Friday, June 4, 2010

gorgeous,beautiful,sexayyyy






Salam

Emm..bosan kan sementara menunggu result neh. So, aku carik satu topic untuk aku fight sorang2 dalam blog usangku. Pernah dengar tak orang barat yang kulit putih melepak tuh suka kulit cam orang asia? Maksudnya tak berapa nak cerah dan ada yang lagi berat kesnya iaitu terus ekzos terbakar? Ha…. Aku tak risau orang nak marah, sebab aku pon antaranya la weh. Rilex la… meh kita tenangkan diri kita dengan membaca karangan aku ni. Antara kawan-kawan aku, aku rasa aku la paling banyak kena bahan sebab aku ni wayyyyyy darker than them. Walaupon aku rasa aku bukanlah yang paling gelap, dan lagi best yang gelap pon bahan aku jugak sebab dia tak kena bahan. Yeslah weh. Takpe…kau happy kan? Aku memang lahir untuk happy kan ko pon. No worries ok.


Sebelum meneruskan pembacaan anda, sila pastikan anda menggunakan perkataan GELAP yea, bukan HITAM. Kau ingat aku arang? Tampar kang, terus takde colour. Ha, ok teruskan. Dulu, aku nak sangat jadikan kulit ekzosku ini cerah seperti salju (erk). Macam-macam produk yang saya gunakan, tapi masih begini *sigh. Aku ingat lagi dulu, time form 1 and form 2. Habis duit Haji Jamil nak beli pencerah kulit aku ni ha. Dulu aku pakai P@#*S. Tak boleh nak state, takot pulak. Nak tahu apa kesan dia? Sama je la…takde nye kulit aku jadi cam snow white. Ok2 over la kan jadi cam snow white, tapi betul la macam takde pape sebab aku pakai sekerap yang mungkin ek. Tak pernah miss. Buit habis duit je…uh.menyesal!


Kini, aku tampil dengan azam yang baru (okla kan walaupun imej tetap sama). Aku ingin kulitku kekal begini. Manalah tahu, orang putih nak kat aku, yela…aku sampai sekarang kot takde siapa2 lagi. Cesh! Ok2, lari tajuk. Korang kenal tak Tyra Banks? Nicole Scherzinger? Rani Mukherjee? Tak kenal? Ok la..artis Malaysia la, Dayang Nurfaizah? Ha…kenal kan? Untuk pengetahuan semua, mereka nih semua tak la cerah mana tapi still gojes gitu! Ha..sebab mereka nihla aku berpikiran sebegitu. Eleh.tempek make up sikit then aku pon sebaris la dengan mereka.hahaha, syafinas sedang buat lawak. Sila gelak! Berani korang gelak?! Takdela sebaris, at least…takdela ekjos sangat muka aku kan? Ha betul tak? Cakap betul….. korang dah tengok pon pics mereka kan? Cantik kan? Aku berazam nak kurus je sekarang. Tapi taktaulah boleh ke tak, sebab eheh…eheh..eheh lagi..(tak mahu cakap).


Duduk kat umah nih, walaupun tak de makanan kan. Aku still rasa ada makanan kat mana2 tempat tau. Macam haritu, abah aku pegi holiday tuh, aku rasa aku full jek all the time. Huhu. Rasa cam tengah tengok tv tuh, kat bawah meja ada twisties (tiba-tiba). Ha…cane nak kurus tuh? Nantilah…aku try la kuruskan juga badan aku neh ha. Macam suke jek badan aku sekarang, ok TAK! Tuh alasan semata. Aku try yea…manalah tahu kan jadi macam Rani Mukherjee ke Dayang Nurfaizah ker. Takleh mention Tyra Banks, nanti korang tak leh tido malam pulak bayang aku jadi supermodel. Ahaks!


Sebelum aku habiskan menaip neh, ingatlah. Bersyukur dengan apa yang ada, no need lah jadi some one else. Sebab kalau kau jadi orang lain, siapa nak jadi kau? Ha. See my point there? Aku bukan nak jadi macam nama-nama yang aku sebut tuh, they’re just my idols. Uhu. Alasan berjuta~. Ok la. Till then guys. salam

5 comments:

  1. hahaha...tp ak xpnh ckp kn ko gelap....
    huhuhu..bajet je...ske je bace blog ko...
    interesting la.....da way u write 2 yg i like btul2....hehe...

    ReplyDelete
  2. raziah dear,
    alamak tharu la sayang bace comment u =)
    yea...ko xpnh ckp ak glap.
    huhuh

    btw thnx again
    really appreciate it

    ~love enas

    ReplyDelete
  3. its ok...
    u r most welcome....(=

    love u 2.... muah muah..
    (over la plak,hahaha)

    ReplyDelete
  4. enas! ak pon satu nasib dgn kau! hehe kulit kita kulit emas :)) HAHAHA kan nas kan? kita patut bangga,, kita lah wanita Asia sejati! yeay! sep sikit! *ketepek*!

    ReplyDelete
  5. sep balek *ketepek*
    huhu
    kte boleh dpt mat salleh ja
    huhu

    ReplyDelete