Saturday, May 8, 2010

Happy Mother's Day Mak

Bismillahhirrahmanirrahim.

Sempena hari ibu or mother’s day neh, aku pon nak wish la dekat ibu2 di dunia neh.HAPPY MOTHER’S DAY!!! My sis said, everyday is mother’s day..yeah sis u’re ryt! So this is for my mak. Masnawiyah Ali.

Selama mak hidup, aku terlampau kecil and terlampau mentah untuk paham keadaan dunia neh. Hidup neh macam indah jek. Yela..umur 13 kot time tuh. Balik sekolah mak basuhkan baju, raya mak yang sibuk mengemas sementara aku sibuk tengok cerita2 menarik kat tv, pagi2 dah ada breakfast, ada problem cerita kat dia padahal problem taklah segampak mana, apa lagi? Ahh.. banyak la…tak mo cerita banyak, tisu takde kat tepi neh. Masa mak sakit, ye…aku risau. Tapi aku tak pikir pon mak sakit teruk and terus tinggalkan kitorang. Tapi yang aku sangat terkilan, aku tak jaga mak pon masa mak sakit. Aku kat semashur time tuh, and aku…entahla…aku rasa aku terlampau mentah dan bodoh time tuh.

Hmm…faham tak perasaan tuh? Hari jumaat haritu masa nak balik selayang sebab birthday abah, aku jalan2 jap and berhenti kat floor yang mak2 confirm suke. Pinggan mangkuk arcopal la, pyrex la n more yang buat mak2 cam alahai nak yang tuh, nak yang neh. Yeah…mak aku pon antara peminat pinggan mangkuk neh. Owh…perasaan sungguh sayu sekali. Kalau aku ada duit and mak ada lagi. Serius! Aku belikan apa jek yang mak nak. Tapi dua-dua aku takde. Perasaan aku? Sangat sedih :(.kita boleh riang ria kat luar, but deep inside. U will never noe. Its all pain I tell u.

Sekarang Pak Jamil jaga anak dia neh. Kesian juga kat abah aku, makan minum aku dia yang jaga, padahal aku yang patut jaga makan minum dia. Tapi, sangat terasa mak takde. Siapa nak dengar aku luahkan masalah? Luahkan kat abah, tak sama dengan mak. Ye..abah ialah abah yang terbaik dalam dunia, tapi takkan aku nak cerita part2 perempuan dengan abah? Kan? Ok aku tulis entry neh tok ingatkan pada yang ada mak and abah lagi, SILA HARGAI DAN SAYANGI MEREKA. Jangan jadi macam aku, sekarang nak menyesal. Tak de gunenye lagi dah….. cakap korang sayang dorang selagi masih sempat. JANGAN JADI MACAM AKU!!!

Okla, aku harap adalah iktibar dalam entry nih. Dah cukup banyak aku merepek dalam entry lepas. Ingat pesan aku k. oh ye lagi satu, kawan2 aku suke cakap aku tak cukup kasih sayang, mungkin la kot kawan2. Mungkin sebab aku takde mak. Sebab tuh aku kelihatan sangat tak cukup kasih sayang. Aku belajar jadi kuat start dari mak takde. Life must go on ey. Allah takkan bagi dugaan pada hamba-Nya yang lemah kan? Love u so much mak.

Till then.salam


p/s: readers, neh bukan nak mintak simpati and kesian. Sungguh. Kalau ada perasaan tuh dalam hati, sedekahkan mak dan muslimin muslimat yang dah meninggal dunia Al-Fatihah ok. Al-Fatihah.

3 comments: