Tuesday, June 1, 2010

Tamat and getting older?

Bismillahhirrahmanirrahim.

Salam y'all.

Yea…saya sudah pon tamat menghabiskan pembelajaran di politeknik shah alam. Pheww.. penat sungguh selama 3 tahun di sana. Pelbagai pengalaman dan pelajaran saya perolehi. Pengalaman pahit manis menjadi seorang pelajar,seorang rakan, seorang ketua (ceh nak mention jugak nih). Penat, dan aku tak tahu kalau aku boleh ambil pengalaman tuh untuk membuatkan aku menjadi lebih cerdik. Pelajaran? Kelas yang bermula pada pukul 8 setiap hari. Aku terpaksa bangun dengan lebih awal sebab kelas tonggang terbalik yet aku kan tak cukup tidur dari baby lagi sebab tu aku payah nak bangun pagi =P. hu. Penat kan? Siapa kata pelajar politeknik mudah je hidup mereka? Nope baby nope.


Sewaktu study week, ramai dah cakap tak sabar betul nak habis diploma nih (gaya berlagak). Tapi bila habis je paper law. Semua menangis tak keruan bila sedar akan adanya perpisahan. Ada yang tak nangis, eleh bajet cool la tuh. Tah2 nangis dalam toilet.huhu. takdela…korang cool =). Apa2 pon pleasela contact each other k. jangan biar frenship kita setakat kontrak 3tahun je. Ok? Take care yea kawan2.


Aku sekarang berada kat atas katil dengan keadaan belum mandi pada pukul 8.06p.m. eleh rilek la. Pedehal mandi lambat? Kan? Macam2 aku nak luahkan kat blog usang aku ni, tapi semuanya tak interesting. Aku baca pon nak muntah. Tapi sumpah aku nak share something dengan korang walaupon takde bende nak share. Emmm. Haa.. tau kan 11 orang rakyat Malaysia yang jadi sukarelawan hantar bantuan kat Gaza masih tak tahu condition diorang kan? Tahu kan? Aku pon tengah piker kat mana diorang, tapi believe me. Setakat nak pikir cam aku, tak payah la. Tak berkembang pon otak tuh. Kita doakan mereka ok? Semoga mereka selamat dan mendapat perlindungan. Amin….


Ok. Soalan yang menghujani diriku kini ialah “ko nak buat apa lepas nih?”. Yeah…..apakah jawapan saya? Semestinya, saya nak jaga ayam2 abah saya dan ingin mengembangkannya menjadi 1 perniagaan yang besar. TIPU! Heheh, nak dekat dengan ayam pon aku takut. Ayam abah aku tuh macam ayam hutan la. Ganas. Tak mahu aku. Aku dengan coolnyer akan menjawab seperti ini, saya tengah tunggu uni’s result. Kalau dapat, saya pergi. Kalau tak dapat saya menangis dan carik kerja dulu. Ha..korang buat apa pulak? Sementara tuh jugak, aku nak pegi settlekan hal aku dengan jpj tuh. Malas tol, suker sangat kat aku sampai tak nak luluskan aku. Hesh. Susah ada peminat macam tuh kan? ( ok kalau nak muntah, silakan =P)

Ok la, nak mandi dulu. Sape nak etot? Hu,tipu jek. Buat readers, thanx a bunch baca blog i. take care~


p/s: ini jela aku rase interesting. Ok la kan dari takde.kan?kan?kan? =)

2 comments: