Monday, September 21, 2009

katakan tak nak kepada maksiat



sangat memenatkan membaca HR ( Human Resource ) untuk kuiz. baca punya baca sekali puan ckap "takpelah kita postpone k".hu. terima kasih lecturer sayangku.penat sangat membaca sampaikan otak kami weng untuk 15 hari tau.ok flshback semula k. dayang,nurul dan aku yang membaca di tingkat bawah sangatlah penat dan pening sehinggakan kami mengambil keputusan untuk bermain buaian di playground depan rumah kami.

aku main buaian tu sekejap je sebab takut besi buaian tu tercabut. heheh buaianofobia ( takut buaian ). sekali aku pun sambung main pemainan lain. antaranya jongkang-jongkit dan juga gelongsor. ade gambar-gambar kami sewaktu kami weng tu. tapi tak dapat nak publish kerana tak bertudung (weng sangat sampai tak jumpa tudung.hu alasan).

selepas puas bermain, aku barulah terperasan papan di taman permainan tersebut. Ya Allah. terkejut mak nok. ada dipaparkan gambar-gambar lelaki dan perempuan yang accident sampai pecah kepala dan otak bersepai. ngeri tak?? ngeri gilez kan??? di antara gambar lelaki dan perempuan tu ada gambar orang yang selesai dikapankan. bawah gambar-gambar tu pula terdapat banyak dalil dan hadis yang menyatakan jangan buat maksiat. seramzzzz!!! sebenarnya itu adalah peringatan untuk para pengunjung playground tu untuk tidak "terlampau mesra" kalau datang bersama kekasih.

aku pada awalnya tergelak jugak la dengan usaha pak imam-pak imam surau depan rumah kami tu.tapi terdapat benar dan betulnya dari peringatan tersebut.aku setuju. yela. aku tak la baik sangat. tapi apa yang AJK surau tu buat adalah langkah yang sangat bernas. dan yang sangat membanggakan adalah tidak ada langsung pasangan yang nak dating kat situ. Tahniah la surau tu. heheh aku sebenarnya terlupa nama surau tu. nanti aku publish kat sini k. kredit untuk jemaah-jemaah yang mengimarahkan surau tersebut.



sangat penat waktu raya ni kan? sibuk nak layan tetamu,siapkan juadah dan paling penat ialah MELAYAN KERENAH BUDAK-BUDAK WENG (anak buahku) NI. :(

2 comments:

  1. haha..ko bajet dayang senandung pe nek2 boyan...

    ReplyDelete
  2. bell...dayng 2 nme kwn kteorg r...bkn cter dongeng..g tau dayng..

    ReplyDelete