Wednesday, September 15, 2010

Bila perigi cari timba sebab timba tak ada kaki so tak boleh datang kat perigi.




salam.


Bismillahhirrahmanirrahim.


Panjang kan title aku? Saje je, kalau boleh letak title 5muka surat aku letak je. Gila apa title 5 muka surat. Orang baru baca dah terkeluar air liur basi. Ok sila stop meraban. Aku dah kerja dah pada 5syawal. Huuu. Pilu rasanya, nasib baik 16hb cuti, hilang sikit rasa pilu tuh. Apahal nak pilu? Dah la tak de kampong. Aku kan suka kalau waktu raya nih. Aku suka pasal apa? Aku suka bila malam raya, aku tunggang terbalik tolong siapkan makanan and kemas rumah yang macam tongkang meletup. Sakit2 kaki aku sebab berdiri lama sangat. Sakit kaki juga sebab overweight, ok sumpah aku jujur gila. Aku sekarang macam nak turunkan sikit berat badan (tapi kat sebelah ada teh tarik). Last lah aku minum tuh, (sambil kunyah coklat maltesers). Ok, aku tahu y’all mesti sakit hati. Hahah. Soorrreey…

Tapi kan y’all. Aku rasa sedih sikit lah aidilfitri yang mulia tahun nih. Aku asyik kene marah jek. apa abang and kakak aku nih nampak aku macam budak bawah umur lagi ke hah? Nak marah2 aku pulak. Cukup baik aku buat kerja, kalau ikut hati muda gua nih, dah lama gua heret motor pergi lepak tepi tasik ulu yam (bajet macho). Tapi cukup lah y’all tahu aku kena marah walaupun umur dah 21. tak mau citer ah. Sedih (padahal sibuk kunyah kit kat pulak).

Weh pe cerita dengan title-ko-yang-kalau-tak-panjang-lagi-tak-boleh-tuh? Sebelum tuh y’all dah tengok pics? Ayu bukan? Yeah..i know..hahah. takdelah. Ada lah orang kat opis aku nih tegur kenapa aku suka pakai tudung colour hitam. Jawapan aku, suka hati aku lah. Dah tudung hitam jek masuk dengan muka aku, tudung hitam je tak nampak kotor walaupun kena sambal, tudung hitam jek tak payah iron sangat. Ha. Yang tukang tanya tuh y’all, pon suka pakai colour hitam. Berapi jek aku. Rasa nak bakar pulak tudung dia tuh. Ha, biarlah dia. Semuga dia bahagia di samping tudung hitam beliau.

Cerita balik pasal raya, kurang sikit lah orang2 yang datang raya rumah aku tahun nih. Makcik2 aku dah ramai yang sakit. Dah ramai yang tua,. Biasalah kan. Family aku ramai ada penyakit kencing manis. Dengan makanan dan minuman yang aku sebut di atas tuh pun boleh menyebabkan aku pon dapat penyakit yang sama. Nauzubillah. Aku tak mahu lah. Ok2, pasnih aku kurang kan sikit makan and minum benda2 manis gilak nih. Y’all pon sama kay. Nak tahu tak pak cik jamil aka abah aku, pon suka minum and makan benda manis. Tapi dia suka exercise sikit,tengok ayam lah. Kemas laman rumah yang memang sampai bila2 tak kan kemas tuh lah. So aku rasa dia tak de lah kot penyakit tuh. Kalau ada pon tergeliat urat sebab suka angkat benda berat. Degil betul. Dah tuh bila tengok orang sakit, sibuk buat ulasan orang tuh suka makan and minum benda2 manis tak sedar diri tuh dia pon sama. Berlagak tuh pak cik jamil tuh.

Oh, aku kutuk abah aku ek? Aku and abah aku memang kamcing la. Dia takkan kisah la aku kutuk dia. Heheh. Kan abah? Ha nampak kan dia angguk? Anak ku sazali dia panggil aku. Sebab dia kata perangai aku macam sazali. Ada ker? Tak lah (muka ayu). Ok stop lah kutuk abah aku. Y’all nak tahu tak lelaki kat selayang nih makin lama makin hensem? Huhu. Aku macam biasalah mestilah ada yang berkenan di hati. Heheh. Tapi hati aku jelah yang minat, dia langsung tak pandang aku pulak. Huhu ;(. Nama dia? Tak payahlah. Waktu kecik dulu, cute lah. Hensem jugak. Tapi bila dah besar nih. Muka dia macam tua sikit. And gemuk sikit. Umur dia 22. nih kalau dia baca, kompom dia tahu tuh dia. Masa 5 syawal tuh aku drive pergi opis. Balik rumah je, nampak kereta dia kat depan rumah dia. Heheh, tersenyum aku. Lama gila dia balik kampong. Sekali, ropenye dia datang beraya rumah aku. Owh…bukan nak bawak rombongan meminang sekali. Eh salah, aku yang suka dia bukan dia yang suka aku.

Aku pon macam wanita di alam kegedikan. Salam2 tapi tak lah salam dia. Dah tuh aku duduk luar, tak keruan duduk kat dalam rumah sendiri tiba2. ahah. Ok aku sangat gedik. Dah tuh dia balik. Kecewa kenapa dia tak tegur aku and mintak nombor aku sekali. Huhu. Tak pelah. Pasrah je aku nih. Dear awak,sila lah mintak number kite. Kite suka kat awak lah. (padahal aku kau je dulu). Ok tak kalau aku bagi surat kecil tulis cenih kat depan pintu rumah dia? y’all rasa apa respon dia? Hahah. Tak molah piker, kesian kat diri sendiri, sebab selalunya respon yang tidak memberangsangkan. Hahah (gelak sambil menangis). Dia tak de facebook, maybe ada. Tapi nama lain. Hang kasturi ke, encik pecinta alam ke. Mungkin lah nama2 macam tuh.

Macam panjang gila entry aku kali nih. Mesti yang tak berapa minat dah pergi carik blog lain untuk di telaah. Pada yang masih membaca terima kasih daun keladi =). Ok lah. Sebenarnya, aku kat opis nih. Bosan tak de kerja(kat tepi ada belambak kertas untuk disettlekan sebenarnya). Tuh lah gaji sikit. Hahah tak de kene mengena sebenarnya. Ok lah selamat berhari raya pada yang masih galak bercuti dan beraya. Ingatlah pada saya yang sudah bekerja nih. Mencari sesuap nasik yang akhirnya, aku disuap oleh abah juge. Huhu. Sebelum mengundurkan jari, nak jelaskan sikit lagi pasal lelaki tadi tuh. Dia jiran saya. Dulu dia hensem tapi sekarang tak sangat. Tapi adik dia yang bawah umur pulak hensem. Tapi saya dah tua, so suka abang pon dah memadai. Haha. Ok lah. Till then y’all. Salam. Tara =)

owh ye.pics di atas tuh la perigi yang sibuk cari timba sekarang.


p/s: bila saya nak ada kekasih hati nih?

2 comments: