adakah ko jual mahal sangat?” and bla-bla-bla.kfvdnvjsgdsh!!!

Dunia ni kejam....
Orang sekeliling cakap camni “ko tak cantik kot nas, that’s why takde laki nak”, “owh sorry nas, ko terase ke aku cakap pasal tak cantik tadi?”. WTF.
(dalam hatiku:ko ingat ko tuh cantik giler ker?)


Empat :

Aku tak tahan....
Bila aku FAIL LAGI untuk cabaran mendaki bukit pada hari test bersama JPJ untuk kali kedua (menangis dengan teresak-esak)

Dunia ni kejam....
Abah aku terpaksa bayar lagi untuk aku lulus pada test seterusnya. Paling sadis dan kejam. AKU TERPAKSA DATE LAGI DENGAN PAKCIK YANG AJAR AKU DRIVE TUH!!! TAK MAHU!!!



p/s: motif entry nih just nak bagitahu aku still tak lulus for my driving test. Booo kepada diri sendiri!!! yang baca entry nih tak perlu boo aku ek. (amaran keras)

Thursday, January 7, 2010

You're My Everything

You're my everything
The sun that shines above you
Makes the bluebirds sing
The stars that twinkle way up in the sky
Tell me I'm in love
When I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my finger tips
And all the while my head is in a spin
Deep within, I'm in love
You're my everything
And nothing really matters but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes
You're my everything
Forever and a day I'm need you close to me
You're my everything
You never have to worry, never fear, for I am near
For my everything
I live up on the land and see the sky above
I swim within her ocean sweet and warm
There's no storm, my love
You're my everything no nothing really matters
But the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes,
You're my everything
Forever and a day I'm need you close to near
You're my everything
You never have to worry, never fear, for I am near
When I hold you tight
There's nothing that can harm you in the lonely night
I'll come to you and keep you save and warm
Yet so strong, my love
When I kiss you lips
I feel the rolling thunder to my fingertips
And all the while my head is in a spin
Deep within
I'm in love

You’re My Everything by Santa Esmeralda. Lirik nih bukan aku dengar and tangkap sendiri. Jujur gle kan? Aku sangat menggemari slow song cam ni. Walaupun aku tahu, lagu ni sangat oldies and aku sangat lame, biola...janji mak epy nok. Pada suatu malam yang hening, lepas mata dah sembap tengok Boys Over Flower sebab ada part yang sedih. Aku godek2 segala songs kt my lappy buchuk nih. Sekali tengok ada lagu dari Santa Esmeralda nih. Aku dah nyanyi dulu, then try la play nak dengar if betol ke tidak aku nyanyi tadi tuh. 100 marks for me!!! Betul!!! Heheh. Over kan aku? Standard la aku, kalau dah dengar lagu2 cam ni. Mula la bayang yang bukan2. Erkk. Yang baik-baik je ek yang aku bayang. Aku terbayang bila dah ada someone yang really special nanti (tahu.lambat lagi), aku nak nyanyi lagu ni kat dia. Heheh. Nak tengok dia suka ke terseksa dengar suara aku. Heheh cam sweet tapi kejam kan??? Cam kira test dia gak la nih. Hahah. Tapi selama aku penah nyanyi kat orang, aku selalu dapat pujian la. Contohnya “nas, giler beautiful suare kamu. Pergilah audition AF”. Aku terima je pujian orang. Ada gak yang memaki hamun di sebabkan cemburu yang melampau. “nas, boleh stop tak? Bingit la”. Emmm... tu semua agenda nak menjatuhkan aku jek.


Hahahah. Serious tipu weh, selalu aku kene maki hamun jek kalau menyanyi. Lagi terbaik kene gelak time aku nyanyi lagu I Don’t Want Miss A Thing-Aerosmith. Padahal penat giler aku tarik sampai nak pecah tekak aku. Hu :(. Ok la. Siapa yang tak pernah dengar this song, pergilah download. Tak pun boleh bluetooth bila jumpa aku (eceh cam bagus). Time dengar tuh, kompom u all akan terbayang-bayang aku menari ballet (erkk) kat depan korang. Eheh, mesti ramai tak mau dengar, tak2 aku tipu. Sila lah dengar. Sangat best and uuuuu(speechless). Bye and salam.