Sunday, December 25, 2011

Study week oi!

Salam semua, macam artis sangat aku nih nak update puluhan ribu kali padahal masa entry emo dah kate itu yang last. Haha. Sorry la yea. Well aku dalam alam study week. Yea…study sangat. Sebelum study aku pikir mahu enjoy dulu. Nak enjoy cemane ye di sini? Ye saya masih di kota bharu. Kawan2 aku yang lain sibuk sangat balik rumah masing2. Aku nak balik jugak sebenarnya…..huaaaaaaaaaa!!!


Tapi tadi call abah dia kata tak yah balik, duit tambang bas tuh boleh buat makan. Lah! Jangan kata dia memang nak anak bongsu dia ni tembun sepanjang hidup. Tapi tuhla sebenarnya aku bukan nak balik sangat. Aku Cuma tidak mahu ada di sini. Aku nak balik selayang aku bukan pikir nak duduk kat rumah sambil mentelaah, aku ingat nak tengok wayang, jalan2 kat klcc, makan dominos, baca novel. Ewah2 sihat sangat hidup aku kan? So bertahan syafinas! For the time being, kota bharu is the best place for you! (berlinangan air mata)


Dulu duduk kat banglo mewah best sangat! Akak2 tuh tak balik pon, plus aku memang ada stay-up partner, kak Juliana tuh. Tapi sekarang nak study sesame malas sangat. Sebab dengan budak kelas sendiri kan? Bukan sebab aku tak suka budak kelas aku, aku nih bukan lah pelajar yang boleh bertahan dengan focus. Aku boleh focus paling lama 10minit, then aku start lah menerawang. Budak kelas aku nih pulak boleh focus 24jam! OMG! Lagi satu aku tak suke study same dengan budak kelas sebab tetibe aku rasa macam masuk pertandingan pulak. tuh tak mo tuh.


Tak paham dengan situasi aku? Ha tak pe, tak yah paham. Tak penting. Ok lah y’all. Tiba2 akak tak tahu nak type apa lagi, just wish us the best of luck for our finals ok. Take care. Salam.



p/s : kalaulah ada doraemon kat sini. Nak satu benda je, pintu suka hati.

2 comments:

  1. selamat berjaya inas. <-ko tak terkejut first time komen ahkakkkk ko ni sopan?

    ReplyDelete
  2. tq akak kasih =)


    pelik, tapi manusia berubah bukan?
    haha

    ReplyDelete