Friday, December 2, 2011

malas nak pikir title

Betapa aku berharap aku di tempat yang aku mahu pada waktu ini.


Betapa aku berharap aku boleh menangis dan melepaskan segala beban dalam kepala dan hati aku ketika ini.


Betapa aku berharap ada seseorang datang dan menghulurkan seluruh perhatian pada aku ketika ini.


Betapa aku berharap aku masih kanak-kanak yang tak perlu pikir masalah yang aku tak mahu pikir.


Betapa aku berharap insan yang aku rindu memeluk dan mengusap kepala aku saat ini.


Betapa aku berharap ada yang memahami tulisan aku ini.


Jadi perempuan, kadangkala tiba masanya mereka jadi dahsyat! Seperti aku. Sebab mereka tak tahu dan paham situasi mereka. Dan ya, aku sedang sedih. Tapi aku tak tahu kenapa. Sumpah sedih.



p/s: bukan cuba nak berpuitis. Tapi ini je yang terkeluar. Tak payah nak rasa aku poyo lah. Kau tak???

2 comments:

  1. kenape inas? kan perempuan yang bersikap keibuan tiri ni masih ada disini.... nikmatilah keibuan tersebut. klw tak cukup dgn perempuan yang keibuan tiri ni......ha mak lampir pun ade. dia melampir malam je. siang dia masih baik mcm mak2 lagi....... ^-^

    ReplyDelete
  2. nanti kite free kte jumpe dua orang mak tiri n mak lampir kay.
    ade bnde nk tunjuk
    huhu.
    tq kak kasih =)

    ReplyDelete