Saturday, July 3, 2010

Tudung, selendang, hijab, jilbab = pelindung aurat wanita.

Bismillah.

salam.

Hye readers! (Cam bagus je) Uhuh. Sihat? Emm. Asyik merapu je kan entry kite? Apa kata kalau kita pikir sejenak. Sekarang nih heboh kan pasal sanggul tinggi wanita bertudung tuh? Actually, aku memang suka tengok perempuan pakai selendang beserta sanggul tinggi. Betul… Nampak kemas dan cantik. Tapi, aku tak pernah buat. Yela…aku kalau botak pon still tak kemas.huhu. em. So apa pendapat u all? Siap ada hadis tau pasal sanggul tinggi nih. Tang tuh jugak aku yakin dan tak mau buat tinggi2 rambut.


Tiba2, keluar pulak kat paper ada ustazah yang menyatakan takpe kalau sanggul tinggi asalkan menutup aurat. Pulak? And aku terbaca lagi artikel pasal keinsafan yang cerita ada seorang mamat nih masuk masjid pakai baju hitam masa hari jumaat and gertak orang yang ada dalam masjid. Siapa yang nak mati, stay dalam masjid tuh. Lebih kurang la kan dia cakap. Then tahu kan apa jadi? Sikit je yang tinggal then dia kata, ini je ke orang beriman? Dush dush! pheww.. takot seyh. Kat bawah tuh dia ada cam bagi tazkirah kata “apakah kita sudah dikatakan cukup beriman jika kita lebih percayakan surat khabar dari hadis atau dalil?”(lebih kurang la ayat dia) dush lagi! Haaa… sape nak jawab? Takot nok!


Pemakaian tudung bagi aku adalah satu yang tidak boleh dipaksa. Jangan di push. Suka hati korang je. Kang dia pakai bukan kerana Allah, tapi sebab tak tahan dengan mulut korang yang macam jamban tak flush tuh. Bukan bermaksud aku suka orang tak tutup aurat. Let’s serabutkan otak togetherla dengan aku punya persoalan :


1. Kalau orang pakai tudung tapi still mengumpat, Salah ke beliau?

2. Kalau orang pakai tudung tapi tak menutup dada dan berpakaian sendat, besar
tak salah beliau?

3. Kalau orang pakai tudung tapi buat maksiat dengan laki bukan muhrim, Salah ke
betul tindakan beliau?

4. Kalau beliau tak bertudung, sibuk suruh dan kutuk wanita bertudung? Bagus ke
tidak beliau tuh?

5. Kalau beliau bertudung tapi sibuk mencerca dan memaki hamun wanita tak
bertudung. Apakah hebat tindakan beliau itu?



Ha..hebat tak? Kenapa aku tak boleh dapat persoalan macam ni masa buat final projek dulu?(menyesal). Soalan nombor 5 tuh aku macam takot dowh. Jangan cakap pasal orang. Contoh : “hek eleh, pakai tudung tapi kadang-kadang free hair jugak”. Never ever say like that! Nanti kena balik kat kita. Contoh paling best la. Kawan aku punya kawan. So cam bukan kawan aku la kan. Adalah 1 time tuh dia cakap camtuh kat kawan dia. Then, tiba2 dia rasa dia lebih cantik dan menarik bila free hair, so dia pun memfreekan hair dia! Ha… adakah tindakan perempuan itu semurni alam? Mengutuk orang, dah tuh tertepek tahi sendiri di muka (ey apadah peribahasa). Jangan kutuk dowh. Jangan! Ko nak kutuk mulut dia busuk takpe, tapi nak kutuk tudung tak tudung nih janganlah. Nauzubillah.


Nombor 4 tuh mesti ada yang ingat aku salah taip kan? Takla weh. Wujudlah manusia yang tak pakai tudung tapi beriye suruh orang lain pakai tudung. Gilak kau! Dah tuh sibuk nih carik cacat cela wanita bertudung tuh. Huiyo! Suci dan murni seyh perangai. Rilek la, jangan emo. Sabar kay. Tak yah kutuk la seperti yang di sarankan oleh aku tadi. Well korang. Mesti lepas korang baca entry nih, korang pergi carik picture aku kan? Sambil cari gambar hati korang tertanya2 “ syafinas! Dah berubah? Adakah beliau sudah berjubah dan berpurdah?” belum! Sabarla. Insya Allah, aku usahakan. Maksud aku, pakai baju muslimah yang betul2 menutup auratla kan. Hey. Jeans sendat aku ada lagi la. Huhu. (ok2, aku tak sarankan pakai baju dan jeans ketat ye). Plus aku pon ada gak tersenarai dalam perempuan seperti soalan 1 & 2. Fikir tau korang, ingat pesan aunty k readers. Tom-tom bak! *apahal nih?!


Ok2 sebelum aku pergi iron baju. Aku nak share good news with all of u. 1st, aku dah dapat kerja! Okla kan kat TA jugak. Clerk je. Alah janji adalah kan? Khamis 1 july start. 2nd is aku dah lulus JPJ!!!! Huurrraaayyy!!!! Sape nak ikut mak pergi kerja naik kereta? Ha? Tak boleh! Sebab mak pergi kerja naik motor je. Aha~. Esh gedik jek. Ok la readers, selamat menjalankan hidup anda dengan ceria! =)


p/s: opsss, ada lagi 1 soalan, kalau perempuan pakai tudung tapi smoking macam mana? Cool ke beliau? “COOL” kan? (nak smoke kat rumah sudah wehhhhhh).

2 comments: