Friday, June 18, 2010

merawat luka di hati

Bismillah.

salam.


Eeissshh geli jek kan title. Owhh..sekarang aku tengah tengok ulangan Akademi
Fantasia 8. Maulana!!!!! Rasa cam nak peluk jek kalau jumpa. Uhuhu. Owh tidak. Saya bukan ahli KAFAN ( kumpulan/kelab anti Akademi Fantasia) kat facebook tuh. Saya sangat suka menyanyi, nak dengar?ahahah. yela. Tak nak sudah. Korang tak rase ker dengan menyanyi kita akan hilang rasa duka, lara, kecewa dan apa2 la kan. Rasa macam therapy juga la. Ha gitu. Kembali pada title. Mengapa saya rasa luka? Owhhh… Ya Allah, kuatkan hatiku. Korang nak tahu yang mana dulu? Good news? Bad news? Kalau aku, aku suker sangat nak tahu bad news dulu. So nanti bila tahu yang good news, macam hilang la bad news tadi. Ada yang setuju???


Ok the bad news is aku still tak dapat tawaran ke IPTA!!! Huargh!!! Owh IPTA, apa yang kau mahukan? Dulu after SPM, aku tak dapat aku paham la. Au pon tak sanggop nak tengok result sendiri. Tapi sekarang setelah saya dah lebam2 mata study, pon masih tak dapat? Taktaula kan? Malas aku nak buat rayuan. Untuk apa? Untuk aku postkan title MERAWAT LUKA DI HATI 2? Owh tak payah. Saya tak mahu ambil risiko(risiko apa?). jangan sampai saya tukar negara ek IPTA, heheh mesti kerajaan approve je. sebab buat pe la Malaysia nak simpan rakyat yang tak pernah menyumbang apa2 cam aku nih. Tapi jangan ambil enteng dengan saya IPTA. Tolongla. Kami warga Politeknik pon nak sambung pelajaran. Kata nak rakyat berminda ke hadapan. Aku akan apply tok akan datang nanti. Tolong luluskan permohonan saya wahai IPTA.


Aku actually baru baca Berita Harian, pelik sikit la hari ni sebab abah aku beli paper kan. Beliau ‘sura’ rumah tangga sepenuh masa, so tak de masalah tengok berita kat Awani 24/7. Ini adalah kerana bapak aku nye muka ada terselit sikit dalam Berita Harian.hahahah, dengan group Marhaban dia.hahah. Berita Harian ada tulis banyak juga applicant yang tak di terima disebabkan keghairahan pelajar untuk memohon kemasukan ke IPTA lagi2 kawasan Lembah Klang. Budak2 medic yang dapat 3.8 or 3.9 pon banyak tak dapat sebab budak 4.0 lagi banyak memohon. Huish. Korang otak apa nih? Bapak excellent. Yela IPTAAAAAA….


Good news! Good news! Hoyeh!!!! Kesat air mata korang, dahhh…jangan sedih sangat dengan bad news aku tuh. Sabar kay (nape aku yang pujuk nih?). Alhamdulillah, rasanya kawan2 aku dah ramai yang tahu. First time la aku menangis tengok result. Luar dari jangkaan aku. Alhamdulillah =). Bagitau kat abah aku dia cam blur. Setiap sem kena terangkan tau.huhu takpe, tak kisah pon sebab result saya cantik. Anugerah Pingat Ketua Jabatan seyh. Alhamdulillah~ . tak sangka akan dapat pointer cam tuh. Result tuh adalah yang paling tinggi selepas result sem 1 aku. Lagila tak sangka, sem 6 kan macam pening sikit. Sem tula pulak aku nye pointer naik. Alhamdulillah. Group lintah aku pon semua AKJ, huhu tak congratulate dorang lagi pon. Dear Valour members, congrats kay!!!tak sangka projek lintah kita pon dapat A!!! congrats y’all!!!


Sebelum battery laptop aku bagi warning, aku nak cerita sikit lagi nih. Tadi ada company dah panggil aku interview. Wish me luck kay. Harap sangat aku dapat. Nanti I update pe jadi kay.

Till then. Salam.

No comments:

Post a Comment