Monday, September 21, 2009

selamat hari raya ( toink toink )





selamat hari raya!!! maaf zahir batin kepada semua yang mengenali diri ku ini. ( eceh ayat tak tahan ).walaupun pics aku tak berbaju raya kerana baju raya nak pakai masa meround ke rumah saudara- mara.so aku terpaksa pakai baju yang baju masa ijam kahwin. huhu. hari ni pula aku dah pakai track-bottom dan t-shirt jungle ape pemberian ijam dan kak ima.

2 pic bahagian atas tu adalah time aku masih berada di jalan TAR walaupun jam menunjukkan pukul 1 pagi. sempat kami bergambar kerana merasakan membazir balik awal sebab kami bayar RM5 untuk park di tempat FREE. tapi takpe.nak membeli-belah punya pasal (padahal tak beli apa-apa pun).aku pada waktu itu pakai baju labuh yang dibeli di First Lady ( RM29.50,kenpa nak mention harga ni?). Ya Allah berpeluh sakan la kan pakai baju tu sebab aku meredah lautan orang.selepas membeli 3 botol air mineral dan air berperisa serta makan sebungkus keropok lekor,kami bergerak pulang ke kereta. semasa meredah lautan orang di jalan TAR tersebut, aku banyak belajar cara-cara untuk mempromosikan produk-produk. sesuai la kan,course aku pun memerlukan cara-cara promosikan barang ni. antara cara-caranya ialah pakai je baju atau tudung ( kalau jual baju atau tudung la) walaupun anda lelaki. ha. bayangkan la kelakar ke tidak lelaki pakai pakaian wanita???

wara:mesti dorang terpaksa tebalkan muka kan pakai camtu?"
aku :tak la wara. dorang memang nak pun

itu pendapat aku la. sebabnya dorang tak menunjukkan langsung perasaan segan atau malu langsung.tapi aku tabik la pada mereka.sebab professional mereka pakai juga.

ok berkenaan buku 330 english essays tu pula ialah aku akan menghadapi peperiksaan MUET pada 6 oktober ini. hari tersebut dikhaskan untuk speaking je. aku yang tak berapa nak fluent ni wajiblah membaca supaya vocab dan grammar aku tu makin baik. tapi almaklumlah hari raya hari yang mulia kan,aku tak sentuh langsung buku tersebut. anak buah aku yang kat sebelah tu yang baca. nama dia renee aishah. saya dengan muka tak bersalah selamber je main snap2 pic pula. hu. ok la anak-anak buak aku dah membebel nak online.terpaksa meninggalkan laptop aku ni ha.



tu kau cakap aku penat dengan mereka.:(
SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR BATIN syafinas sekeluarga~

2 comments:

  1. syafinas macam buat karangan budak darjah satu...wawa...jgn mara nas..ak men2 j...haha...good luck muet t...ak dh jd follower ko..ko ble ag????

    ReplyDelete
  2. gmok wat esei..bapk bosn glew blog dia..
    ak sokong bell..
    hahaha

    ReplyDelete