Thursday, March 25, 2010

Ya! Saya memang suke sibuk!

Salam. Title tuh bukan bermaksud aku busy body k, maksud title tersebut saya suke busy. Walaupon kadang-kadang suka gak busy body.tanya itu ini kat orang and errr.. Ok drop it syafinas. Well as everybody knows this, aku sekarang dalam final semester aku kat poli tuh. So aku nak rasa enjoy la sikit for this semester.

Aku awal-awal semester lagi dah mintak borang untuk join KPP ( Kelab Pengajian Perniagaan), yang selama nih orang buang-buang kertas tuh disebabkan tak mahu commit. Yela... bila lagi nak rasa kan? At least banyak la kenangan manis aku kat shah alam neh. Heheh. Si nisa and jaja pon join gak, so kitorang 3 sekang dah join KPP tuh, and bulan April nih ada BUSINESS WEEK, so kami terlibat untuk set up booth Insurans. Owh... mencabar ye, sebab presiden mintak untuk kami carik 1 insurance company yang boleh bagi benefits to students and lecturers as well. Dahla kitorang cam tak minat sangat dengan Insurans nih cz of markah ujian terok. Heheh.

Projek lintah and projek production maseh menunggu kami untuk melangsaikan ‘mereka’.owh sangat menguji kesabaran la kan projek-projek nih, tapi takpe sebab banyak experience baru yang aku dapat dan akan dapat. Contohnya hari tu aku, jaja and dayang wat study trip ke ajinomoto untuk projek production. Emmm.. macam-macam la kitorang dapat hari tuh, baru tahu ada apa kat dalam ajinomoto yang kowang makan tuh. Heheh. Walaupon penat, tapi rasa berbaloi jugak. For lintah, kami tengah tunggu jawapan Encik Lintah tu untuk tau bila dia boleh entertain kitowang.emmm Encik Lintah, replyla msg tuh....

English course! Yay! Aku, fiza and hani join english course untuk memantapkan lagi english kami. Yela.. selama nih aku blogging pon pakai Bahasa Melayu kuno jek, kenela upgrade siket diri an so that tak la tertinggal kat belakang. Lagi pon english course nih murah, RM100 jek for 3 months kat Goon Instititute ( esok baru nak carik kat mana.heheh). so after english course tuh, maybela this blog takde dah Bahasa Melayu. Huhu (kidding)

Debate? Anda sukakan debate? Penahkah anda menyertainya? Jika jawapan anda ya, sila hubungi saya k. Owh.. aku sangat memerlukan pakar-pakar debate untuk tolong aku debate dengan dak laki isnin nanti. Its about marketing, aku kerajaan and posisi aku ialah Perdana Menteri (eheh, senang kan?). hani as menteri kedua while zack as menteri ketiga. Hope these girls can spill out their text well that day, amin.... so ada saper nak tolong kitorang untuk debate nih? Otak aku menggigil sejuk bila dengar perkataan ‘debate’,since aku pon dah lama bersara dari arena perbahasan nih.


p/s: if and only if shafiq@epit and liza ( semashurian0206 ) bace this post, sila contact aku a.s.a.p. please....

No comments:

Post a Comment